1. Pada tahun 2004 , saya diberi tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Rengit. Saya berjanji dengan diri saya untuk menjadikan pekan Rengit sebagai kawasan yang indah lagi bersih.
2. Dulu pekan ini dikenali dengan pekan koboi. Bila malam ,pekan ini seolah olah pekan yang mati dan malap. Warong pun tak banyak beroperasi.Orang ramai kalau hendak makan malam terpaksa ke Senggarang atau ke Pekan Parit Betak.
3.Saya sendiri pun tidak menjangka dalam tempuh 3 tahun saya dapat mengubah suasana pekan Rengit dari sebuah pekan yang malap kepada sebuah Pekan yang ceria, hidup dan indah.
4. Saya masih ingat saya mulakan gerak kerja ini dengan pembinaan median sepanjang 2.5 Km. Saya banyak berterima kaseh Jurutera JKR - En Samsul ketika itu banyak membantu saya menjayakan cita cita tersebut .Pembinaan median itu untuk membolehkan lampu tengah dipasang, jalan dilebar dan longkang dibina.
5 Kemudian pada tahun 2005, lampu tengah dipasang sekalipun banyak halangan diterima dari pentadbiran MPBP ketika itu.Keadaan ini telah mengubah suasana di pekan Rengit.Saya juga ingin mengucapkan terima kaseh kepada Pengatah Pembangunan Negeri ketika itu - Tuan haji Sapian yang juga banyak membantu saya membangunkan pekan Rengit ini.
6. Projek Pembangunan yang digerakkan oleh kerajaan telah mendorong pihak swasta untuk melabur di Rengit.Projek pembangunan rumah dan kedai rancak dibina di Rengit.
7. Kini saya mula menanam pokok disepanjang jalan utama di Rengit. Insyallah dalam tempuh 2 tahun pekan ini akan menjadi pekan indah, Bersih lagi ceria

No comments:
Post a Comment