1. Tahniah kepada Rajagopal jurulatih pasukan bolasepak Malaysia yang telah membawa Malaysia ke final dalam sukan dwi tahunan Sukan Sea di Vientiane Laos. Malaysia akan bertemu dengan Vietnam di final tersebut. Pertandingan akhir tersebut akan disiarkan secara lansung pukul 5.30 petang hari Khamis 17hb Disember 2009 ditaja Telekom Malaysia.
2. Kita berdoa agar Malaysia akan membawa pulang kilauan emas yang telah ditunggu sejak lebih 20 tahun dalam acara bolasepak ini.
3. Apabila sahaja Malaysia mengalahkan Thailand dalam suku akhir 2-1, saya lihat kemenangan ini seolah olah macam Malaysia layak masuk ke Pertandingan Bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan tahun hadapan. Inilah kegembiraan yang dirasakan oleh seluruh rakyaat.
4. Bila pasukan negara berjaya mengalahkan Laos 3-1 dalam separuh akhir , kegembiraan rakyaat Malaysia tambah berganda seolah-olah Malaysia berjaya mengalahkan Mexico dalam pertandingan bolasepak piala dunia.
5. Bolasepak di Malaysia diperhatikan semakin kebelakang. Bolasepak dinegara telah dibangunkan lebih 50 tahun. Satu ketika dulu musuh utama Malaysia dalam bolasepak dirantau ini ialah Korea Selatan . Malah negara matahari terbit pun belajar bolasepak dari akademi FAM . Jepun belajar dari akademi FAM dan hari ini muncul sebagai negara yang kuat dipersada bolasepak antarabangsa.Dulu kita ketawa tengok pasukan bolasepak Jepun beraksi di Pesta Bolasepak merdeka. Pasukan ini di anak anakan.
6. Sepatutnya selepas 50 tahun pasukan bolasepak negara telah setanding dengan pasukan bolasepak Korea Selatan dan Jepun. Hari ini cuma kita dapat berbangga menang dengan Laos dan berjaya mengalahkan Vietnam di sukan Sea. Saya kira kejayaan tersebut bukan ukuran kejayaan pasukan bolasepak negara kita. Tempuh 50 tahun bukan satu tempuh yang pendek.
7. Kita perlu memperbaiki sistem pentadbiran dan pengurusan bolasepak kita. Jika lambat kita membuat perubahan kita terpaksa menunggu 20 tahun lagi untuk memperolehi emas di sukan Asia Tengara nanti.
8.. Begitu juga dengan Korea Selatan telah muncul sebagai negara yang digeruni diseluruh dunia.setiap kali piala dunia pasukan Korea Selatan berjaya mempamerkan persembahan yang mengkagumkan. Hebatnya Korea Selatan dalam sukan bolasepak ini. Hari ini mereka digeruni dalam acara hoki dan badminton.
9. Mengikut kajian kita kekurangan pemain yang mempunyai individu skil. Dulu kita mempunyai ramai pemain yang mempunyai individu skil. Nama nama saperti Mohktar Dahari, Soh Chin Ann, Santokh Sigh, Amurgam, Namat Abdullah, Syed Ahmad dan puluhan nama lagi yang tidak mampu disebut di ruang yang amat terbatas ini.
10.. Malaysia ketika itu bukan sahaja berjaya di Pestabola Merdeka, Sukan SEAP, malah pasukan bolasepak negara berjaya dua kali ke Olimpik di Munich dan Moscow. Itu hebat pasukan bolasepak negara ketika itu . Malah bolasepak merupakan satu flatform yang boleh mengukuhkan perpaduan rakyaat yang berbilang kaum. Stadium Merdeka ketika itu senantiasa penuh. Sekarang ini banyak kerusi dari penonton.
11. Bagaimana kita mahu mengembalikan semula kehebatan kita dalam bolasepak. Kini kita lihat hoki juga mula gagal diperingkat antarabangsa. Kita perlu mengkaji semula kenapa pasukan bolasepak negara kita semakin merosot. Saya yakin kita masih ada masa untuk mengembalikan kehebatan bolasepak kita.
12.Apakah kita memerlukan YB Idris Jala untuk merangka, merancang pembangunan bolasepak negara kita. Kita perlukan idea pendekatan bertindaknya . Kalau perlu apa salahnya ?.

No comments:
Post a Comment