Thursday, December 17, 2009

MALAYSIA SENANTIASA DIANUGERAHKAN PEMIMPIN NEGARA YANG BAIK DAN CEKAP



1. Sesungguhnya kita perlu bersyukur bahawa sebagai rakyat Malaysia kita senantiasa dianugerah pemimpin negara yang baik dan cekap dalam mengurus dan mentadbir negara. Tentunya mereka ini datang hanya dengan keizinan yang maha esa serta ianya memang tertulis di loh mahfus

2. Berbeza dengan negara lain,lihat sahaja bagaimana pemimpin negara mereka. Lihat sahaja bagaimana nasib rakyat mereka.Malah termasuk negara yang dianugerah kekayaan hasil bumi pun tak mampu mentadbir negara dengan baik. Ramai rakyaat mereka terpaksa berhijrah keluar negara untuk meneruskan kehidupan termasuk kenegara kita.

3. Jauh berbeza dengan negara kita, kita dianugerahkan pemimpin yang senantiasa memikirkan kepentingan rakyaat mengatasi kepentingan diri dan keluarga.Bagaimana bertuahnya kita dianugerah pertama seorang pemimpin iaitu Allahyarham Tuanku Abd Rahman Putra , bapa kemerdekaan yang bijak menuntut kemerdekaan tanpa menitis setitik darah dari British. Kita juga dinugerahkan Bapa Pembangunan Negara , Allayarham Tun Abdul Razak. Semasa pentadbiran beliaulah yang memulakan langkah yang cukup berkesan untuk membantu orang Melayu yang jauh tertinggal berbanding dengan kaum lain dinegara kita.

4. Selepas itu kita dianugerahkan seorang pemimpin yang sederhana dalam langkah dan tindakannya. Beliau terkenal Bapa Perpaduan Negara. Dimasa pentadbirannyalah usaha dibuat untuk memperkukuhkan perpaduan negara. Selepas Tun Husien Onn kita dianugerahkan seorang pemimpin yang menukar dimensi dan wajah negara ini. Seorang perdana menteri yang berwawasan jauh iaitu Yabg berbahagia Tun Mahathir Mohamad.Beliau terkenal sebagai Bapa Permodenan Malaysia.Kerja kerasnya dengan strateji yang berkesan telah mengunbah wajah baru Malaysia. Tun Mahathir seorang yang kuat dengan dasar pandang timur.

5. Selepas 21 tahun mentadbir negara , Tun Mahathir menyerahkan negara kepada Tun Abdullah Badawi seorang pemimpin yang membawa pendekatan islam Hadhari , dasar keterbukaan serta kesungguhannya untuk mengurangkan dan meghapuskan rasuah dinegara kita . Walaupun tempuhnya pendek kesungguhannya untuk membasmi rasuah dan kemiskinan tegar negara 2010 amat dikagumi .

6.Kini kita bersyukur dianugerah seorang pemimpin yang bijak mengemudikan negara YAB Dato Najib diketika mengalami ombak dan gelombang besar dalam politik negara serta perpaduan negara berada ditahap yang cukup lemah. Bukan setakat badai politik, ombak perpaduan tetapi beliau mula mentadbir negara dalam keadaan ekonomi dunia digoncang dengan krisis kewangan yang hebat yang bermula dan berpusat di Amerika Syarikat.

6. Saya bukan hendak memuji berlebihan.Ini kenyataanya. Tapi diketika dan saat sebegini sesungguhnya yang maha esa telah mengizinkan beliau menerajui negara ini. Ketika negara dilanda pelbagai cabaran dan dugaan. Beliau dengan tenang, sabar mengemudikan kapal yang sedang dilambung ombak besar serta anak anak kapal yang tidak tentu arah. Pendekatan beliau yang tenang lagi penuh sabar perlahan lahan telah mengembalikan negara ke landasan yang asal dan negara berada dalam keadaan tenang.

7. Beliau telah memperkenalkan gagasan 1 Malaysia, Rakyaat Di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan. Gagasan besar ini dilihat telah mengembalikan keyakinan rakyaat dan perpaduan negara pulih saperti sedia ada. .Bagi mencapai gagasan murni itu beliau melakukan perubahan melalui empat tonggak utama Program Transformasi Kerajaaan ( GTP ), Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) Rancangan Malaysia ke 10 ( RMK 10 ) dan Bajet 2011. Semuanya perubahan yang digerakkan masih terus berpaksikan perlembagaan Negara. Saya yakin Allah mengasihi umatnya yang adil.

8. Setiap ucapannya kita akan kerap dengar perkataan rakyaat. Inilah yang menjadi keutamaan dibawah pentadbirannya. Rakyaat, rakyaat dan rakyaat. Tidak kira orang melayu, cina, india , bumiputera sabah dan bumiputera sarawak.

9. Kepada orang melayu pula beliau mengajak mereka tidak obess dengan peruntukan yang ada dalam perlembagaan negara. Belaiu mengajak melayu segera bangkit, bersaing bukan setakat di negara ini malah melangkah ke pentas antarabangsa.Saperti kata beliau orang melayu perlu menginsafi kelemahan diri, segera mencari penawarnya dan pantas melakukan gerakerjanya

10. Beliau juga berusaha melakukan perubahan dalam setiap perkara dan sudut berserta pendekatan yang berinovasi. Wawasannya bukan setakat diperingkat dalam negara tetapi menjangkau ke peringkat antarabangsa.Konsep Kesederhanaan ( Wasatiyyah ) sejagat mula menarik perhatian pemimpin utama dunia.

11. Mudah-mudahan Allah akan terus menganugerahkan kita pemimpin yang baik, cekap, jujur serta berwawasan jauh.



No comments:

Post a Comment