Thursday, December 10, 2009

INFRASTUKTUR SALIRAN PERLUKAN PERHATIAN



1. Gelombang Banjir Pertama 2006 serta gelombang banjir kedua 2007 yang melanda Johor telah banyak menyedarkan kita betapa penting penyelengaraan Sungai, parit dan lokang Kesan dari perkara ini Johor telah memperolehi beratus juta ringgit untuk kerja pengalian dan mendalamkan sungai dan parit diseluruh Johor.

2. Kita bersyukur banjir juga membawa rahmat . Hari ini semua sungai di Johor didalamkan dan digali semula. Kita berharap agar agensi dan Jabatan kerajaan yang diberi tanggungjawab melaksanakan kerja dapat memeriksa dan memantau kerja kerja ini.

3. Bila disebut mendalam dan mengali bermakna kelodak tanah yang ada didasar perlu dinaikkan kedarat atau tepi sungai. Semua sungai dan parit sentiasa berair. Maknanya kita tidak nampak dasar sungai. kalau tidak digali pun kita tak tahu.jadi kita hanya tahu jika kelodak tanah dari dasar diangkut ketepi sungai. Berapa banyak tanah yang diangkut kita boleh kira berdasarkan isipadu tanah yang ada ditepi sungai.

4. Pihak mana yang akan mengira isipadu tanah ini. Saya yakin JPS ada kaedah pengiraan ini. Sesetengah sungai yang digali tebing sungai sahaja yang dibersihkan tetapi timbunan kelodak tanah kurang kelihatan. Orang ramai kurang memberi perhatian kerja kerja pengalian sungai berbanding kerja baikpulih jalan. Sebab kerja pengalian sungai mereka tidak merasai berbanding dengan dengan kerja baikpulih jalan.Itu sebab sungai dan parit kita semakin hari semakin cetek.

5. Saya pernah mencadangkan agar JPS menyediakan dirktori sungai dan parit diseluruh Johor dalam sidang dewan pada tahun 2007. Dirktori ini hendaklah mengandungi nama sungai atau parit, lokasi dimana, panjangnya, lebar dasar sungai, kedalaman yang sepatutnya, lebar permukaan sungai, slop sungai dan isipadu air yang boleh disimpan dalam sungai ini. Diktori ini hendaklah diedarkan semua pemimpin diperingkat akar umbi. Walaubagaimanapun saya belum nampak diktori ini .

6. Dunia kini sedang dilanda pemanasan global. Akibatya berlaku perubahan cuaca.Kini kerap hujan. Seharusnya kerajaan harus memberi perhatian terhadap infrastuktur saliran diseluruh negara. Kita memahami kita tidak dapat menahan air hujan yang turun tetapi kita boleh memastikan air hujan tesebut cepat mengalir kelaut. Bagi memastikan air cepat mengalir keluar, infrastuktur saliran perlu dipertingkatkan ketahap yang menyakinkan.

No comments:

Post a Comment