
1. Semalam saya dan Isteri menghadiri satu majlis program keluarga angkat IMU dan Hospital Batu Pahat di Kampung Simpang Enam. Program ini berkaitan promosi kesihatan dan saringan Kesihatan serta Program Keluarga Angkat.
2. Program saperti ini telah berlangsung selama 6 tahun berturut turut dikampung yang sama. Saya telah meghadiri program ini 4 tahun . Tahun lepas saya tidak hadir sebab masuk hospital.
3. Program ini melibatkan 60 pelajar tahun akhir IMU kampus Batu Pahat dan JKKK kampung Simpang Enam dan penduduk kampung Parit Sibor. Pelajar pelajar ini tinggal semalam bersama keluarga angkat di kampung tersebut.
4. Saya bertanya kepada penyelia projek Cik Phang Sue Ling kenapa projek ini hanya berlansung diKampung ini. Mereka ingin menjalankan kajian Klinikal tahap kesihatan penduduk yang berdaftar dibawah program ini. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kesihatan dikalangan penduduk.
5. Selain daripada program ini untuk membekalkan pengalaman pelajar pelajar tahun akhir dengan kehidupan idesa.
6. Saya telah meminta kepada pihak IMU mendokumenkan projek ini sebab ianya telah berlansung 6 tahun. Dokumen ini boleh dijadikan rujukan oleh pihak IMU , Pejabat Daerah,Pejabat Kesihatan ,Pejabat ADUN dan penduduk kampung. Jika ianya dapat didokumenkan satu lagi maklumat penting akan menjadi sumber kajian generasi akan datang.
7. Saya gembira melihat hubungan mesra pelajar pelajar IMU dengan penduduk kampung dalam majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment