Thursday, December 10, 2009

HAK ASASI DAN SWIZTERLAND


1. Negara Swizterland yang kuat menyanjung dan menjunjung demokrasi dan hak asasi manusia telah membuat keputusan menolak pembinaan mesjid pada masa akan datang dinegara tersebut. Satu keputusan yang cukup memeranjatkan. Ia dibuat melalui undi oleh ahli parlimen negara tersebut.

2. Kini timbul pertanyaan apakah relevan pada masa sekarang ini nilai nilai universal ini diterimapakai oleh penduduk dunia. Hari ini ada hari hak asasi manusia ( 10-Disember 2009 ). Hak asasi yang digariskan sejak tahun 1948 yang direka noleh negara maju. Negara kaya dan maju kuat melaungkan gagasan ini.

3. Jelas berdasarkan keputusan Kerajaan Switzerland bahawa tidak ada hak asasi yang mutlak di dunia ini. Begitu juga tidak ada kebebasan bersuara mutlak didunia ini.

4. Dinegara kita , saya lihat ada akhbar menggunakan gagasan universal atas nama kebebasan bersuara, hak asasi untuk merobekkan perpaduan yang ada dinegara ini dan menyerang kepimpinan melayu serta pentadbiran orang melayu bagi meneruskan agenda terancang yang tersirat mereka.

No comments:

Post a Comment