1. Semakin hari semakin susah untuk meramalkan keadaan cuaca. Sebulan yang lepas seluruh daerah Kluang dan Batu Pahat terpaksa dicatu air. Pelbagai usaha dibuat untuk membolehkan hujan turun. Antara usaha yang dibuat ialah pembenihan awan.
2.Belum pun sampai sebulan bebas dari catuan air di daerah yang terbabit, kini kita diuji dengan hujan lebat sehingga menyebabkan empangan terpaksa melepaskan air. Kesannya berlaku banjir kilat di kawasan pedalaman Rengit. Kini air mula turun ke kawasan pantai.
3. Kita memang tidak dapat kawal hujan turun dari langit . Ia di luar kawalan kita. Saya ingin bangkitkan soal yang boleh kita kawal dan ianya dalam kapisiti kita untuk mengurangkannya atau mengatasinya. Antara yang boleh kita kawal adalah yang berkaitan dengan infrastuktur saliran .Infrastuktur saliran termasuk pintu air, kalbat, sungai, parit, parit keliling, benteng dan lain-lain.
4. Pintu air adalah tajuk kegemaran ( favorite ) saya apabila membincangkan soal Infrastuktur Saliran semenjak dilantik menjadi wakil rakyat. Kebetulan pula kawasan saya mempunyai pantai sepanjang 12km. Pintu air ini nampaknya kurang diberi perhatian oleh ramai pihak
5. Pintu air ini adalah untuk mengawal air laut dan air daripada darat.Di kawasan saya ada 8 pintu air.Kawasan saya ada dua skim saliran. Skim Saliran Rengit dan Skim Saliran Tampok.
6. Sejak daripada awal lagi saya selalu memberi tumpuan kepada pintu air. Seperti yang kita ketahui bahawa air biasa mengalir keluar ke laut atau diserap kembali ke bumi . Selain daripada itu ia disedut semula menjadi wap air ke udara ( Maaf kalau salah tafsiran dari segi teknikalnya ). Maknanya air banyak mengalir ke laut.
7. Air ini akan keluar ke laut. Biasanya air keluar ke laut pada waktu laut surut. Pasang surut air setiap enam jam sekali. Ini tidak termasuk waktu tertentu pasang air laut di sesetengah bulan.Ada istilah yang tidak boleh disebut. Sensitif kepada sesetengah pihak.
8. Di atas ini saya sertakan dua gambar berkaitan dengan pintu air yang ada di kawasan saya. Pintu ini dibina di bawah projek Johor Barat yang merangkumi daerah Pontian , Batu Pahat dan Muar. Saiz pintu air ini yang membolehkan air keluar ke laut hanyalah empat kaki sahaja.
9 Bila musim hujan tentunya pintu air yang sekecil ini tidak dapat menampung kuantiti air yang cukup banyak. Ditambah lagi dengan pemanasan global masa kini yang mengakibatkan kekerapan perubahan iklim. Keadaan inilah yang menyebabkan mudahnya berlaku banjir.
10. Rekabentuk pintu air kecil ini lebih kepada usaha untuk menyimpan air di darat. Mungkin pada tahun awal dan akhir 70-an, 80-an agak sesuai. Tetapi pada abad 21 ini ia sudah relevan lagi.
11. Semasa banjir besar 2006 dan 2007, kerajaan pusat telah mengeluarkan peruntukan bagi menggali dan memperdalamkan sungai dan parit tetapi kurang peruntukan untuk menaiktaraf pintu air yang sedia ada. Sekalipun kita gali sungai dan dalamkan parit tetapi pintu air masih tidak dinaiktaraf , air juga tidak boleh keluar dengan segera ke laut. Itu antara sebab masih mudah berlaku banjir.
12. Perkara ini sudah beberapa kali saya kemukakan dalam dewan tetapi mendapat sambutan dingin. Kita wakil rakyat yang kerdil lagi kecil. Kerajaan perlu segera menaik taraf semua pintu air dengan rekabentuk yang baru dan terkini bagi mempercepatkan aliran air ke laut.
13. Satu lagi agensi yang diberi tanggungjawab mejaga hal berkaitan dengan pintu air ini kurang memantau pengawal pintu air ( gate keeper ). Berhampiran dengan pintu air didirikan kuarters atau rumah untuk membolehkan pintu air diawasi sepanjang masa. Kini banyak rumah di pintu air ini kosong.
14. Pihak bertanggungjawab perlu memantau dengan satu sistem yang berkesan terutamanya di waktu musim hujan. Pintu air perlu dibuka bila air laut surut tidak kira malam atau siang. Di musim panas mungkin tugas penjaga pintu air kuarang. Tapi semasa musim hujan mereka perlu senantiasa berada di pintu air.
15. Kelewaan kita mengambil tindakan menyelesaikan isu ini akan mengundang isu lebih besar pada masa hadapan. Bagi membuktikan keperluan dalam perubahan segera pintu air, diminta pihak IPTA membantu menjalankan kajian tentang perkara ini.

No comments:
Post a Comment