Tuesday, December 1, 2009

CERITA PASAL AYAM DAN ITIK LAGI




1. Saya nak sambung lagi cerita pasal ayam dan itik. kenapa saya membawa cerita ini lagi. Saya lihat kini kebanyakan orang kampung sudah lagi tidak menternak ayam. Sedangkan mereka mempunyai tanah yang luas serta resources yang banyak disekeliling mereka.

2. Mereka lebih selesa makan ayam daging . Ayam daging ini ayam 40 hari yang makan dedak.Itu sebab setiap hari pagi, petang dan malam masyarakat kita asyik makan ayam daging.

3. Saya lihat rakan rakan bangsa China saya jarang makan ayam daging. Mereka lebih suka makan ikan . Kalau makan ayam pun tidak selalu. Tapi bagi orang melayu, ayam merupakan makanan harian. Jika ayam merupakan makanan harian bermakna industri ternakan ayam kampung ini besar.

4. Satu lagi yang menjadi persoalan kenapa sampai kini orang melayu tidak begitu selesa makan daging itik, sedangkan daging itik ini lebih halus, lembut dan sedap. Bag orang melayu stigma geli makan itik ini masih kuat. Namun saya lihat orang melayu suka makan telor asin. Malah hari ini bagi bunga telor pun mereka sudah gunakan telor asin.

5. Stigma geli makan itik adalah disebabkan itik suka menyudu lokang mencari makanan. Tapi kini cara penternakan itik jauh berbeza dari dahulu. Malah ternakan mereka lebih bersih dan teratur.


6. Dua ternakan ini perlu difikirkan semula oleh penternak kerana ia mempunyai potensi yang besar malah ia juga merupaka sumber protein utama negara dalam jangkapanjang. Saya berkeyakinan jika ramai orang melayu mula menternak itik saya yakin dalam jangkapanjang daging itik akan menjadi makanan popular dikalangan orang melayu.

7. Saya bangkitkan dua ternakan ini kerana ianya mempunyai potensi yang cukup besar dalam industri makanan kita. Kita mempunyai kebun kelapa sawit yang luas yang sesuai untuk ternakan ini. Disinilah sebenarnya adalah kekuatan yang ada dikalangan pekebun kecil yang kebanyakan terdiri dari orag melayu. Dua ternakan ini boleh menambah pendapatan mereka. Walubagaimanapun agensi dan jabatan kerajaan kurang memberi perhatian dua ternakan ini.

8. Ternakan ayam kampung ini dan itik pedaging dan penelur ini perlulah dibuat dengan intensif dan kreatif. Satu lagi perkara yang perlu dikaji ialah makanan ternakan. Jika kos makanan ini dapat dikurangkan ke paras 50 % daripada kos sekarang.

9. Saya yakin jika industri ternakan ini dapat diberi perhatian , maka peluang orang melayu untuk menambah pendapatan mereka akan lebih luas.Satu kajian yang teliti perlu dibuat bagi memastikan kedua dua ternakan berkembang dan dapat membantu menjana pendapatan petani kecil.

No comments:

Post a Comment