
2. Katanya angka ini boleh menyebabkan diadakan pilihanraya semula sekali lagi. Kata Speaker Dewan Rakyaat Tan Sri Amin Mulia " Secara Konvesyen apabila itu berlaku ( Kerajaan Kalah dalam undi ) , ia saperti undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah) terpaksa bubar dewan.( Berita Harian muka surat 4 Sabtu 19hb Disember 2009 ).
3. Dalam suratkhabar yang sama di muka hadapan terpampang kenyataan Najib kecewa YB tak datang dewan. Seramai 74 , Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan. Kemana pergi mereka. Difahamkan ada yang menunaikan haji, bercuti, urusan kementerian , agensi atau kawasan.
4. YB yang tidak hadir tentunya ada hujah serta alasan yang kukuh. Persoalannya kenapa dipihak BN tidak ada yang memantau. Bukankah BN ada BBC atau di Parlimen sendiri ada pihak yang memantau pergerakan ahli parlimen.Jika tidak ada yang pihak yang memantau atau menyelaras pergerakan ahli parlimen itu ianya satu kelemahan yang cukup ketara. Kenapa bilangan yang tidak hadir begitu ramai disaat penting. Adakah tdak diketahui bahawa pada tarikh tersebut merupakan tarikh pengundiaan bagi mendapatkan kelulusan Bajet 2010.
5. Jika diketahui tarikh tersebut merupakan tarikh pengundian, bukankah boleh diSMS hari sebelumnya semua ahli parlimen. Atau adakah 74 orang yang tidak hadir ini semuanya berada di luar negara. Saya tidak fikir seramai itu berada di luar negara. Katanya PM dan TPM mengundi pada hari tersebut.
6. Kenapa tidak ada pihak yang menyelaraskan perkara ini. Selalu saya sebut bahawa kita hebat merancang buat dasar tetapi bila tiba diperingkat perlaksanaan kita lemah dari segi pemantauannya dan penyelarasanna. Sistem pemantauan dan penyelarasan bukan setakat lemah diperingkat perlaksanaan dasar tetapi lemah juga diperingkat penyelarasan ahli ahli yang membuat dasar.
7. Rupanya Pilihanraya 2008 sesungguhnya belum menyedarkan kita. kita terus leka malah dibuai mimpi akan keyakinan rakyaat semula kepada kita sejak kebelakangan ini.
8. Dalam hal ini , kita tidak boleh menyalahkan pembakang jika berjaya tidak meluluskan Bajet 2010. Itu telah menjadi dasar mereka. Semua yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan adalah salah dan tidak betul. Mereka tidak boleh dipersalahkan. Cuma peristiwa 66-63 itu mempertegaskan akan dasar mereka. Apa lagi melibatkan perkara yang sukar difahami oleh rakyaat, lebih hebat mereka memutarbelitkan fakta.
9. Malah perkara perkara yang jelas dan terang ada dalam perlembagaan pun mereka tanpa segan silu memutarbelitkannya , apa lagi yang tidak ada?
10. Kesilapan dan kelemahan ini perlu segera diperbaiki.Hari ini rakyaat mula menaruh keyakinan kepada BN. Jangan persia-sia akan kenyakinan semula rakyaat ini. Masih banyak ruang dan masa untuk diperbaiki.Cuma langkahnya perlu pantas dan tangkas.
No comments:
Post a Comment