Tuesday, December 1, 2009

PROJEK TERNAKAN ITIK PENELUR DAN AYAM KAMPUNG


1. Kawasan Rengit merupakan kawasan pertanian. Tanaman utama ialah kelapa sawit dan nenas.

2. Kebanyakan petani ini mempunyai tanah yang luas. Tanaman kelapa sawit mereka kebanyakannya dibelakang rumah. Saya lihat masih banyak ruang yang tidak digunakan sepenuhnya.

3. Tahun 2008 , Dato Mustpha Mohamad Menteri Pertanian ketika itu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 200,000.00 untuk projek itik penelur di kawasan Rengit.

4. Peruntukan ini disalurkan melalui program bumi hijau. Setiap peserta diberikan peruntukan sebanyak RM 400.00 dengan 25 ekor itik dan 2 beg makanan dan lain-lain.Ramai peserta dipilih untuk menyertai program ini meliputi semua kampung di kawasan Rengit.

5.Saya lihat ramai peserta yang gagal disebabkan kos makanan itik yang mahal.Walaubagaimanapun masih ada 30 peserta yang masih meneruskan projek ini dengan jumlah ternakan yang lebih besar.Peserta yang lain menjual itik mereka kerana kos makanan yang mahal.


6. Pada tahun yang sama , saya memperolehi peruntukan untuk program ternakan ayam kampung. Saya mulakan di beberapa kampung. Nampaknya projek ini agak mudah diterima dikalangan penternak Melayu. Itik masih asing dikalangan orang melayu.Orang Melayu masih tidak selesa makan daging itik tapi peliknya mereka suka makan telur asin.

7. Setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan penternak maka saya mencadangkan supaya setiap kampung dapat membangunkan 2 penternak itik dan 2 penternak ayam kampung. Rengit mempunyai 22 kampung.

8. Jika Projek ini dapat diberi perhatian dan fokus dijangka seramai 88 penternak dapat dibangunkan. Jika seorang peserta boleh menternak 1000 ekor itik penelur atau 1000 ayam kampung maka kawasan Rengit akan jadi pembekal utama ayam kampung dan itik penelur didaerah Batu Pahat ini.


9. Dijangkakan 88 orang penternak ini nanti dijadikan model kepada mereka yang lain yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ini.Pengalaman peserta ini akan memudahkan yang lain untuk menceburi bidang ternakan ini.

10. Saya memfokuskan pada dua ternakan ini kerana ia mudah , cepat dan kos tidak tinggi serta pulangan lebih cepat

11. Satu bengkel akan diadakan untuk memperkemaskan usaha ini. saya yakin ianya boleh dijayakan.

No comments:

Post a Comment