Saturday, December 12, 2009

PRODUK PENDIDIKAN MEMBAWA PERUBAHAN

1. Saya bersyukur kepada Allah S.W.T selama 3 tahun memberikan tumpuan di bidang pendidikan telah membawa perubahan yang cukup ketara. Dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Batu Pahat Bil 11/2009 pada 11 hb Disember 2009 , Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat telah memaklumkan bahawa perubahan yang cukup ketara dalam pencapaian UPSR ialah di DUN Rengit dari segi kualiti kelulusan, peratus kelulusan keseluruhan dan peratus peningkatan bagi sekolah sekolah Kebangsaan.

2. Usaha berfokus selama 3 tahun telah menampak perubahan dan hasil. Dalam bidang pendidikan saya memberi tumpuan penuh kepada pelajar yang hendak mengambil UPSR. Di peringkat ini semua kelompok dan tahap pelajar ada. selepas ini ramai pelajar yang tamat darjah 6 akan ke sekolah sekolah lain di luar Rengit. Ada yang bersekolah di Sekolah Asrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, MRSM.sekolah di luar kawasan Rengit saperti kawasan Benut, Senggarang, Batu Pahat dan lain-lain.

3. Jika pelajar pelajar UPSR ramai mencapai tahap cemerlang dan baik , ia juga boleh membantu membekal pelajar baik kesekolah Menengah di Kawasan Rengit . DUN Rengit mempunyai 2 buah Sekolah menengah Sekolah Tun Sardon dan Sekolah Permata Jaya.

3. Selama 3 tahun melaksanakan program ini penuh cabaran dan dugaan. Saya masih ingat kenyataan Seorang Guru besar dari sebuah sekolah di Rengit telah membuat kenyataan "bawa program atau guru guru dari langit ke Rengit ini , takan berubah". Satu lagi kenyataan dar Guru Penolong Kanan, "kenapa wakil rakyaat sibuk nak ganggu program sekolah". Inilah dua kenyataan yang saya masih ingat sampai sekarang. Tapi ramai guru guru besar yang memberi sokongan. Begitu juga ramai guru biasa yang secara senyap memaklumkan kepada saya banyak perkara.

4. Saya sambut semua cabaran ini. Saya tempuh segala kenyataan nakal dari banyak pihak. Saya melihat anak anak Rengit ada potensi untuk dibangunkan. Saya melihat isu utama yang menghambat pencapaian anak di Rengit ialah Bahasa Inggeris dan tidak adanya pendekatan yang praktikal. Semua sekolah kebangsaan di rengit terletak di kawasan luar bandar.

5. Isu utama yang menghambat pencapaian anak di Rengit ialah Bahasa Inggeris dan pendedahan kepada pendekatan baru. Saya bertemu dengan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris yang sudah bersara tapi roh gurunya terlalu kuat.Pendekatan yang diambil Mak Mah dalam mengajar Bahasa Inggeris telah melonjak pencapaian Bahasa Inggeris dari 68 % kepada hampir 88 %. malah bilangan yang mendapat Gred A dn B hampir separuh dari bilangan pelajar yang ambil periksa.Faktor inilah yang melonjak pencapaian anak anak di Rengit

6. Program pendidikan kita juga menyediakan buku latihan tubi untuk setiap subjek untuk setiap pelajar. Setiap tahun kita ada bengkel menyediakan buku latihan tubi ini. Pelajar juga di bawa keluar dari sekolah.Mereka dibawa UTHM, ADTEC, Hotel . kita juga mengadakan sembahyang hajat beramai ramai dan berterusan.Sepanjang tahun tidak kurang 30 program kita sediakan untuk pelajar, guru dan ibubapa.

7. Secara perbandingan pelajar yang mendapat 5A pada tahun 2005 ( 21 orang) 2006 ( 22orang) 2007( 35 orang ) 2008 ( 65 orang ) dan tahun 2009 ( 73 orang ). Saya berdoa pada tahun 2010 (85 orang ) dan 2011 cukup 5 tahun program ini saya berdoa ia boleh mencecah 100 orang. (Pada tahun 2009 seluruh sekolah kebangsaan di Batu Pahat pelajar yang mendapat 5A seramai 550 orang). Saya yakin ia boleh dicapai dengan perubahan pendekatan. Begitu juga dengan peratus kelulusan keseluruhan dari 65 % tahun 2005 kepada 77.5 % pada tahun 2009. saya berdoa ia boleh mencapai tahap 80 % pada tahun mendatang.

8. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengerak utama Program Excel Rengit ini. Tuan Haji Rahman, Cikgu Ismaudin dan Cikgu Zaleha , Semua Guru Besar, YDP PIBG dan Semua guru yang membantu. Allah sahaja yang akan membalas jasa baik mereka ini.

9. Kadang kadang saya terfikir bukankah lebih mudah pengelibatan saya dalam pendidikan hanya selepas pelajar pelajar mendapat keputusan cemerlang UPSR , saya akan memberikan duit sebagai hadiah kepada mereka yang telah berjaya. Kerja tersebut lagi mudah , senang , jimat masa dan belanja tidak banyak. Saya rasa program sebegitu program kulit. ia tidak meresap. Pendekatan yang diambil selama 3 tahun ini secara lansung dan berterusan menampakkan hasil.Saya yakin jika kita senantiasa mengubah pendekatan jika mahu melonjakkan pencapaian.

10. Hati saya amat tersentuh bila ada guru guru sendiri mengucapkan tahniah kepada saya dan ibubapa yang berjumpa saya mengucapkan terima kaseh.Itu sudah membuat hati saya gembira.

No comments:

Post a Comment