Sunday, August 7, 2011

NILAI-NILAI MURNI SEMAKIN TERHAKIS


1. Semasa pilihanraya 2008 , dua perkara penting dalam manifesto saya sendiri ialah meningkat kualiti hidup dan pendidikan serta memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat diDUN Rengit. Ketika itu manifesto peringkat Nasional ialah Selamat Aman Dan Makmur.

2. Dua perkara yang merangkumi peningkatan kualiti hidup dan pendidikan serta pemupukan nilai nilai murni dalam masyarakat dalam DUN Rengit menjadi harapan besar saya ketika itu . Saya melihat kualiti hidup dan pendidikan serta nilai nilai murni dalam masyarakat kita semakin terhakis.

3. Hari ini timbangtara dalam setiap perkara berasaskan matabenda dan kepentingan yang akan mereka miliki. Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Semua Ukuran berdasarkan keuntungan matabenda yang akan diperolehi.Nilai nilai murni saperti mana yang kuat diamalkan dalam masyarakat dulu sudah beransur hilang.

4 Semangat berkorban, suka membantu , suka menolong, sering bertolak ansur, senantiasa hormat yang tua , sayang yang muda,selalu memikirkan kepentingan awam dan orang ramai,merendah diri, suka membuat kerja kerja kebajikan, sayang kepada negara, setia sepamjang masa dan bersederhana dalam hidup. Inilah contoh nilai nilai muri yang semestinya perlu disemarakkan semula dalam masyarakat kita .

5 Satu lagi aspek yang saya lihat semakin terhakis, soal kualiti hidup. Walaupun pembangunan semakin hebat dinegara kita, tapi dari segi kualiti hidup semakin menurun. Kita lihat sahaja dari segi kebersihan . kita mudah melihat sampah disana sini,Kita sering makan bersama lalat dikedai kedai makan dan dirumah kenduri kahwin. Lokang dan parit kita senantiasa tersumbat.

6. Kita juga mudah merasakan betapa tinggi kandungan gula dalam makanan yang dihasilkan dinegara kita berbanding dengan negara maju saperti Jepun.Kita juga mudah jumpa restoran 24 jam di negara kita. Manakala restoran makanan segera tumbuh macam cendawan dinegara kita.

7. Sekalipun kita hebat membangun, kita perlu segera merenung kembali kesan perancangan pembangunan yang tidak menitikberatkan aspek kualiti dan nilai ini. Pencapaian kita dalam setiap pembangunan tidak sepatutnya diukur berasaskan pencapaian angka sahaja. Soal Kualiti dan nilai perlu juga menjadi salah satu kayu pengukur. Mudah-mudahan kita dapat membina tamadun bangsa yang dikangumi.

Wednesday, November 17, 2010

PAKU DULANG PAKU SERPIH : PANAS DAN PEDAS

Asalamualaikum

Salam Sejahtera

Salam Satu Malaysia.

YB Dato Speaker

1. Terima Kaseh kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Bajet 2011 bagi negeri JOHOR yang makmur dan sejahtera bagi tahun 2011.


2. Tahniah kepada YAB Menteri Besar Johor dengan sejambak bunga sekalong tahniah yang berjaya merangka pelan kewangan Negeri Johor 2011 dengan penuh yakin betemakan kearah mendahulukan kesejahteraan Rakyaat Johor.


3. Ini bukti bahawa kita dari dahulu sentiasa bersungguh sungguh hendak membela nasib rakyaat. Kita sudah buktikan sejak 53 tahun yang lalu.


4. Dunia mengiktiraf kita. Kuasa besar juga mengakui apa yang kita buat. Seluruh dunia tahu dalam tempuh yang pendek kita telah mengubah lanskap negara ini kenegara yang makmur. Kalau ada orang diluar atau dalam dewan ini mengatakan kita tidak berusaha sebab fikiran mereka penuh perasaan cemburu.


5. Mereka sentiasa memakai CERMIN MATA HITAM. Jadi mereka sentiasa nampak hitam walau disiang hari . Apalagi kalau waktu malam lagi tambah gelap mata mereka.


YB Dato Speaker


6. Sebabnya mereka sudah diberi peluang. Memerintah empat negeri BUATLAH! Apa jadi ! orang pun tak nak datang. Banjir disebabkan hujan lebat. Satu dunia tahu. Tapi kerana perasaan geram. Dia salah double track kereta api. Tahun 2005 Alor Star banjir , masa itu belum ada lagi double track keretapi lagi.


7. Ini contoh cara mereka berfikir. Suka menyalahkan orang lain. Saperti kata pepatah melayu saperti Ayam yang KOKOK BERDERAI , EKOR BERGELUMBANG DENGAN TAHI. Yang ada dalam dewan pulak saperti kata pepatah melayu KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK BANGKAI GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK. Dan saperti selalu disebut CAKAP TAK SERUPA BIKIN.


8. Satu lagi contoh lagi nasib Penduduk Kg Buah Pala.Saya hendak tanya Tenggaroh. Sebelum Pilihanraya 2008 penduduk kg tersebut berharap ada pembelaan daripada kumpulan mereka. Lepas mereka menang.LAGI cepat penduduk keluar dari kg tersebut. Saperti pepatah Melayu HARAPKAN PAGAR RUPANYA PAGAR MAKAN PADI.


YB Dato Speaker,


9. Lebih hebat lagi kita berjaya memacu negara ini kearah yang ada sekarang ini dalam rakyaatnya yang pelbagai etnik, agama dan budaya. Kita dah bukti. Kita dah buktikan. Kita bukan saetakat berjanji tapi kita kotakan. Itu sebab 53 tahun rakyaat masih menaruh keyakinan kepada kita. Sebab Kita sentiasa berpegang pada janji saperti mana disebut KALAU LEMBU DIPEGANG PADA TALI MANUSIA DIPEGANG PADA JANJI.

YB Dato Speaker,

10. Kita senantiasa memikirkan kepentingan rakyaat. Itu sebab pemimpin kita memecah otak mencari idea idea baru untuk mensejahterakan rakyaat.


11. Bukti utama Bajet 2011 bagi negeri Johor berusaha untuk mensejahterakan rakyaat.Diperingkat nasional kita berusaha untuk mengubah atau membaiki kelemahan yang ada. Itu sebab Kita ada Pelan transformasi Kerajaan ( GTP ),Program Transformasi Ekonomi ( ETP ), RMK 11 dan Bajet 2011.Bukti sudah ada. Sudah ada perubahan.


12. Kita sentiasa memikirkan nasib masa depan rakyaat. Kita juga hendak beri peluang perkerjaan kepada anak anak muda. Kita hendak jadikan negara ini Negara Maju berpendapatan tinggi.Itu sebab kita rancang ujudkan 3.3 juta peluang perkerjaan menjelang 2020.


13. Untuk mencapai matalamat yang digariskan oleh kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat . Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri segera menubuhkan Pasukan Kawalan, Pemantauan dan Penilaian bagi mengawal , memantau dan menilai semua perancangan dan perlaksanaan disetiap sudut dan lapisan.


14. Dengan adanya Pasukan ini akan segera memaklumkan kepada kerajaan akan penyesuaian atau dengan izin adjustment dalam perjalanan mencapai matalamat yang telah dirangka oleh kerajaan. Saya melihat inilah kelemahan dan kekurangan yang begitu ketara.


15. Saya ingin cadangkan mereka yang menganggotai pasukan ini terdiri dari mereka yang mempunyai JATIDIRI YANG KUAT. Jangan sampai sudah berlaku baru kita hendak ambil tindakan. Contohnya Bila orang asing sudah membanjiri dinegara kita baru kita tukar Ketua Pengarah Imigersen.


16. Contohnya lain bila Audit buat teguran baru lah kita fikirkan pelan tindakan untuk mengubahnya. Contoh ditempat saya pula. Komplek Niaga Barang Terpakai yang berniali RM 4 juta yang diserahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bulan Julai hingga tidak boleh dipakai.Bangunan retak, terbenam dan tercabut dari speknya.


YB Dato Speaker


17. Kedua saya ingin mencadang supaya jentera kerajaan bergerak SENADA SEIRAMA, SEDERAP SELANGKAH dengn apa yang dirangka oleh pihak kerajaan.Kita ucap terima kaseh kepada seluruh jentera kerajaan yang banyak membantu kerajaan dan rakyaat selama ini. Kepada jentera kerajaan dua rangkap pantun saya ingin sampai TERBANG BURUNG SIBURUNG HELANG, HINGGAP DIDAHAN POHON PERKASA,JASA BAIK TUAN TETAP DIKENANG,AKAN DIINGATI SEPANJANG MASA . PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,MASAK SEBIJI DIATAS HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR, HUTANG BUDI DIBAWA MATI


YB Dato Speaker


18. * Kita BN sentiasa memikirkan soal rakyaat dan nasib masa hadapan rakyaat.Sebab kita dikalangan rakan BN senatiasa berpakat berbincang untuk memikirkan nasib rakyaat.


19. Kita sentiasa berpakat BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT.KEGUNUNG SAMA DIDAKI KE LURUH SAMA DITURUNI. HATI GAJAH SAMA DILAPAH. HATI NYAMUK SAMA DICECAH. Itu kita di Barisan Nasional.


20. Kalau ada masalah kita cermat menyelesaikan IBARAT MENARIK RAMBUT DARI TEPUNG. RAMBUT TAK KUSUT TEPUNG TAK BERSELERAK.Kita tahu sedangkan LIDAH LAGI TERGIGIT .INI KAN KITA SESAMA BN.Sudah lama kita dalam dalam BN amalkan BAGAI ISI DENGAN KUKU. BAGAI AUR DENGAN TEBING.


21. Dan kita tidak pernah putus asa dan Kita tidak pernah lemah semangat.Kita tetap bersemangat ! . Kita tetap bersemangat ! PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH. BIAR MATI DMAKAM PAHLAWAN . JANGAN MATI DIKUBUR DAGANG. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.JANGAN GERIMIS ,HUJAN PUN MARI KITA REDAHI,JANGANKAN RIBUT , TAUFAN PUN MESTI KITA HAUNGI, JANGANKAN GERHANA, KELAM GELITA PUN PASTI KITA TERANGI *


22. Kita senantiasa menginsafi kelemahan diri. Kalau salah kita sentiasa perbaiki kelemahan kita. SESAT DIHUJUNG JALAN. BALIK KE PANGKAL JALAN. Kita tidak pernah takbur. Kita perbaiki apa jua kelemahan . Yang utama kepentingan Rakyaat. Yang penting kesejahteraan Rakyaat.


YB Dato Speaker,


23. Jangan saperti MEREKA yang mengunakan nama rakyat untuk kepentingan sempit kelompok dan individu tertentu. Rakyaat hari sudah tahu dan menilai siapa sebenarnya mereka yang hanya pandai berjanji TANAM TEBU DIHUJUNG BIBIR. Rakyaat sudah tahu mereka saperti KUDUNG DAPAT CICIN, ibarat KERA DAPAT BUNGA dan saperti KADUK NAIK JUNJUNG.


24. Rakyaat hari bijak menilai SEKILAS IKAN DIAIR SUDAH MEREKA TAHU JANTAN ATAU BETINA. Rakyaat sudah menyedari salah MENDENGAR GURUH DILANGIT AIR DITEMPAYAN DICURAHKAN.Rakyaat sudah nampak siapa mereka. MEREKA SANGKA PANAS SAMPAI KEPETANG RUPANYA HUJAN DITENGAHARI.


25. Kepada sahabat sebangsa seagama disebelah sana. JANGAN MELUKUT DITEPI GANTANG. MASUK TIDAK MENAMBAH KELUAR TIDAK MENGURANG. JANGAN JADI LEMBU CUCUK HIDUNG. PAK TURUT. Jangan Sampai MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.


26. Sedarlah mereka HANYA Saperti ENAU DIBELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING MASING. Rakyaat sudah tahu mereka TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT. Rakyaat juga tahu bahawa mereka PAKU DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG AKU SEBENARNYA YANG LEBIH. Rakyaat juga tahu mereka saperti SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI SELALU BERCAKAP BOHONG LAMA LAMA Dot.Dot.Dot


27. SIAPA YANG MAKAN LADA DIALAH YANG RASA PEDAS


28. Chew Ho dengan izin Akhirnya saya menyokong usul yang dibawa oleh Puteri Wangsa. Salam Aidil Adha. Sekian terima kaseh.

Tarikh 16 November 2010

Pukul 5 pagi

Thursday, November 11, 2010

EMPAT TAHUN PROGRAM EXCEL RENGIT : PENCAPAIAN TERUS MENINGKAT


1. Hari ini keputusan UPSR 2010 diumumkan. Ada sedikit kerisauan pada tahun ini kerana bilangan anak anak pelajar di Rengit yang mengambil peperiksaan tahun ini turun lebih 10%. Walaubagaimanapun jauh disudut hati saya masih berkeyakinan bahawa anak anak di Rengit sentiasa sanggup menghadapi cabaran. Mereka juga boleh menerima pembaharuan yang dicadangkan.

2. Bila keputusan diumumkan dan disampaikan kepada saya , saya bersyukur kerana produk pendidikan yang telah digerakkan sejak empat tahun yang lepas menampakan kejayaan yang membanggakan. Produk pendidikan yang popular dengan nama Excel Rengit yang dilancarkan akhir 2006 telah mengubah pencapaian pendidikan di Rengit.

3. Keputusan UPSR pada tahun ini adalah yang terbaik sejak lima tahun kebelakangan. Terbaik dari semua segi. Peratus kelulusan Bahasa Inggeris meningkat dari 68 % ( 2006 ) , 87.5 % (2009) kepada * 89.8 % ( 2010 ). Bagi lulus keseluruhan meningkat dari 63.3% ( 2006 ) , 77.5% ( 2009 ) kepada * 79.8 % ( 2010 ). Manakala peratus pencapaian pelajar yang mendapat semua A meningkat dari 5.7 % ( 2006 ), 13.8% ( 2009 ) kepada 14.7 % ( 2010 ). Pencapaian peratus lulus semua A saperti yang saya sebut melepasi % kelulusan daerah, negeri dan peringkat kebangsaan bagi Sekolah kebangsaan.

4. Walaupun bilangan yang mendapat 5A kurang dari tahun yang lepas 73 orang ( 2009 ) kepada 69 orang. (2010 ) tapi dari segi peratus meningkat disebabkan bilangan pelajar tahun 2010 berkurangan. Manakala pelajar yang mendapat 4A pula seramai 55 orang. Jumlah pelajar yang mendapat keputusan yang baik seramai 124 orang ( 5A campur 4A ).

5. Tahun ini kita meletakan target 85 orang bagi mendapat 5A.Jika Jumlah ini dapat dicapai % pencapaian kualiti pada paras 18%. Memang target yang terlalu tinggi. Seramai 160 pelajar kita beri fokus dibawah program 3G Excel Rengit. Hasil juga baik dari seramai 160 orang yang terlibat lansung dalam program ini,seramai 124 ( 77.6 % ) yang memperolehi 5A dan 4A. Dari semakan yang dibuat sesautu yang memeranjatkan kebanyakan yang near miss adalah berpunca sabjek Bahasa Malaysia penulisan. Ramai dapat B Bahasa Malaysia penulisan.

6. Kita juga tidak lupa anak anak yang lemah yang dikatogerikan galus, mereka juga diberikan perhatian dalam program pendidikan Excel Rengit. Kesan juga baik dimana peratus lulus keseluruhan meningkat dari 77.5 % tahun 2009 kepada 79.8 % tahun 2010.Pertambahan lebih 2.3 %.

7.Saya telah memaklumkan mana mana sekolah yang mendapa keputusan Gred Purata sekolah paling rendah serta % lulus keseluruhan ( Kuantiti ) paling tinggi dan % yang memperolehi semua A ( kualiti ) paling tinggi dalam DUN Rengit akan menerima hadiah peruntukan sebanyak RM 20 ribu. Saya tak tahu setakat inii sekolah mana yang mencapai ketiga tiga keputusan terbaik ini.

8. Manakala bagi anak anak pelajar pula, skim ransangan tidak menepati angka yang ditetapkan. Bilangan yang ditetapkan 85 orang . Jika berjaya mencapai angka 85 ini mereka akan dibawa ke Sunway lagoon menaiki Kapalterbang dan balik naik keretapi serta bermain ice skating di Sunway Primaid. Walaubagaimanapun saperti mana biasa anak anak ini akan dibawa bercuti dan beriadah di Sunway Lagoon selama 2 hari.

9. Pada 15hb Novemeber 2010 semua anak cemerlang berserta ibubapa dan guru akan dipanggil untuk meraikan mereka yang berjaya. Tahniah kepada semua pengerak progam Pendidikan Excel Rengit.

10. Sesuatu yang boleh dirumuskan ialah perubahan pendekatan dengan perancangan yang realistik serta pendekatan yang praktikal dan tindakan yang berfokus sesungguhnya mampu mengubah pencapaian

* ( Data yang telah dikemaskinikan ).

Friday, November 5, 2010

UCAPAN MEMBAHASKAN USUL EKONOMI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 WAKIL BADAN PERHUBUNGAN UMNO JOHOR




YANG BERBAHAGIA DATUK PENGERUSI TETAP,
YAB DATUK SERI PRESIDEN,
YAB TAN SRI TIMBALAN PRESIDEN,
NAIB-NAIB PRESIDEN,
AHLI MAJLIS TERTINGGI,
SIDANG PERWAKILAN,
PARA PEMERHATI,
SAUDARA SAUDARI YANG DIHORMATI SEKALIAN

SAYA AYUB BIN HAJI JAMIL
DARI BAHAGIAN BATU PAHAT
MEWAKILI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI
JOHOR DARUL TA’ZIM

INGIN TURUT SAMA DALAM PERBAHASAN USUL EKONOMI YANG DIBAWA OLEH PERWAKILAN NEGERI KELANTAN.

1. SAYA MULAKAN UCAPAN INI DENGAN SEPOTONG AYAT AL QURAN YANG SELALU KITA DENGAR, SELALU KIA SEBUT DAN KITA FAHAM AKAN MAKSUDNYA.

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG
ADA PADA SUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH
APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI.”
SURAH AR-RAD AYAT 11

AYAT 11 SURAH AR RAD MENEGASKAN, MENGINGATKAN KEDUDUKAN SESEORANG. KELOMPOK ATAU KAUM TIDAK AKAN BERUBAH KECUALI MEREKA SENDIRI MENGUBAH.

2. DINYATAKAN JUGA DALAM BAIT-BAIT SELOKA YANG BERBUNYI

KALAU NAK BERDIRI SAMA TINGGI,
LAKUKAN SEGERA TINDAKAN TRANSFORMASI,
KALAU NAK DUDUK SAMA RENDAH,
MARILAH SEGERA KITA BERUBAH

3. ITU JELAS, LAGI TERANG. ITU HAKIKATNYA. JIKA KITA HENDAK BERUBAH, KITA SENDIRILAH YANG PERLU MENGUBAHNYA.

4. JIKA KITA HENDAK BERUBAH, MAKA PERLU MELAKUKAN PERUBAHAN MULAI HARI INI, MASA KINI. KITA PERLUKAN TRANSFORMASI. PERKATAAN POPULAR HARI INI DAN MASA KINI.

5. YANG BERBAHAGIA DATUK PENGERUSI TETAP , IZINKAN SAYA NYATAKAN SATU PERKARA. SEJAK KEBELAKANGAN INI SAYA PERHATIKAN RENTAK DAN IRAMA PUCUK PIMPINAN KITA SUDAH BERUBAH.NAMPAK KITA SEMAKIN BERANI.SEMAKIN LANTANG SUARA. SEMAKIN KUAT GEGAR SUARANYA.DULU PARTI KITA DEFINSIF.ASYIK BERTAHAN SAHAJA.SAMPAI BANYAK TERLEPAS DAN TERHAKIS.

6.BUKANKAH KITA PASUKAN YANG SENTIASA BERPERANG. SUDAH 12 KALI KITA BERTANDING DAN BERPERANG. DULU KITA ASYIK BERI AMARAN. SELALU KITA SEBUT. KITA TIDAK AKAN BERKOPROMI .KITA TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR.

7. SEMALAM SAYA BETUL BETUL GEMBIRA.SUKA SAYA . BILA MENDENGAR UCAPAN DASAR PRESIDEN . MEREMANG BULU ROMA SAYA. INI BETUL BETUL BERANI. INI BETUL BETUL JANTAN. KITA TIDAK BOLEH LAGI DEFENSIF. KITA KENA OFFENSIF. KITA KENA OFFENSIF. AYUH ! BANGKIT. AYUH ! BANGUN. AYUH ! BERTINDAK.

8. IZINKAN SAYA DALAM KETERBATASAN MASA INI UNTUK BERCAKAP SOAL YANG NYATA, SOAL YANG ADA DI DEPAN MATA. SOAL YANG ADA DITANGAN, BUKAN SOAL FANTASI. BUKAN SOAL RETORIK

9. BAGAIMANAPUN TERLEBIH DAHULU UMNO JOHOR MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH ATAS USAHA GIGIH, GALAK DAN BERTERUSAN. . YAB PRESIDEN MELAKUKAN TRANSFORMASI MELALUI 4 TONGGAK, IAITU GTP, ETP, RMK-10 DAN BAJET 2011.

10. SEMUANYA DILAKUKAN ATAS NAMA RAKYAAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN KE ARAH PERJALANAN 1 MALAYSIA YANG SEIMBANG, MENYELURUH ADIL DAN SEJAHTERA.

11. 2020 MATALAMAT NEGARA, 15 USD SASARAN KITA, 4 TONGGAK LANDASAN KITA, 10 TAHUN MASA YANG ADA, 2 TAHUN MASA PENENTUAN. 53 TAHUN SUDAH KITA MEMBUKTIKAN, 27 JUTA RAKYAT MELETAKKAN HARAPAN PADA KITA. 1 LONJAKAN YANG PERKASA LAGI PERDANA KE ARAH 1 MALAYSIA YANG SEJAHTERA. DENGAN SATU TEKAD DAN SATU SEMANGAT KENTAL LAGI JITU DAN PADU.

12. INILAH KESUNGGUHAN YAB PRESIDEN. INILAH BUKTI YAB PRESIDEN MAHU MELAKUKAN PERUBAHAN KEPADA KERAJAAN, KEPADA EKONOMI NEGARA, KEPADA BANGSA MELAYU, KEPADA EKONOMI ORANG MELAYU DAN TENTUNYA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG ADA DI KAMPUNG, DESA, HUTAN, BANDAR, LAUT DAN TERMASUK YANG MASIH ADA DI NEGARA ORANG.

13. MEMBELEK DOKUMEN MEB, NKEA DAN ETP, SAYA KAGUM DENGAN JANGKAAN SERTA JANGKUAN .KITA AKAN JADI NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI DALAM 10 TAHUN LAGI.

14. SAYA KAGUM, SAYA TERMENUNG, SAYA BELEK DARI KULIT KE KULIT. MELIHAT ANGKA, MELIHAT UNJURAN YANG TERTINTA DI DALAM DOKUMEN ITU.

15. SAYA YAKIN DAN BERDOA WALAUPUN DI HATI KECIL MASIH TERTANYA-TANYA. BOLEHKAH KITA CAPAI REALITINYA DI KALA DUNIA YANG DIPELOPORI NEGARA KAYA YANG SUDAH TEPU EKONOMINYA MENUNTUT KETERBUKAAN, MENUNTUT LIBERALISASI, MENCANANGKAN GLOBALISASI, MEMANTAPKAN DEMOKRASI ALA MEREKA, MELAUNGKAN PASARAN TERBUKA (FREE MARKET) DAN MAHUKAN PERSAINGAN MENGIKUT SELERA MEREKA

16. PADA MULANYA MEMANG SAYA SENANTIASA TERTANYA–TANYA TENTANG KEBERHASILAN DALAM MASA TERBATAS. TETAPI SELEPAS MENDENGAR UCAPAN DASAR PRESIDEN SEMALAM, SAYA PENUH YAKIN BAHAWA KITA BOLEH SAMPAI KERANA UMNO DAN KERAJAAN KINI ADA NAHKODA DINAMIS YANG SENTIASA BINGKAS, BERGERAK TANGKAS DAN PANTAS.

17. UMNO JOHOR MAHU AGENDA MURNI INI DITERUSKAN DENGAN MENGAMBIL SEMANGAT MUAFAKAT MELAYU: BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT KE GUNUNG SAMA DIDAKI, KE LURAH SAMA DITURUNI. UMNO JOHOR MAHU SUPAYA KITA TERUS BERGERAK TANPA SEKALIPUN MENINGGALKAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAYU DAN EKONOMI MELAYU YANG MENJADI TERAS PERJUANGAN UMNO SEJAK DULU HINGGA KINI.

18. BAGI MEMASTIKAN KELANSUNGAN ORANG MELAYU DALAM PEMBINAAN NEGARA KE ARAH NEGARA MAJU, UMNO JOHOR MENCADANGKAN AGAR 6 PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN.

19. PERTAMA: UMNO JOHOR MAHU UMNO PUSAT DAN KERAJAAN PERLU SEGERA MELAKUKAN TRANSFORMASI KE ATAS TINDAKAN. DENGAN IZIN, ACTION. BUKAN SAHAJA HEBAT DALAM BENTUK PERANCANGAN DAN DOKUMEN, TAPI YANG AMAT PENTING IALAH TINDAKAN. DAN TINDAKAN TERSEBUT PERLULAH BERTERUSAN, BERKESAN DAN BERIMPAK BESAR. INILAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG DAN SEGERA SAPERTI MANA YANG DISEBUT OLEH YAB PRESIDEN BAHAWA 3 PERKARA YANG MENGUBAH MELAYU, MENGINSAFI KELEMAHAN DIRI, MENCARI PENAWARNYA DAN YANG TERPENTING IALAH GERAK KERJANYA. BERMAKNA TINDAKAN.

20. REALITINYA, KITA SUDAH TERLALU LAMA MERANCANG, KITA SUDAH TERLALU LAMA BERBAHAS, BERHUJAH, BERDIALOG, BERSEMINAR. TAPI SELEPAS ITU SEMUANYA TINDAKAN KITA SELALUNYA LESU, SELALUNYA TINDAKAN KITA TIDAK BERMAYA, TIDAK DINAMIK, TIDAK SEGAR DAN TINDAKAN KITA TIDAK SEZAMAN.

21. JIKA TRANSFORMASI TINDAKAN INI DAPAT SEGERA KITA LAKUKAN DENGAN BINGKAS LAGI PANTAS, UMNO JOHOR YAKIN MELAYU AKAN MELONJAK KEHADAPAN MENJADI BANGSA YANG DIHORMATI, DISEGANI. DAN TENTUNYA AKAN BERDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA RENDAH DENGAN BANGSA LAIN. MALAH MELAYU AKAN MEWARNAI MASA DEPAN DUNIA KERANA SEPERTI KATA YAB PRESIDEN, APA KURANGNYA MELAYU UNTUK UNGGUL DIPENTAS DAN PERSADA ANTARABANGSa. MELAYU BOLEH KUAT JIKA TERUS BERSATU. MELAYU BOLEH JADI JUARA JIKA SENTIASA BERPANDUKAN ILMU DAN BIJAKSANA. MELAYU BOLEH KAYA JIKA KUAT BERUSAHA

22. YANG PENTING KITA PERLU BERUBAH

23. KEDUA: UMNO JOHOR MAHU KERAJAAN MEMPERKENALKAN JARINGAN MODAL SOSIAL YANG BERASASKAN KESETIAAN, KEYAKINAN DAN SALING MEMPERCAYAI YANG BELUM ADA LAGI DI NEGARA KITA. UMNO JOHOR MEMAHAMI IA BUKAN MUDAH, BUKAN SENANG. TAPI, BIARLAH KITA BERTATIH MERUNTUHKAN TEMBOK PEMISAH YANG TELAH LAMA BERTAPAK, YANG TELAH DILAKAR LUKIS OLEH PENJAJAH SEJAK 500 TAHUN YANG LALU MEMISAHKAN HUBUNGAN EKONOMI PENDUDUK NEGARA.

24. LAKARAN YANG DIRANCANG OLEH PENJAJAH MEMBENTUK KEGIATAN EKONOMI PARALEL. DARI DULU HINGGA KINI. SEHINGGA TIDAK WUJUDNYA KERJASAMA EKONOMI ANTARA KAUM-KAUM YANG ADA. KALAU ADAPUN KERJASAMA, IA AMAT LONGGAR. SEPERTI LONGGARNYA KONSEP ALI BABA. DAN LEBIH PARAH LAGI, IA HANYA SEKADAR MAKAN KOMISEN.

25. UMNO JOHOR INGIN MENEGASKAN BAHAWA JARINGAN MODAL SOSIAL UNTUK MEMBOLEHKAN ANTARA KAUM SAMA-SAMA DILATIH, SAMA-SAMA DIBIMBING, SAMA-SAMA BERKERJA, SAMA-SAMA MENGELUARKAN MODAL, DAN SAMA-SAMA MEMBENTUK JARINGAN.

26. UMNO JOHOR MAHU PROGRAM TRANFORMASI EKONOMI NEGARA MEMASUKAN PROGRAM JARINGAN MODAL SOSIAL INI. DAN JIKA PROGRAM INI DAPAT DIBUAT, TENTUNYA AKAN MEMBANTU MEMPERKUKUHKAN PENCAPAIAN PROGRAM TRANSFORMASI YANG KITA RANCANGKAN

27. UMNO JOHOR MEMOHON YAB PRESIDEN MERANGKAKAN PELAN TINDAKAN KOMPREHENSIF LAGI BERKESAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM JARINGAN MODAL SOSIAL INI.

28. KETIGA: BAGI MEMASTIKAN MELAYU SELARI DENGAN HALA TUJU NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI, UMNO JOHOR INGIN MENCADANGKAN SUPAYA UMNO DAN KERAJAAN PERLU SEGERA MENUBUHKAN AGENSI PEMANTAU PENYELARASAN DAN PENCAPAIAN EKONOMI BUMIPUTERA.

29. AGENSI INI BERPERANAN MENYELARAS, MEMANTAU DAN MENILAI PENCAPAIAN EKONOMI BUMIPUTERA DI SETIAP LAPANGAN SUDUT BIDANG DAN PERINGKAT. AGENSI INI PERLU DILETAKAN DI BAWAH PERDANA MENTERI DAN JABATAN PERDANA MENTERI. AGENSI INI JUGA PERLU DIPIMPIN DAN DIANGGOTAI OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI JATI DIRI MELAYU YANG TINGGI.

30. UMNO JOHOR MELIHAT SEJAK DARI DULU TIDAK ADA SATU AGENSI PUN YANG MENYELARAS, MEMANTAU PERJALANAN, PENCAPAIAN EKONOMI BUMIPUTERA. MASING-MASING AGENSI DAN JABATAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI MELAYU SEBENARNYA HANYA BERMATLAMAT UNTUK MEMACAK DAN MENGIBAR BENDERA MASING-MASING.

31. UMNO JOHOR YAKIN JIKA AGENSI INI DISEGERAKAN PENUBUHANNYA, MAKA AKAN MEMPERKASAKAN PERTUMBUHAN DAN PENCAPAIAN EKONOMI ORANG MELAYU.

32. KEEMPAT BAGI MEMANTAPKAN MELAYU SUPAYA SELARI DENGAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN, MAKA UMNO JOHOR MENCADANGKAN SUPAYA KERAJAAN SEGERA MENGGANDAKAN PROGRAM YANG PASTI BOLEH MENINGKATKAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN MELAYU DALAM BIDANG EKONOMI.PROGRAM YANG TELAH TERBUKTI BERKESAN IALAH PENDIDIKAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN,UMNO JOHOR MENCADANGKAN PROGRAM

33. MELONJAKGANDAKASA PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BUMIPUTERA.SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BIDANG INI BANYAK MEMBANTU BUMIPUTERA. UNTUK ITU UMNO JOHOR INGIN MENCADANGKAN AGAR DIPERMUDAHKAN INFRANYA. TIDAK PERLU BANGUNAN YANG BESAR DAN MAHAL SERTA MENGAMBIL MASA YANG PANJANG PEMBINAANNYA. KALAU PERLU SEWA DI RUMAH KEDAI, TERUSKAN. KALAU BOLEH BEROPERASI DI BANGUNAN LAMA KERAJAAN, KITA TERUSKAN JUGA PROGRAM TERSEBUT.

34.YANG PENTING PROGRAM TERSEBUT MESTILAH BERKUALITI, MENDAPAT AKREDITASI DALAM DAN LUARNEGARA DAN MEREKA YANG KELUAR MENJADI REBUTAN DI PASARAN.

35. KELIMA BAGI MEMASTIKAN KELUARGA MELAYU MEMILIKI PENDAPATAN YANG TINGGI, UMNO JOHOR MENCADANGKAN SUPAYA KERAJAAN MENINGKATKAN PENYERTAAN WANITA DALAM TENAGA KERJA. PROGRAM INI AKAN MEMBERI KESAN CEPAT LAGI TINGGI. INI SELARAS DENGAN USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN PER KAPITA.

36. DI MALAYSIA KADAR PENYERTAAN WANITA (KPW) DALAM TENAGA KERJA RENDAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA MAJU DAN KURANG MAJU. DI MALAYSIA KPW HANYA 45.7%, UK 60.2%, THAILAND 70%, SINGAPURA 51.8%. MENGIKUT KAJIAN KELUARGA YANG BERPENDAPATAN RENDAH DAN MISKIN DI KAMPUNG DAN BANDAR DISEBABKAN BILANGAN PEKERJA DALAM KELUARGA HANYA SEORANG ( SINGLE HOUSEHOLD WORKER )

37.BAGI MENJAYAKAN MATLAMAT PROGRAM INI SERTA MENGALAKAN PENYERTAAN WANITA DALAM TENAGA KERJA, PUSAT PENJAGAAN KANAK KANAK NURSERY YANG BAIK DAN SELAMAT SERTA BERTAULIAH, MAHIR PERLU DIPERBANYAKKAN DI MALAYSIA. PERLU JUGA ADA INSENTIF BAGI PROGRAM INI. JUGA PERLU ADA MASA KERJA YANG LEBIH FLEXIBLE, TEMPAT KERJA YANG BERSESUAIAN DAN PROGRAM LATIHAN SEMULA YANG BERTERUSAN.

38. KEENAM UMNO JOHOR JUGA MAHU DILAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWAAN INI SECARA MASSA. MASS MOVEMENT. BUDAYA KEUSAHAWAAN INI PERLU DIGERAKKAN DI SEMUA PERINGKAT DI TADIKA, DI SEKOLAH RENDAH, DI SEKOLAH MENENGAH, KOLEJ, UNIVERSITI, KAMPUNG, DAN BANDAR. PROGRAM PENDEDAHAN INI PERLU DIGERAKKAN SECARA BERTERUSAN. UNTUK ITU, KERAJAAN DIMINTA MENAMBAH PERUNTUKAN BAGI MENJAYAKAN CITA-CITA MURNI INI.

39. AKHIR SEKALI UMNO JOHOR MENCADANGKAN SUPAYA KERAJAAN LEBIH AGRESIF MERANGKA PROGRAM BAGI MELIBATKAN PENYERTAAN ORANG MELAYU DALAM SEKTOR BARU YANG MEREKA BOLEH BERSAING DARI AWAL. SEPERTI SEKTOR PRODUK HALAL, BIOTEKNOLOGI, PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM DAN INDUSTRI KREATIF.

40. YBHG DATUK PENGERUSI TETAP, DENGAN INI UMNO JOHOR MOHON MENYOKONG USUL DEMI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA,MENGUBAH MASADEPAN BANGSA DAN UNTUK MELONJAKAN PENCAPAIAN NEGARA TERCINTA

SEKIAN SAYA SUDAHI DENGAN WABILLAHI TAUFIK WAL-HIDAYAH WASSALAMU ‘ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH.

Sunday, July 4, 2010

DEWAN NEGERI JOHOR YANG UNIK



1. Pada hari ini bermulalah secara resminya persidangan ketiga Dewan Negeri Johor yang ke 12. Dewan akan bersidang selama tiga belas hari. Dijangka akan berakhir pada 19hb Julai 2010.Dewan Negeri Johor berbeza dengan Dewan Negeri lain. Kerajaan Negeri Johor memberikan masa yang cukup dan banyak kepada semua ahli dewan untuk menyuarakan apa jua isu dan persoalan.

2. Berbeza dengan negeri lain. katanya dewan negeri lain hanya bersidang empat hari sahaja.Tentunya masa amat terbatas. Inilah keistimewaan Johor. Juga bukti kesungguhan Johor.

3. Sudah dua tahun Dewan ini bersidang ditempat yang baru di Kota Iskandar Nusajaya. Dewan baru dinamakan Dewan Sultan Ismail. Nama ini diperkenankan oleh baginda Sultan Johor semasa meresmikan persidangan Dewan Negeri pada 1hb julai 2010.

4. Dewan ini memang sungguh unik. Kita boleh lihat langit ketika dewan bersidang. Bumbungnya juga lut sinar. Dewan ini juga besar lapang.Dewan Negeri ini boleh mengisi 150 orang ahli dewan. Perancangan pembangunan Dewan ini mengambil kira keperluan masa depan. Sekarang ini bilangan ahli dewan negeri Johor berjumlah 56 orang sahaja.

5. Rekabentuk Dewan ini cukup unik dan menarik. Bangunan ini berkonsep islam.Rekabentuk bangunan katanya diambil dari Andalusia. Ini lah kelainan Kepimpinan Dato Ghani Othman yang membawa pendekatan Holistik dalam membangunkan Johor selama lebih lima belas tahun.

6. Dewan Negeri Johor ketika ini mempunyai 50 wakil rakyaat dari Parti Barisan Nasional,4 dari parti DAP dan 2 dari parti PAS.Penggal lepas (2004 hingga 2008 ) Dewan Negeri johor hanya ada seorang Wakil Rakyaat dari parti PAS.

7. Biasanya Dewan mula bersidang dari pukul 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Selama 1 jam hingga 1 1/2 jam diberikan untuk soalan lisan dari ahli ahli dewan. Dari Pukul 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari diberikan masa untuk ahli ahli dewan negeri membahaskan usul.

8. Semua ahli dewan diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan. Biasanya masa yang diberikan 15 minit hingga 20 minit kecuali ahli yang membawa usul dan menyokong usul diberikan masa yang lebih.

9 Didewan Negeri Johor ini, ketika seseorang ahli dewan sedang berucap , ahli dewan lain tidak boleh menyampuk atau minta laluan untuk mencelah.Ahli dewan lain boleh mencelah jika ada ucapan atau kenyataan ahli dewan yang sedang salah atau tidak tepat.

10.
Saya menjangka dalam masa lima tahun akan datang Kota Iskandar akan muncul sebagai Pusat Pentadbiran Negeri Johor yang akan hebat lagi mengkagumkan. Rekabentuk bangunan dikota Iskandar memang unik lagi hebat.

Sunday, June 27, 2010

NILAI SEJAGAT NILAI SENDIRI



1. Pepatah Melayu ada meyebut, "Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung”. Diperkukuhkan dengan satu lagi pepatah Melayu yang menyebut "Lain padang lain belalang" . Bersesuaian pula dengan satu lagi pepatah Melayu “Masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang lembu menguak”. Dan seperti selalu disebut bagai irama dan lagu.


2.
Tiga pepatah Melayu yang disebut tadi menegaskan ,memperjelaskan dan menggambarkan bahawa di mana kita berada di situ kita akan cuba menyesuaikan dengan keadaan yang ada . Barulah penyelesaian dan penyesuaian tersebut akan menjadi lebih harmoni, cantik, indah dan menggembirakan semua pihak .


3.
Nilai-nilai ini semakin hari semakin dilupakan malah diketepikan dan dibuang jauh-jauh . Nilai-nilai ini diketepikan atas alasan bahawa dunia ini sedang berubah .

4.
Seperti yang kita ketahui bahawa setiap manusia yang ada di bumi ini berbeza dan berlainan antara satu sama lain . Tentunya mudah kita melihat perbezaan dari segi warna kulit , saiz badan . Perbezaan tersebut bukan setakat rupa paras dan saiz manusia tersebut tetapi dia melibatkan juga cara hidup, pakaian, pertuturan, fahaman,anutan,makanan, dan lain-lain yang berbeza

5.
Malah dari segi semangat, jatidiri, kesungguhan, pencapaian ,kejayaan dan kehendak serta keutamaan juga berbeza antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain .

6.
Seperti yang diketahui dalam satu puak atau kaum pun juga berbeza-beza walaupun berada dalam satu puak atau kaum. yang sama .Contohnya dalam masyarakat melayu, masyarakat jawa dengan masyarakat bugis berbeza tentang cara makan mereka. Begitu juga dalam masyarakat China , India dan lain-lain.

7. Apa lagi perbezaaan antara bangsa Amerika dengan bangsa China , Melayu , Afrika dan Arab . Sudah tentunya berlainan dan berbeza antara satu sama lain.

8.
Saya nyatakan fakta-fakta di atas untuk membuktikan bahawa adalah terlalu sukar untuk mencari persamaan dan persefahaman yang mutlak . Kita tentunya akan berbeza-beza di antara satu sama lain mengikut tanah tumpah darah kita

9. Walau bagaimanapun ketika ini , masa kini , dan waktu kini , manusia di seluruh dunia lebih gemar mengunakan nilai-nilai universal atau nilai-nilai sejagat untuk memenuhi tuntutan dan kehendak yang tidak berkesudahan bagi sesuatu pihak.


10.
Nilai-nilai universal adalah merangkumi perkara-perkara yang popular dilaungkan saperti KEBEBASAN BERSUARA, HAK ASASI , DEMOKRASI, GLOBALISASI, LIBERALISASI dan FREE TRADE AGREMENT . Nilai inilah yang hebat digunakan dan diasak bila ingin mencapai satu matlamat


11.
Nilai-nilai universal atau nilai sejagat ini adalah rekaan negara barat yang ingin meneruskan cengkaman mereka di seluruh pelusuk dunia termasuklah negara kecil yang baru sahaja ingin merasai nikmat pembangunan dan kemakmuran .


12.
Negara-negara baratlah yang hebat , kuat bercakap dan melaungkan nilai -nilai sejagat. Daripada pemimpin hinggalah media mereka, merekalah yang nampak dan kelihatan hebat berjuang dengan nilai-nilai sejagat ini. Mereka juga meminta negara-negara lain mengunakan nilai-nilai sejagat ini. Jika ada negara yang tidak mengikut negara tersebut dicap dengan pelbagai label

13.Hairannya dan ironinya bila sesuatu isu itu melibatkan kepentingan mereka atau kepentingan sekutu mereka , nilai-nilai sejagat ini diketepikan tanpa segan silu. Mereka akan mengunakan hujah lain untuk menghalal tindakan mereka.

14.Contoh mudah yang kita lihat bila Flotilla kemanusiaan ke Gaza diserang diperairan antarabangsa oleh pengganas Israel, media antarabangsa yang berkiblatkan negara barat seperti CNN dan BBC langsung tidak membuat liputan . Adapun liputan mereka tetapi memihak kepada tindakan Israel. Begitu juga dengan Amerika telah menghalalkan tindakan pengganas Israel.

15.
Kalau Iran , mereka mengunakan PBB dan nilai-nilai universal untuk membolehkan tindakan di ambil keatas negara yang dicap dengan pelbagai label. Begitu juga Iraq mereka mengunakan label tertentu untuk membolehkan penguasaan mereka ke atas air hitam di negara tersebut. Malah hari ini , terserlah dimana Taliban dilabelkan sebagai penganas untuk menghalalkan tindakan bagi menguasai hasil bumi yang bernilai 3 trillion USD.

16.Begitu juga bila sebuah rangkaian TV Al-Jazera yang lantang dan bebas membuat liputan di seluruh dunia atas nama kebebasan bersuara termasuk keberanian rangkaian TV ini menghentam tindakan negara barat. Rangkaian TV ini telah diambil alih atas nama Globalisasi dan liberalisasi. Kini rangkaian ini memihak kepada negara-negara barat.

17.Inilah yang sedang berlaku diseluruh dunia termasuk di negara kita. Sebahagian dari kita di Malaysia mengunakan lessen nilai-nilai universal untuk mucul sebagai hero, jaguh dan pemimpin hebat di negara ini. Daripada pemimpin politik hinggalah media . Apalagi media baru. Mereka bebas bercakap sesuka hati. Semuanya atas nama nilai-nilai sejagat. Hak mereka . Kebebasan mereka. Lesen mereka.

18.Tanpa segan silu mereka bercakap, bersuara, menghentam, mengkritik. Segala-galanya digunakan atas lesen nilai-nilai universal untuk mencapai matlamat tersirat lagi tersembunyi.

19.Malah mereka melupakan segala yang termaktub dalam Kitab perlembagaan negara, sejarah kenegaraan negara ini, rukun negara. Tolak ansur, hormat -menghormati yang menjadi amalan negara selama ini di ketepikan dan dipertikaikan.

20. Tolak ansur dan hormat menghormati diantara kaum selama inilah yang menjadi amalan dan pegangan rakyat negara ini yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran negara secara berterusan.

21."Mereka" gunakan nilai-nilai universal untuk mencapai matlamat mereka. Peliknya di negara sebelah selatan yang terang-terang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan menulis, mereka katakan pemimpin disana cukup pandai merancang strategi untuk meningkatan pertumbuhan ekonomi dan menarik pelabur.Tapi di sini dikatakan , "Ini kebebasan bersuara, Hak asasi. "Samalah mereka dengan Barat.

22. Sesungguhnya tepatlah pepatah melayu " Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung " " Lain Padang Lain Belalang ".