Tuesday, June 1, 2010

GUGURNYA PERDANA MENTERI JEPUN KERANA SEBUAH PENGKALAN TENTERA



1. Perdana Menteri Jepun yang baru sahaja memerintah Jepun hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Jepun kerana kegagalannya bagi memastikan pengkalan tentera Amerika di Okinawa dikeluarkan dari Jepun.

2. kegagalannya memastikan pengkalan tentera Amerika berpindah dari Jepun menyebabkan keyakinan rakyaat Jepun terhadap beliau dan boleh membawa kekalahan partinya (Democratic Party of Japan ) dalam pilihanraya parlimen Jepun tidak lama lagi.

3.Ujian Hatoyama bermula apabila sebuah parti kecil keluar dari pakatan kerajaan pimpinan Hatoyama baru baru ini.


4. Bagi memastikan partinya tidak tumbang saperti LDP maka beliau mengambil langkah berani meletak jawatan. Kenapa Barack Obama tidak membantu Hatoyama untuk mengekalkan jawatannya.
Amerika lebih mementingkan pengkalannya dari sahabatnya.

5. Peristiwa perletakan jawatan Perdana Menteri Jepun ini memperlihatkan bahawa kuasa besar Amerika Syarikat jelas tidak mengira apa yang berlaku kepada sahabat yang mempertahankan mereka . Yang penting penguasaan mereka di negara orang.

6. Kegagalan LDP dalam pilihanraya lepas salah satu punca kegagalan mengeluarkan pengkalan tentera Amerika di Okinawa. Hari ini Hatoyama yang berjanji dalam kempen akan mengeluarkan pengkalan ini juga gagal memindahkannya juga menerima padahnya.

7. Jelas bahawa amerika negara kuasa besar, boleh buat apa dia suka tanpa mengira perasaan orang lain. Mereka berhak untuk menentukan segala galanya. Sudah menjadi undang-undang rimba.Inilah Amerika negara yang mengasaskan demokrasi , hak asasi dan kebebasan bersuara

No comments:

Post a Comment