Thursday, June 3, 2010

KAWALAN SEMPADAN,KEBANJIRAN PENDATANG ASING DAN KEBERSIHAN NEGARA



1. Terdapat tiga perkara utama yang menjadi beban besar kepada negara. Tiga perkara tersebut ialah kawalan sempadan kita yang masih kurang dan tidak berkesan, kebanjiran pendatang asing dinegara kita dan tahap kebersihan negara yang masih belum memuaskan.

2. Ketiga-tiga perkara ini memberi kesan yang besar kepada pembangunan negara. Ketiga isu ini juga adalah dari beberapa perkara yang memerlukan tindakan segera pihak berkuasa . Ia memerlukan satu pelan komperhensif yang konsisten.

3. Kawalan sempadan kita masih kurang dan tidak berkesan. Kawalan sempadan merangkumi sempadan antara negera dan perairan. Kawalan sempadan melibatkan antara Malaysia dengan Thailand agak lemah dimana kita lihat penyeludupan mudah berlaku. Penyeludupan yang merugikan negara telah berlansung begitu lama.

4. Penyeludupan ini merangkumi makanan saperti gula tepung minyak masak dan petrol. Adalah dijangka negara rugi berjuta ringgit akibat kawalan sempadan yang kurang lagi mudah bolos.

5. Kawalan sempadan kita yang melibatkan perairan juga masih lemah. Kita mempunyai kawasan pantai yang panjang dari selat melaka hingga laut China Selatan. Kawasan pantai ini dari Kota Bahru Kelantan hingga langkawai di Kedah.

6. Kita kini amat memerlukan pasukan kawalan pantai dan perairan yang serba lengkap serta boleh bertindak dengan berkesan. Kerajaan perlu menambah bajet untuk pasukan kawalan pantai dan perairan negara. Ia hendaklah segera dilaksanakan bagi memastikan tidak berlaku kebocoran yang melampau terhadap ekonomi dan keselamatan negara.

7. Satu lagi isu yang menjadi beban kepada negara ialah soal kebanjiran pendatang asing di negara kita. Operasi dibuat dari masa kesemasa untuk menangkap pendatang tanpa izin tapi bilangan yang masuk semakin ramai. Apakah yang menjadi punca bilangan pendatang tanpa izin semakin ramai dinegara kita. Apakah punca kelemahan penguatkuasaan di sebelah pihak berkuasa.

8.Jika kita lambat membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin dinegara kita, negara akan berhadapan dengan suasana yang membimbangkan. Kita bersetuju bahawa negara amat memerlukan pekerja asing untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara, tapi kemasukkan pekerja asing hendaklah diuruskan mengikut peraturan dan undang undang yang ditetapkan.

9. Satu lagi isu ialah soal kebersihan dinegara ini yang masih belum memuaskan. Kebersihan yang meliputi bandaraya, bandar, pekan, kampung , kawasan pantai dan disemua tempat masih belum mencapai tahap yang membanggakan,

10. Dinegara kita, kita mudah melihat sampah disana-sini. Pihak yang diberi tanggungjawab menguruskan sampah negara kita juga tidak dapat mengendalikan dengan berkesan. Rakyaat negara ini juga masih tidak pandai menguruskan sampah mereka dengan baik.

11. Mudah-mudahan tiga perkara ini akan diberi perhatian oleh pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan rakyaat sentiasa terpelihara.

No comments:

Post a Comment