Tuesday, December 15, 2009

CUTI YANG TIDAK CUTI


1. Sekarang musim cuti . Cuti sekolah dan cuti hujung tahun. Masa inilah yang diambil untuk bercuti bersama keluarga. Biasanya musim cuti saya jarang bercuti. Ingat hari ini hendak membawa keluarga bercuti . Nampaknya program tak jadi. Minggu ini bertembung dengan Maal Hijrah dan kerja kahwin.

2. Saya ingat pada akhir tahun 2006 ketika saya membawa anak anak bercuti, hanya dapat sehari. bercuti. Lepas itu dipanggil balik taklimat dengan YAB Menter Besar Johor pasal banjir gelombang pertama di Batu Pahat. Ketika itu sibuk pasal banjir. Walaupun Rengit tidak menghadapi banjir yang teruk tetapi saya senantiasa berada di kawasan. Perkara utama perhatian saya ialah memastikan pintu air dikawasan Rengit senantiasa dibuka dan ditutup mengikut tempuh pasang surut air.Alhamdulillah Rengit tidak menghadapi banjir yang teruk. Saperti yang sebut sebelum ini rahmat juga turun selepas banjir.

3 Tahun 2007 Rengit memperolehi peruntukan yang banyak untuk membaikpulih jalan, lokang dan jambatan. Gambar yang diambil ketika banjir tengah melanda sesungguhnya banyak menyakinkan Jabatan dan Agensi kerajaan untk menyalurkan peruntukan. Sesungguhnya peruntukan ini telah banyak menyelesaikan masalah tertunggak yang ada di kawasan Rengit. Sebab itu saya membekalkan kepada semua ketua kampung dalam kawasan Rengit sebuah kamera setiap orang. Gambar oleh menceritakan seribu satu perkara .

4. Saya berdoa hujung bulan ini saya boleh membawa anak bongsu saya dan anak ketiga yang sedang cuti smesternya bercuti sebelum sekolah dan universiti bermula 2010. Sudah 2 tahun saya jarang bercuti. Saya bercuti pendek pada bulan mac tahun 2009 menghadiri Majlis Konvokesyen anak sulung saya di Jepun dan membantunya pindah rumah untuk menyambung pengajian ijazah keduanya di Universiti lain di Jepun. Anak kedua sekarang ini menghabiskan cuti smesternya dengan berkerja memetik buah chery di Australia.


No comments:

Post a Comment