Sunday, December 6, 2009

PENDEKATAN BENDAHARA TUN PERAK




1. Dizaman kesultanan Melayu Melakaada seorang pentadbir yang cukup dikagumi dan dihormati. Ia bukan sahaja dikagumi dan dihormati oleh rakyaat Melaka tetapi oleh negara negara lain ketika itu. Pentadbir yang dimaksudkan ialah Bendahara Tun Perak.

2. Siapakah Tun Perak. Apa hebat Tun Perak. Apakah dia seorang strategis atau seorang pentadbir melayu yang bijak berniaga. Di zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah muncul sebgai sebuah negeri yang hebat dirantau kepulauan melayu ketika itu.

2.Walaupun Melaka sebuah negeri kecil tapi kecekapan pentadbirannya menjadikan Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting dan stratejik dirantau asia ketika iyu.


3. Melaka juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negeri China ketika itu. Melaka juga mampu menghalang penaklukan Siam dan Majapahit keatas Melaka.

4. Kebijaksanaan Tun Perak telah melakar sejarah tamadun melayu ketika itu. Apakah kebijaksanaan Tun Perak yang perlu kita selongkar. Apakah pendekatan yang diamalkan Tun Perak yang perlu kita ketahui.

5. Inilah yang perlu dikaji dan perlu didokumenkan. Mudah-mudahan ia menjadi rujukan generasi akan datang dalam kita membina kecemerlangan tamadun bangsa melayu.

No comments:

Post a Comment