1. Kebelakangan ini kita selalu dengar bangunan awam yang siap dibina runtuh.Terminal bas ,Bumbung Stadium , Jambatan,Makmal komputer runtuh dan pelbagai kisah projek awam yang menghadapi masalah.Belum lagi cerita projek projek awam yang terbengkalai.
2.Walaupun bilangan kes ini tidak banyak, tetapi ianya memberi impak yang tidak selesa dikalangan rakyaat.
3. Kenapa perkara ini boleh berlaku. Pihak mana yang harus dipersalahkan atau harus memikul tanggungjawab. Adakah agensi yang melaksanakan atau pihak perunding yang dilantik oleh agensi yang menjadi penguasa projek.
4. Apakah pihak Jabatan dan Agensi yang diberi tanggungjawab ini tidak mempunyai SOP atau Standrd Operating Procedure. Saya yakin tentunya ada.
5.Satu pertanyaan yang perlu dikemukakan ialah siapakah pihak yang meluluskan projek tersebut kepada kontraktor terlibat. Saya difahamkan diperingkat Jabatan dan Agensi , mereka hanya dibenarkan untuk meluluskan projek yang tidak melebihi Rm 200 ribu. Lebih daripada itu perlu diangkat keperingkat negeri.
6. Projek lebih RM 200 ribu akan diputuskan diperingkat negeri. Agensi dan Jabatan peringkat daerah hanya boleh mencadngkan kontraktor yang difikirkan layak. Selebihnya diputuskan jabatan dan agensi diperingkat negeri.
7. Kenapa semakin hari kita dengar dan lihat projek projek awam semakin tidak berkualiti. Kita sudah ujudkan banyak sistem untuk mengawal projek projek awam tetapi kualiti kerja awam masih tidak sepadan dengan harga yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan bagi sesautu projek agak tinggi berbanding dengan pihak swasta. kadar harga yang ditetapkan mengikut kadar harga JKR
8. Saya pernah mencadangkan dalam Dewan Negeri Johor satu ketika dahulu supaya sistem tender terbuka dan runding terus dihapuskan. Sistem ini sebenarnya membuka banyak ruang yang boleh memungkinkan kualiti kerja rendah!.
9. Saya mencadangkan supaya ditukarkan sistem tender terbuka bagi projek awam kepada sistem undi terbuka. Apa yang saya maksudkan dengan sistem undi terbuka . Pihak Jawatankuasa tender yang telah ditetapkan diperingkat akhir perlu memilih 30 % hingga 50 % daripada pembida yang layak dan mempunyai trakrekod yang baik untuk dipilih secara undi
10. Saya yakin dengan kaedah ini akan menjauhkan sebarang bentuk perkara yang tidak diingini. Memang benar tidak akan ada satu sistem yang sempurna sepenuhnya tetapi saya yakin sistem ini boleh mengurangkan dengan banyak perkara yang diluar kawalan.
11. Sstem undi terbuka telah dilaksanakan bagi projek PIA dan PIAS yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 2006 hingga 2009. Projek ini diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri ICU setiap negeri dengan kerjasama Jabatan dan agensi peringkat daerah.
12 Projek PIA dam PIAS ini bernilai billion ringgit. Tidak ada pihak yang datang melobi untuk mendapatkan kerja. Mana mana kontraktor yang sudah dapat kerja tidak akan disenaraikan dalam pengundian akan datang. Sistem ini berjalan dengan baik walaupun ada beberapa kekurangan tapi ia mengurangkan lobi melobi.
13. Ada hujah menyatakan sistem undi ini tidak boleh dibuat sebab Arahan Kewangan ( TI ) tidak membenarkan perkara ini. Bukakah boleh diubah apa yang ada dalam Arahan Kewangan tersebut.
14. Saya cadangkan supaya semua projek awam bukan setakat RM 200 kebawah,malah RM 200 ribu hingga puluhan juta hendaklah dibuat secara sistem undi terbuka
15.Ada juga cadangan supaya dihapuskan wang pendahuluan 15 % ( jika ia masih diamalkan sekarang ) daripada nilai projek diberikan kepada kontraktor bagi membantu kerja awal . Kalau projek itu bernilai RM 5 juta bermakna kontraktor akan memperolehi sebanyak RM 750 ribu. Belum buat kerja sudah dapat sebanyak itu wang. Itu sebabnya setengahnya pening kepala dapat wang sebanyak itu.
16. Kalau Kontraktor yang memperolehi kerja tersebut subkan kerja kepada kontraktor lain maka akan timbul lagi masalah berangkai yang lain.
17. Bagi memastikan mutu kerja awam ini bersesuaian dengan harga yang ditawarkan satu mekanisme yang baru perlu diujudkan agar setiap sen yang dibelanjakan berpandanan dengan setiap sen yang keluar.
18. Pihak yang bertanggungjawab perlu menjalankan kajian lengkap keatas projek projek yang sedang berjalan sekarang untuk mengetahui apa yang sedang berlaku diperingkat bawah dan kajian ini digunakan sebagai asas dalam mencari satu mekanisme baru. Kita perlu lakukan perubahan untuk kebaikan jangkapanjang.

No comments:
Post a Comment