1. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah keputusan UPSR 2009 DUN Rengit semakin meningkat berbanding dengan tahun tahun yang lepas. Satu yang amat membanggakan ialah dari segi kualiti dimana telah jauh meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2006 yang merupakan tahun asas program Excel Rengit.Pencapaian pelajar cemerlang 2009 meningkat dari 22 orang tahun 2006 kepada 73 orang pada tahun 2009 meningkat kepada 231% .Pencapaian yang manis dan membanggakan.
2. Walaubagaimanapun jumlah ini tidak menepati sasaran kita tahun 2009 iaitu seramai 80 orang, kekurangan seramai 7 orang dari sasaran program Excel DUN Rengit 2009.
3. Jumlah Pencapaian yang begini ramai dalam tempuh 3 tahun ini telah menjadi bualan semasa dikalangan ibubapa di Rengit. Saya berharap ianya menjadi booster kepada ibubapa di Rengit untuk memberi semangat dan tekad baru terhadap pelajaran anak anak mereka.
4.Sebagai perbandingan jumlah pelajar yang mendapat 5A sejak 2003 ( 19 orang) 2004 ( 11 orang ) 2005 ( 21 orang ) 2006 ( 22 orang ) 2007 ( 35 orang ) 2008 ( 65 orang ) dan 2009 ( 73 orang ). Kita memulakan program Excel Rengit akhir tahun 2006 ( dalam lingkungan bulan November 2006 ) . Dalam tempuh 3 tahun sejak program Excel Rengit dilancarkan telah membuktikan bahawa sesungguhnya potensi anak anak di Rengit sebenarnya ada cuma dan perlu perubahan pendekatan dan perlu lebih kreatif.
5. Satu lagi menjadi kebanggaan terhadap program Excel Rengit ialah pencapian dalam Bahasa Inggeris. Keputusan Bahasa Inggeris telah jauh meningkat melebihi 87 %. Berbanding dengan pada tahun 2006 hanya 68 % sahaja. Manakala jumlah pelajar yang mendapat A kepada 141 orang. Fokus utama program Excel Renigit ialah Bahasa Inggeris. Perubahan pendekatan dibawah program Excel Rengit telah melonjak pencapaian Bahasa Inggeris di kawasan DUN Rngit. Selalu saya sebut dalam ucapan saya dikawasan , jualan akhbar bahasa Inggeris di Rengit hanya 5 naskah sahaja.
6.Secara keseluruhan pencapaian UPSR di Rengit Pelajar 5A 73 orang ( 13.8%),Lulus keseluruhan 77.5 % , Bahasa Inggeris 87.1 % ,Bahasa Melayu Pemahaman 95 % , Bahasa Melayu Penulisan 88.6 %, Matematik 87.3 % dan Sains 89.9%.
7. Sekalipun sasaran 2009 5A 80 orang,lulus keseluruhan 80 % dan bahasa inggeris 90 % tidak dapat dicapai tapi pencapaian ini masih membanggakan berbanding dengan tempoh program Excel Rengit yang berusia 3 tahun.
8. Saya berkeyakinan bahawa jika kita Fokus dalam apa jua kerja , insyallah kita akan beroleh kejayaan.
9. Saya bersyukur kerana saya mempunyai pasukan pendidikan DUN Rengit yang senantiasa bersemangat dan konsisten dalam menggerakan Program Excel Rengit. Insyallah saya berkeyakinan satu hari nanti kawasan DUN Rengit akan membekalkan pelajar pelajar cemerlang dalam tempuh jangkapanjang.
10. Satu Perjumpaan akan diatur dengan pelajar pelajar cemerlang dan guru guru dalam masa terdekat ini.

No comments:
Post a Comment