Wednesday, December 23, 2009

SENANTIASA BERSAMA ANDA


1. Saya pasang satu sepanduk besar pada tahun 2004 terpampang perkataan Senantiasa Bersama Anda ( Always with you ).Sepanduk besar ini telah mengikat diri saya untuk senantiasa berada di kawasan.

2. Alhamdulillah pada bulan mac/april 2010, genap enam tahun saya bertugas sebagai ADUN negeri Johor bagi kawasan Rengit

3. Saya memohon maaf kerana tulisan pada kali ini menceritakan hal diri sendiri. Mudah-mudahan Allah ampun saya.

4. Selama hampir enam tahun menjadi wakil rakyaat. Saya banyak menimba pengalaman yang sukar ditemui dalam kehidupan lain. Warna warni hidup saya tambah menarik dengan kehidupan saya masa kini.Segala perkara menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh wakil rakyaat.

5. Sebelum saya menjadi wakil rakyaat , saya bertugas sebagai Pegawai FAMA Daerah Kecil Rengit kemudian bertukar sebagai Pegawai FAMA Daerah Batu Pahat.Saya kemudian melepaskan jawatan saya dalam kerajaan untuk menumpukan sepenuh masa dalam bidang politik. Semasa itu saya menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat.

6. Pada tahun 1996 saya bertugas dengan sebuah syarikat kontraktor yang disenaraikan di papan kedua BSKL cawangan Johor.

7. Warna warni hidup saya tambah menarik apabila dilantik mejadi Ahlimajlis Perbandaran Batu Pahat. Ketika di MPBP saya dapat membantu mengubah sedikit wajah pekan Senggarang kampung saya. Di MPBP saya pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan MPBP.

8. Sejak tahun 2004 hingga kini saya merupakan wakil rakyaat sepenuh masa. Menumpah sepenuh masa saya di kawasan . Saya hanya keluar daripada kawasan samaada ke Kuala Lumpur atau ke Johor Bahru, jika ada urusan yang berkaitan dengan projek pembangunan dikawasan saya.

9. Apabila diberi tanggungjawab sebagai ADUN Rengit tahun 2004, saya berazam untuk mengubah wajah Pekan Rengit . Pekan yang terkenal sebagai pekan koboi. Rengit ialah daerah kecil dalam daearah Batu Pahat. Saya pernah bersekolah dan berkerja di Pekan Rengit sekitar tahun 70 an dan 80an.

10. Kenapa saya berhasrat untuk mengubah pekan Rengit sebab sejak tahun 80an pekan ini tidak banyak berubah. Masih banyak bangunan berzink di Pekan ini. Malam Pekan saperti pekan mati. Kalau hendak makan malam kena makan di Senggarang atau Parit Raja dan Parit Betak.

11. Langkah pertama sebagi wakil saya mengubah wajah pekan Rengit Pendekatan awal yang saya ambil ini sesungguhnya memberi kesan yang besar kepada penduduk Rengit. Keyakinan ramai penduduk Rengit menguatkan keazaman saya untuk membantu membangunkan Rengit secara keseluruhan.

12. Saya merupakan wakil sepenuh masa. Saya duduk kawasan setiap hari, Siang dan malam. Termasuk hari sabtu dan Ahad. Saya juga jarang ke Majlis diperingkat negeri dan daerah. Saya senantiasa berada di kawasan . Itu sebab tuntutan perjalanan saya sedikit.

13. Selama 6 tahun saya hanya sekali sahaja saya keluar negara iaitu tahun 2005 mengikuti rombongan lawatan ADUN Johor Ke Eropah. Akhir 2004 saya menunaikan fardhu haji. 2009 bulan Mac menghadiri majlis konvokesyen anak di Jepun dan membantunya menyambung pengajian sarjananya di Jepun.

14. Selama enam tahun duduk di kawasan sepenuh masa , walaupun sepenuh masa,saya rasakan masih banyak lagi perkara yang belum dapat diselesaikan . Walaupun selama tempuh tersebut lebih RM 100 juta telah saya bawa di kawasan Rengt tetapi masih banyak kerja yang perlu saya lakukan.

15. Saperti saya sebutkan awal tadi, saya wakil rakyaat kampung dan kecil, tidak ada pemandu, tidak ada wakil peribadi. Semuanya saya buat sendiri. Alhamdulillah pengalaman saya sebelum ini banyak membantu saya.Cuma saya ada beberapa petugas sepenuh masa dipejabat untuk menerima semua aduan rakyaat dan membantu pentadbiran pejabat JPMM DUN Rengit.

16.Pendekatan saya di kawasan saya mudah sahaja; Senantiasa berada dikawasan dengan slogan senantiasa bersama anda, fokus terhadap isu, program dan projek, menyusun perancangan yang realistik serta pendekatan yang praktikal.

17. Saya bersyukur dengan izin Allah, pada pilihanraya 12/2008 walaupun berlaku tsunami politik dinegara , saya masih mampu menambah majoriti undi saya berbanding dengan 2004.Semuanya kerana keberkesanan slogan Senantiasa Bersama Anda

1 comment:

  1. assalamualaikum YB

    syabas atas semua yang YB lakukan. saya teruja dengan prinsip hidup dan gaya kepimpinan yang cukup sesuai. moga2 YB dan seluruh masyarakat rengit terus menjadi luar biasa bagus dan hebat sekali. amin.

    dr. hm tuah iskandar al-haj
    www.drtuah.com
    www.etuah.com

    ReplyDelete