
1. Bilakah dalam masa terdekat ini akan berlaku kemalangan ngeri bas di negara kita. Adakah akan berlaku dalam bulan januari dan februari 2010. Saya yakin kemalangan ngeri akan berterusan berlaku dinegara ini.
2. Kita berdoa agar kejadian ngeri saperti di lebuhraya utara selatan km 272.8 arah utara dekat tol jelapang tidak akan berulang.Itu harapan seluruh rakyat negara ini kerana kemalangan negeri tersebut telah mengorbankan sepuluh nyawa. Lebih menyayat hati ada penumpang yang putus kepala. Darah melekat di guard grill dimana berlaku kemalangan tersebut. Tangisan sanak saudara cukup menyayat hati.Ada yang kehilangan ayah dan ibu. Ada kehilangan tunang , adik dan saudara.
3. Kemalangan ngeri yang melibatkan bas di negara kita ini seolah-olah sudah menjadi perkara biasa. Kisah kemalangan bas ekpres terlalu kerap kita dengar dan baca . Pepatah melayu ada menyebut "alah bisa tegal biasa". Kejadian ngeri sudah lagi tidak memeranjatkann lagi rakyat negara ini. Malah mereka yakin kejadian ini akan terus berulang . Di negara kita bila disebut kemalangan jalanraya bukan pertanyaan "Berapa ramai yang selamat ? " tapi pertanyaan lazim yang kerap kita dengar ialah " Berapa ramai yang mati ?" .
4. Apakah punca kerap benar berlaku kemalangan saperti ini. Adakah kerana sikap pemandu yang suka memandu laju. Kenapa mereka suka dan berani memandu laju. Adakah dinegara ini tidak ada penguatkuasaan. Memang ada penguatkuasaan tetapi ia tidak dikuatkuasakan. Kenapa ia tidak dikuatkuasakan. Apa sebab ia tidak dikuatkuasaan. Kenapa sehingga kini dijalanraya Bas Ekpres berlumba-lumba. Inilah persoalan persoalan yang perlu dijawab dan dileraikan.
5. Kita juga perlu bertanya kepada pihak yang berwajib berapa ramai pemandu yang melanggar peraturan didenda atau dipenjara sejak 5 tahun kebelakangan. Berapa banyak pula permit bas ekpres yang digantung atau yang dibatalkan. Angka ini boleh mengambarkan kedudukan penguatkuasaan keatas bas ekpres dinegara kita.
6. Semua orang berpengalaman memandu dilebuhraya. Kita mudah saksikan bagaimana laju bas ekpres dipandu. Had kelajuan yang dibenarkan hanya 90km/jam.Tapi biasanya kita perhatikan bas dipandu melebihi 120km/jam. Sesetengahnya pula lebih laju dari kereta yang laju dilebuhraya. Gelagat mereka boleh dilihat dengan mudah
7.Ironinya Selepas setiap kejadian kita akan dengar pelbagai cadangan dari banyak pihak. Antara cadangannya ialah Bas Ekpress dicadangkan tidak bergerak waktu malam, bas dua tingkat tidak dibenarkan. Bas dikehendaki memasang lampu amaran had laju. Cadangan pemasangan kotak hitam , pemandu diperiksa tahap kesihatan mereka. Puluhan dan ratusan cadangan. Selepas itu tidak ada sebarang tindakan yang berkesan diambil. Apabila berlaku lagi kejadian seperti itu maka timbul lagi cadangan . Begitulah seterusnya.Saperti pepatah melayu "hangat hangat tahi ayam" .
8. Sebenarnya ia boleh diatasi jika kita ada kesungguhan.Kesungguhan disertakan dengan perancangan dan pelan tindakan yang berterusan. Kita boleh belajar dari negara negara maju yang kadar kemalangan cukup rendah serta sistem kawalan dan penguatkuasaan yang berkesan. Tidak adakah negara dalam dunia ini yang boleh dijadikan contoh
.
9. Ketika saya melawat negara disebelah Eropah. Corak pemanduan pemandu bas yang saya naiki cukup menyakinkan dan kita rasa selamat. Bila turun di satu perhentian saya bertanya kenapa tidak bawa laju tadi ,pemandu bas mengajak saya naik ke bas dan menunjukan disk yang merakamkan kelajuan bas sepanjang perjalanan.. Kaedah kawalan dan pemantuan penguatkuasaan mereka mudah dan senang.
10.kenapa kita tidak boleh mengikut kaedah mereka yang jelas terbukti berkesan,Saya kira perbelanjaanya tidak tinggi.Pihak LPKP , JPJ dan Polis Trafik boleh menghantar pegawainya pergi ke negara negara tersebut untuk buat kajian dan kemudian kemukakan cadangan kepada kerajaan.
11. Pihak berwajib perlu fokus dan konsisten dalam usaha menyelesaikan isu berlanjutan dan berterusan.Kita tidak mahu lebih ramai lagi nyawa yang hilang dan terkoban. Mulakanlah langkah dari sekarang. . Kita berharap jalanraya tidak jadi sungai darah yang akan mengalirkan berterusan darah rakyat yang tidak berdosa.
12. Saya ingin mencadangkan kepada pihak berwajib saperti JPJ,LPKP,Polis Trafik atau minta universiti tempatan membuat kajian serta penyelidekan berhubung gelagat serta corak pemanduan pemandu di jalan jalanraya dinegara ini. Mulakan pelan perancangan dan tindakan dan pemantauan berterusan mengatasi perkara ini. kita perlu ada sistem kawalan dan pemantuan yang berkesan bagi mengurangkan kemalangan ngeri dinegara ini.
13. Mudah-mudahan pada tahun 2010 kita berdoa koban kemalangan bas awam ini akan berkurangan. kita juga berharap bilangan kematian akibat kemalangan jalanraya dinegara yang terus meningkat dapat dikurangkan. Setiap tahun bilangan yang terkoban dijalanraya melebihi 6000 orang. Bilangan adalah tertinggi jika dibandingkan dengan negara lain. Mungkinkah isu ini boleh dimasuk dalam NKRA pada tahun hadapan.Jika dizinkan untuk dikira akan kerugian yang ditanggung oleh negara bila setiap tahun 6000 nyawa terkorban.Jumlah kerugian yang akan ditanggung negara berbillion ringgit. Ini juga satu kebocoran dalam ekonomi negara.
14 Kita berharap perasaan takut memandu di jalanraya Malaysia ini dapat dikurangkan. Seorang sahabat saya dari Jepun pernah berkata bahawa dia takut melawat Malaysia sebab di Malaysia senang berlaku kemalangan. Katanya Malaysia negara yang indah dan cantik alam semulajadi. Dia suka. Tapi serik hendak datang kerana pernah mengalami kemalangan di Malaysia.Katanya orang disini baik dan berbudi bahasa. Tapi bila di Jalanraya mereka macam ganas dan tidak ada disiplin. Semua bawa kereta laju saperti mahu berlumba.