Friday, December 4, 2009

KBS WORLD SALURAN KEGEMARAN MASA LAPANG.


1. KBS WORLD ( Korea Broadcasting Station World ) , saluran 303 astro merupakan saluran kegemaran masa lapang saya sejak dua tahun ini. Saluran ini berlansung 24 jam. Saluran ini merangkumi pelbagai bahan cerita. Sama saperti Saluran TV yang lain di negara ini.

2. Walaubagaimanapun Saluran ini banyak kelainan daripada Saluran TV kita. Malah saya banyak belajar dari saluran ini termasuk soal politik. Rancangannya cukup memikat malah setengahnya menjadi rancangan yang senantiasa ditunggu.

3.Drama dari saluran ini cukup memukau . Filem mereka mempunyai kualiti yang tinggi. Saya pernah menonton satu drama dari saluran ini yang berakhir ke 97 episod. Drama korea yang menarik dari saluran ini ialah " WOMAN IN THE SUN ", THE IRON EMPRESS, dan sekarang sedang saya tonton ialah IRIS kisah hidup agen perisik.

4. Tidak keterlaluan saya katakan taraf drama mereka ini telah mencapai tahap antarabangsa. Malah drama dan filem Korea lebih baik dari filem negara barat dan negara maju.

5 Saperti yang saya sebutkan awal, KBS World menyalurkan pelbagai rancangan. Antaranya Hometown report, Green The Colour of Survival, Screen of Humanity, The Science and Human Body, 3 days 2 night, The Moutains , Open Concerts dan pelbagai rancangan yang menarik.

6. Sesungguhnya saya banyak menimba pengetahuan melalui saluran ini. Malah banyak pendekatan saya semasa menjalankan tugas kini, saya belajar dari saluran ini secara tidak lansung.

7. Salah satu yang dapat saya belajar ialah teknik bergambar. Biasanya jika saya bergambar dikedai gambar, gambar saya selalu serius, sukar untuk ketawa jauh sekali nampak senyum.Tapi kini saya boleh senyum yang natural. Gambar saya kini ada kelainan dari rakan rakan saya. Termasuklah gambar ADUN Johor 2008 -2013

No comments:

Post a Comment