
1.Perkataan popular pada Obama ialah Change. Change lah yang telah menyebabkan beliau menang besar dalam kempen presiden Amerika pada awal tahun ini. Beliau menang dengan majoriti besar. Change - Perkataan yang diminati seluruh penduduk dunia hingga timbul satu keghairahan ketika itu terhadap Obama lalu muncul Obamamia.
2. Janji Obama bahawa beliau akan berusaha membantu untuk mengurangkan pemanasan global selain program kesihatan dan pengurangan tentera di Iraq dan Afgahnistan. Apa yang berlaku selepas beliau menang bukan Change tetapi semakin tambah tidak Change.( Maaf penggunaan perkataan Change dalam tulisan ini. ).
3. Perkataan Change telah memikat anak anak muda Amerika malah memikat penduduk seluruh dunia. Walaupun Pidato tidak sehebat Churchill tetapi ayat ayatnya, janji-janjinya cukup memikat semua mahkluk dibumi ini termasuk beruang dikutub utara dan zirafah di hutan Tazania. Semuanya mengharap Obama boleh membantu dunia untuk mengatasi ancaman pemanasan global yang boleh menghancurkan seluruh spesis yang ada diatas muka bumi.
4. Jelaslah Obama memang bijak berucap dan pidato tetapi beliau hanya sekadar berucap dan berpidato tetapi tidak boleh membantu mengubah keadaan yang ada. Jadi orang yang hanya pandai bercakap sesungguhnya tidak mampu melakukan apa apa perubahan. Kata orang cakap tak serupa bikin.
5. Ada hujah menyatakan jika pemanasan global ini tidak diatasi segera suhu rumah hijau (Bumi ) akan bertambah tinggi. Mengikut kajian yang telah dibuat jika setiap 10 tahun suhu bumi tambah 2 darjah celcius. maka dalam tempuh 50 tahun suhu bumi akan bertambah sebanyak 10 darjah celcius. Maknanya spesis yang ada di bumi ini hancur. Itu dikira setiap10 tahun tambah 2 darjah celcius. kalau ianya tambah cepat mungkin tidak sampai 50 tahun
6. Persidangan perubahan iklim di Copenhagen Denmark 18hb Disember 2009 amat ditunggu seluruh penduduk dunia. Satu keputusan segera perlu diambil segera dalam persidangan tersebut khususnya negara yang banyak melepaskan gas karbon iaitu Amerika Syarkat dan China. Harapan seluruh dunia musnah. Tidak satu keputusan dicapai malah Protokol Kyoto tidak ada Change.
7. Amerika Syarikat dan China yang merupakan negara kaya yamg enggan membuat apa-apa persetujuan di Denmark. Tahniah kepada Dato Najib yang menyatakan bahawa Malaysia bersetuju mengurangkan perlepasan gas rumah hijau sebanyak 40%. Ini bukti kesungguhan negara kecil yang mahu membantu dunia menghadapi ancaman perubahan iklim.
8. Persidangan Conpenhagen membuktikan bahawa negara kaya hanya memikirkan kepentingan negara mereka sahaja, bukan kepentingan sejagat. Hari ini persidangan ini juga memperjelaskan sikap dolak-dalik negara kaya. Sekalipun mereka tahu dunia semakin cepat diancam pemanasan global akibat tindak-tanduk negara kaya, mereka masih bercakap retorik untuk melindungi kepentingan mereka.
9. Maka mereka kini tidak layak menuduh mana-mana pihak dengan gagasan-gagasan universal yang direka untuk kepentingan diri dan negara mereka. Contohnya, gagasan universal seperti hak asasi manusia, kebebasan bersuara, demokrasi, dan perjanjian perdagangan bebas. Mereka juga tidak boleh mendabik dada bahawa mereka juara demokrasi, juara kebebasan bersuara, dan juara hak asasi manusia.
10.. Kini kita hanya mampu berdoa agar dunia ini terus selamat dan dilindungi dari malapetaka besar.
No comments:
Post a Comment