Friday, December 25, 2009

BAGAIMANA HENDAK MENJAWAB !


1. " Takanlah ramai ahli parlimen tak tahu tarikh mengundi bajet 2010 sampai 74 orang ahli parlimen BN tidak hadir. mana mereka pergi. Benda macam itu penting pun tak ambil berat. kita kat bawah disuruh kerja untuk yakinkan rakyat supaya mereka menyokong kita. Tapi mereka sendiri tidak kisah tentang Bajet untuk rakyaat ". Itu kata seorang pemimpin diperingkat akar umbi yang aktf dan rajin.

2. katanya lagi dia setuju dengan kenyataan Dato Shahril Samad Ahli Parlimen Johor Bahru " Ahli Parlirmen perlu memahami bahawa akan ada pengundian pada hari akhir perbahasan Bajet, oleh itu tiada sebab mereka tidak boleh hadir "

3. Puas menjawab untuk menyakinkan mereka yang mempersolkan tentang ramainya ahli parlimen yang tidak datang semasa Parlimen hendak meluluskan Bajet 2010. Saya katakan ada yang menunaikan haji . Hujah mereka " Takan semua pergi haji ".

4 Saya katakan mereka ada urusan kementerian . Hujah mereka lagi " Takan ahli parlimen yang pandai lagi bijak tidak tahu hendak bezakan mana yang lebih penting Bajet 2010 atau urusan kementerian ,urusan kementerian sampai malam ke ! kan undi tu malam ".

5.Saya katakan mereka ada urusan di kawasan . Dengan nada sinis mereka kata " Takan ramai ahli parlimen balik kawasan pasal kecemasan oh ya ! sekarang musim banjir semua kawasan parlimen banjir ".
5. Puas saya berikan berbagai jawapan . Tapi kali ini nada mereka serius. Apa sebab mereka begitu serius benar berhubung isu ramai ahli parlimen yang tidak hadir semasa hendak meluluskan bajet 2010. 6. Bagaimana saya hendak menjawab segala hujah hujah yang mereka kemukakan. Apakah jawapan yang boleh menyakinkan mereka. Siapa yang membantu saya untuk menjawab segala persoalan ini. Pening memikirkan akan hal ini.

7. Selepas Dato Najib mengambilalih kepimpinan negara dengan dasar dan pendekatannya mula meyakinkan kembali rakyat. Dasar dan pendekatan Dato Najib sesungguhnya memberi impak yang menyeluruh meresap dan menjalar diseluruh negara.

8. Walaubagaimanapun isu ramai ahli parlimen yang tidak hadir untuk meluluskan bajet 2010 sedikit mengoyahkan. "Kerja keras yang berterusan PM tidak disambut menyeluruh oleh mereka yang dipilih dalam pilihanraya 2008 dan mereka yang diberi peluang duduk dalam kabinet Dato Najib sendiri". Kata seorang ketua cawangan.

9. Kelemahan dan kesilapan ini masih boleh diperbaiki tapi ianya perlu diatasi dan diselesaikan dengan segera.

No comments:

Post a Comment