Tuesday, June 1, 2010

LAB NKRA BAWA HASIL YANG BESAR DAN CEPAT


1. Lab NKRA negara yang dipimpin oleh Dato Idris Jala telah membawa hasil yang besar dan cepat.Berdasarkan stastik tiga bulan pertama 2010 memang telah menunjukkan perubahan yang cukup ketara. Contohnya perkara yang berkaitan dengan jenayah telah turun 15 peratus berbanding dengan tempuh yang sama tahun lepas. Hari ini kita mudah melihat polis meronda dimerata tempat.Dulu susah nampak polis meronda.

2. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Kini semua sekolah dalam negara mempunyai indek kompositnya. Atau dalam lain lain perkataan semua sekolah sudah ada rankingnya.Begitu juga usaha usaha mengujudkan pra sekolah diseluruh negara bagi mengatasi isu 40% murid yang masuk tahun 1 tidak mendapat pendidikan awal pra sekolah.

3. Persoalannya kenapa tindakan dan hasilnya begitu cepat dan pantas.Difahamkan Lab NKRA ini menggunakan kakitangan kerajaan yang masih bertugas dengan agensi atau jabatan kerajaan.

4. Saya kira pendekatan dan sentuhan Dato Idris Jala sesungguhnya banyak membantu menjayakan Lab NKRA. Sebagai CEO Pemandu ( Unit Perlaksanaan Dan Pemantauan ) beliau telah berjaya merangka pelan perancangan kerja,perlaksanaan dan pemantauan bagi menjayakan matalamat dan pencapaian negara.

5. Dari maklumat yang diterima kumpulan kerja NKRA ini berkerja 10 jam sehari . Malah mungkin lebih. Seminggu mereka berkerja 50 jam berterusan. Dalam tempuh 6 minggu mereka berkerja 300 jam. Sama waktu 2 tahun setengah kementerian kerajaan mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan menyelesaikan isu.

6. Dalam tempuh 6 minggu sahaja NKRA telah merumuskan pelan tindakan yang komprehensif lagi holistik untuk menyelesaikan 6 NKRA. Selepas dibentangkan kepada kabinet dan dipamirkan kepada awam disusuli dengan tindakan diperingkat lapangan. Hasilnya cukup besar dan cepat.

7. Kenapa NKRA boleh lakukan. Dengan menggunakan kakitangan kerajaan yang ada dan sama juga tanpa tambahan kos serta tidak ada konsultan dan pakar pakar luar,NKRA telah menunjukan perubahan yang ketara. Jelas sedikit perubahan pendekatan telah membawa perubahan yang besar . Saya yakin kalau lebih banyak isu negara masuk Lab negara akan membantu menyelesaikan setiap isu dengan cepat.

8. Saya ingin mencadangkan suapaya isu keselamatan dan kemalangan jalanraya dimegara ini dimasukan kedalam lab Negara.Begitu juga isu kebersihan negara.Ada banyak lagi isu negara yang perlu di masukan kedalam Lab Negara.


9. Saya yakin Lab NKRA ini berjaya kerana kumpulan kerja serta pengerak utamanya sentiasa fokus terhadap isu yang hndak diatasi serta mengatur perancangan yang realisik dan melaksakan semua rumusan lab dengan praktikal.

No comments:

Post a Comment