1.Rancangan Malaysia Ke 10 akan diumumkan Perdana Menteri pada 10.6.2010. RMK 10 tentunya ada keistimewaannya sendiri kerana melalui RMK 10 Perdana Menteri mahu melonjakkan pencapaian negara menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi serta memberi keutamaan kepada elemen inovasi dan kreativiti dalam pendekatan pembangunan RMK 10 yang akan dilaksanakan.
2.Kita juga tertunggu-tunggu bagaimana perancangan yang disusun oleh kerajaan dalam RMK 10 itu nanti dapat membantu penduduk luarbandar. Apakah rancangan yang telah diatur oleh kerajaan menaiktaraf kualiti hidup penduduk luarbandar agar setaraf dengan penduduk bandar. Berapakah peruntukan dalam RMK 10 yang akan diterima oleh kawasan luarbandar.
3. Di luarbandar rakyat hanya mengharapkan keperluan asas mereka ditambah baik dan dipertingkatkan lagi. Itu harapan penduduk kampung. Mereka bukan minta yang besar-besar.
4.Mereka cukup gembira kalau jalan kampung tempat mereka lalu-lalang setiap hari berturap dan senang berselisih.Orang kampung tambah suka kalau jalan kebun mereka sentiasa diselenggara oleh agensi kerajaan yang diberikan tanggungjawab.Jadi senang mereka dapat mengeluarkan hasil kebun mereka
5. Orang kampung juga senang hati kalau sungai dan parit di kampung mereka senantiasa diselengara supaya tidak mudah berlaku banjir. Begitu juga orang kampung akan tersenyum jika pada waktu malam kawasan kampung mereka ada sedikit imbasan cahaya lampu menerangi kegelapan malam di kampung.
6. Penduduk kampung akan tambah gembira kalau masjid atau surau mereka tempat selalu mereka berkumpul dinaiktaraf.Begitu juga mereka akan suka kalau ada peruntukan kerajaan membina dewan atau balai raya untuk penduduk kampung menjalankan kegiatan kemasyarakatan.
7. Selan daripada itu mereka juga amat berterima kasih kepada kerajaan jika mereka menerima bekalan eletrik, talian telefon dan bekalan air. Itu sahaja kehendak dan kegembiraan penduduk luar bandar. Mereka tidak perlu peruntukan besar bernilai berbillion ringgit. Mereka hanya mengharapkan keperluan asas dipenuhi ,mereka sudah bersyukur dan berterima kasih.
8. Berbeza dengan penduduk dibandar, jalanraya perlu dibesar ,jambatan perlu bertingkat, lampu perlu di setiap sudut, longkang perlu konkrit lagi besar, mesti ada lorong untuk pejalan kaki, landskap perlu cantik dan puluhan keperluan yang besar serta memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Biasanya kerajaan dikehendaki segera menyelesaikan apa jua keperluan mereka.
9. Kita berharap kerajaan dalam RMK 10 perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk terutamanya penduduk luarbandar bagi memenuhi keperluan asas mereka. Kerajaan diharap tidak mengutamakan pembinaan jalanraya dan jambatan.
10. Berdasarkan semakan program meningkatkan taraf jalanraya dan jambatan dinegara ini, ia masih tidak dapat menyelesaikan atau mengurangkan kesesakan trafik di negara ini. Perkara ini adalah disebabkan dasar pemilikan kenderaan di negara dilihat tidak mampu mengurangkan kesesakan trafik.
11.Kita berharap kerajaan memberi keutamaan kepada " Soft development " yang boleh meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kita perlu memberi tumpuan kepada pembangunan yang boleh membangunkan sikap , jatidiri, persepsi , keyakinan , kebolehan dan kemahiran rakyat .
12.Sudah sampai masa kita mengurangkan pembangunan infra yang tidak ada kesudahan. Kita hanya perlu menyelengara dengan baik apa yang ada pada masa kini.
13.Kita berharap kerajaan memberi perhatian dan tumpuan dalam memberi kemudahan asas untuk penduduk luarbandar. Orang kampung senantiasa setia dan ingat akan jasa kerajaan.

No comments:
Post a Comment