Tuesday, June 1, 2010

GAZA: RAFAH MESIR HAMAS FATAH ERDOGAN DAN TUN MAHATHIR


1. Semua tahu isu kemanusian yang sedang berlaku di Gaza adalah disebabkan sekatan yang dibenarkan oleh Mesir sebuah negara Islam yang berjiran dengan Gaza. Kenapa Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak membenarkan sekatan terus kepada Gaza.

2. Kita berdoa agar Hosni terbuka hatinya untuk membuka sempadan ke Rafah yang memboleh saluran bantuan terus ke Gaza.


3. Kita berharap dua kumpulan Hamas dan Fatah yang sentiasa bertelagah kembali bersatu untuk sama sama bangkit menentang kekejaman zionis Israel dengan langkah yang bijaksana bukan dengan emosi.

4. Kita juga bersyukur kerana kini ada pemimpin dunia islam saperti Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan begitu berani dan lantang menentang Israel. Malah dikatakan Turki akan mengkaji hubungan dua halanya dengan Israel.

5. Kita juga bersyukur kerana mempunyai negarawan yang menjadi pengerak utama dan Pengerusi PGPO ( Perdana Global Peace Organisation ) yang mengerakkan bantuan kemanusian ke Gaza. Negarawaan yang tidak asing lagi ialah Tun Dr Mahathir.

6. Peristiwa serangan komando Israel diperairan antarabangsa dan pembunuhan 10 oarang sukarelawaan yang sahid telah membuka mata semua pemimpin dunia. Kita juga berdoa agar pemimpin Islam diseluruh dunia bangkit bersatu menentang kekejaman Israel.

7. Kita berdoa agar Fatah dan Hamas bersatu untuk Palstine.
Kita juga berdoa agar lebih ramai pemimpin islam akan jadi lebih berani saperti Tayyip Erdogan Perdana Menteri Turki.

8. Kita bertuah dinegara kita ada negarawan yang bijak mengatur strateji untuk membuka mata dunia akan isu kemanusiaan diGaza dan kekejaman Israel..Kita berdoa 12 sukarelawaan yang ditawan Israel selamat kembali ketanah air.

No comments:

Post a Comment