1. Semalam saya diminta pihak YPJ menjadi salah seorang panel temuduga pinjaman YPJ.Saya amat terperanjat melihat mahasiswa mahasiswai kini amat rendah tahap pengetahuan am mereka.
2.Soalan soalan mudah juga tidak mampu dijawab dengan baik. Apa yang menghairankan bukan setakat mahasiswa yang tidak menjawab diperingkat diploma sahaja malah meliputi peringkat sarjana muda dan sarjana.
3. Saya bertanya kepada mahasiswa adakah mereka tidak membaca suratkhabar. Rata rata mengatakan tidak membaca dan tidak membeli suratkhabar.Saya juga bertanya adakah mereka mempunyai laptop . Kebanyakan menjawab mereka mempunyai laptop dan broadband. Jawapan saya terima kebanyakan mereka tidak sempat mengakses web yang berkaitan suratkhabar. Laptop hanya digunakan untuk membuat assigment sahaja.
4. Hal ini amat memeranjatkan saya. satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan mahasiswa masa kini. Dengan laptop dan internet melalui broadband ini mereka boleh menimba pelbagai ilmu. Satu kajian perlu dilakukan pihak yang berwajib bagi memastikan kita mampu melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berketerampilan. Saya masih berkeyakinan ramai mahasiswa kita yang senantiasa mengakses pengetahuan am dan ilmu melalui internet. Berkemungkinan kelompok yang saya temuduga tersebut kebanyakan tidak menggunakan kemudahan ini.
5. Kita juga berharap pihak universiti dapat melihat dan memantau kekurangan ini bagi memastikan universiti bukan setakat mengeluarkan kuantiti graduan sahaja tapi mengeluarkan graduan yang mempunyai softskill , berkualiti , kreatif dan mampu melonjak kemajuan negara.

No comments:
Post a Comment