Thursday, June 3, 2010

SIAPAKAH BANGSA ISRAEL


1. Semua penduduk dunia tahu bahawa Israel akan tidak boleh dikenakan apa apa tindakan. Samaada PBB,OIC dan badan -badan dunia lain tidak mampu untuk mengenakan apa tindakan keatas rejim ganas Israel.

2. Manakala diperingkat orang awam pula kita hanya boleh berarak, bakar bendera Israel, sebat patung Netahanyu , hantar surat bantahan kepada duta sekutu Israel dan lain-lain yang orang awam boleh buat untuk melepaskan geram.

3. Manakala setengah orang awam pula menggunakan kesempatan isu ini mencari publisiti dan menonjol diri menjadi hero.Malah ada pihak pula menjadikan isu ini isu politik untuk menonjolkan merekalah pembela sejagat.

4. Berdasarkan rentetan peristiwa keganasan yang dilakukan rejim ganas Israel sebelum ini jelas bahawa dunia tidak boleh buat apa keatas Israel. Israel dilihat begitu kebal disebabkan Amerika Syarikat dibelakang mereka.

5 Jadi kalau hendak bertindak, bertindaklah dengan bijaksana dan berkesan sapertimana yang dilakukan Perdana Global Peace Organisation ( PGPO ) dengan badan sukarelawaan antarabangsa yang berani menghantar bantuan kemanusiaan yang akhirnya mengubah persepsi negara yang ada hubungan dengan Israel.

6. Turki yang ada hubungan dengan Israel sebelum ini sedang mengkaji hubungan dua hala dengan Israel. Begitu juga dengan Brazil dan lain lain negara yang ada hubungan dengan Israel. Peristiwa Mavi Marmara telah mengubah persepsi terhadap Israel keatas negara negara yang ada hubungan dua hala dengan Israel sebelum ini.

7. Dunia dan negara negara islam perlu ada siaran atau rancangan di TV negara mereka tentang bangsa ganas Israel. Perlu didedahkan sejarah bangsa Israel,dari mana asal mereka , kekejaman dan kezaliman mereka , penindasan dan lain lain tindakan ganas mereka. Perlu juga dinyatakan siapa dibelakang mereka.Dengan tindkan ini akan memantapkan persepsi penduduk dunia terhadap rejim ganas Israel.

8. Hanya mereka yang bertindak dengan bijaksana bukan dengan emosi sahaja yang mampu menentang keganasan dan kezaliman Israel.

No comments:

Post a Comment