

1. Pepatah Melayu ada meyebut, "Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung”. Diperkukuhkan dengan satu lagi pepatah Melayu yang menyebut "Lain padang lain belalang" . Bersesuaian pula dengan satu lagi pepatah Melayu “Masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang lembu menguak”. Dan seperti selalu disebut bagai irama dan lagu.
2.Tiga pepatah Melayu yang disebut tadi menegaskan ,memperjelaskan dan menggambarkan bahawa di mana kita berada di situ kita akan cuba menyesuaikan dengan keadaan yang ada . Barulah penyelesaian dan penyesuaian tersebut akan menjadi lebih harmoni, cantik, indah dan menggembirakan semua pihak .
3. Nilai-nilai ini semakin hari semakin dilupakan malah diketepikan dan dibuang jauh-jauh . Nilai-nilai ini diketepikan atas alasan bahawa dunia ini sedang berubah .
4. Seperti yang kita ketahui bahawa setiap manusia yang ada di bumi ini berbeza dan berlainan antara satu sama lain . Tentunya mudah kita melihat perbezaan dari segi warna kulit , saiz badan . Perbezaan tersebut bukan setakat rupa paras dan saiz manusia tersebut tetapi dia melibatkan juga cara hidup, pakaian, pertuturan, fahaman,anutan,makanan, dan lain-lain yang berbeza
5. Malah dari segi semangat, jatidiri, kesungguhan, pencapaian ,kejayaan dan kehendak serta keutamaan juga berbeza antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain .
6. Seperti yang diketahui dalam satu puak atau kaum pun juga berbeza-beza walaupun berada dalam satu puak atau kaum. yang sama .Contohnya dalam masyarakat melayu, masyarakat jawa dengan masyarakat bugis berbeza tentang cara makan mereka. Begitu juga dalam masyarakat China , India dan lain-lain. 7. Apa lagi perbezaaan antara bangsa Amerika dengan bangsa China , Melayu , Afrika dan Arab . Sudah tentunya berlainan dan berbeza antara satu sama lain.
8. Saya nyatakan fakta-fakta di atas untuk membuktikan bahawa adalah terlalu sukar untuk mencari persamaan dan persefahaman yang mutlak . Kita tentunya akan berbeza-beza di antara satu sama lain mengikut tanah tumpah darah kita 9. Walau bagaimanapun ketika ini , masa kini , dan waktu kini , manusia di seluruh dunia lebih gemar mengunakan nilai-nilai universal atau nilai-nilai sejagat untuk memenuhi tuntutan dan kehendak yang tidak berkesudahan bagi sesuatu pihak.
10. Nilai-nilai universal adalah merangkumi perkara-perkara yang popular dilaungkan saperti KEBEBASAN BERSUARA, HAK ASASI , DEMOKRASI, GLOBALISASI, LIBERALISASI dan FREE TRADE AGREMENT . Nilai inilah yang hebat digunakan dan diasak bila ingin mencapai satu matlamat
11.Nilai-nilai universal atau nilai sejagat ini adalah rekaan negara barat yang ingin meneruskan cengkaman mereka di seluruh pelusuk dunia termasuklah negara kecil yang baru sahaja ingin merasai nikmat pembangunan dan kemakmuran .
12.Negara-negara baratlah yang hebat , kuat bercakap dan melaungkan nilai -nilai sejagat. Daripada pemimpin hinggalah media mereka, merekalah yang nampak dan kelihatan hebat berjuang dengan nilai-nilai sejagat ini. Mereka juga meminta negara-negara lain mengunakan nilai-nilai sejagat ini. Jika ada negara yang tidak mengikut negara tersebut dicap dengan pelbagai label 13.Hairannya dan ironinya bila sesuatu isu itu melibatkan kepentingan mereka atau kepentingan sekutu mereka , nilai-nilai sejagat ini diketepikan tanpa segan silu. Mereka akan mengunakan hujah lain untuk menghalal tindakan mereka. 14.Contoh mudah yang kita lihat bila Flotilla kemanusiaan ke Gaza diserang diperairan antarabangsa oleh pengganas Israel, media antarabangsa yang berkiblatkan negara barat seperti CNN dan BBC langsung tidak membuat liputan . Adapun liputan mereka tetapi memihak kepada tindakan Israel. Begitu juga dengan Amerika telah menghalalkan tindakan pengganas Israel.
15.Kalau Iran , mereka mengunakan PBB dan nilai-nilai universal untuk membolehkan tindakan di ambil keatas negara yang dicap dengan pelbagai label. Begitu juga Iraq mereka mengunakan label tertentu untuk membolehkan penguasaan mereka ke atas air hitam di negara tersebut. Malah hari ini , terserlah dimana Taliban dilabelkan sebagai penganas untuk menghalalkan tindakan bagi menguasai hasil bumi yang bernilai 3 trillion USD. 16.Begitu juga bila sebuah rangkaian TV Al-Jazera yang lantang dan bebas membuat liputan di seluruh dunia atas nama kebebasan bersuara termasuk keberanian rangkaian TV ini menghentam tindakan negara barat. Rangkaian TV ini telah diambil alih atas nama Globalisasi dan liberalisasi. Kini rangkaian ini memihak kepada negara-negara barat. 17.Inilah yang sedang berlaku diseluruh dunia termasuk di negara kita. Sebahagian dari kita di Malaysia mengunakan lessen nilai-nilai universal untuk mucul sebagai hero, jaguh dan pemimpin hebat di negara ini. Daripada pemimpin politik hinggalah media . Apalagi media baru. Mereka bebas bercakap sesuka hati. Semuanya atas nama nilai-nilai sejagat. Hak mereka . Kebebasan mereka. Lesen mereka. 18.Tanpa segan silu mereka bercakap, bersuara, menghentam, mengkritik. Segala-galanya digunakan atas lesen nilai-nilai universal untuk mencapai matlamat tersirat lagi tersembunyi. 19.Malah mereka melupakan segala yang termaktub dalam Kitab perlembagaan negara, sejarah kenegaraan negara ini, rukun negara. Tolak ansur, hormat -menghormati yang menjadi amalan negara selama ini di ketepikan dan dipertikaikan.
20. Tolak ansur dan hormat menghormati diantara kaum selama inilah yang menjadi amalan dan pegangan rakyat negara ini yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran negara secara berterusan. 21."Mereka" gunakan nilai-nilai universal untuk mencapai matlamat mereka. Peliknya di negara sebelah selatan yang terang-terang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan menulis, mereka katakan pemimpin disana cukup pandai merancang strategi untuk meningkatan pertumbuhan ekonomi dan menarik pelabur.Tapi di sini dikatakan , "Ini kebebasan bersuara, Hak asasi. "Samalah mereka dengan Barat. 22. Sesungguhnya tepatlah pepatah melayu " Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung " " Lain Padang Lain Belalang ".
2.Tiga pepatah Melayu yang disebut tadi menegaskan ,memperjelaskan dan menggambarkan bahawa di mana kita berada di situ kita akan cuba menyesuaikan dengan keadaan yang ada . Barulah penyelesaian dan penyesuaian tersebut akan menjadi lebih harmoni, cantik, indah dan menggembirakan semua pihak .
3. Nilai-nilai ini semakin hari semakin dilupakan malah diketepikan dan dibuang jauh-jauh . Nilai-nilai ini diketepikan atas alasan bahawa dunia ini sedang berubah .
4. Seperti yang kita ketahui bahawa setiap manusia yang ada di bumi ini berbeza dan berlainan antara satu sama lain . Tentunya mudah kita melihat perbezaan dari segi warna kulit , saiz badan . Perbezaan tersebut bukan setakat rupa paras dan saiz manusia tersebut tetapi dia melibatkan juga cara hidup, pakaian, pertuturan, fahaman,anutan,makanan, dan lain-lain yang berbeza
5. Malah dari segi semangat, jatidiri, kesungguhan, pencapaian ,kejayaan dan kehendak serta keutamaan juga berbeza antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain .
6. Seperti yang diketahui dalam satu puak atau kaum pun juga berbeza-beza walaupun berada dalam satu puak atau kaum. yang sama .Contohnya dalam masyarakat melayu, masyarakat jawa dengan masyarakat bugis berbeza tentang cara makan mereka. Begitu juga dalam masyarakat China , India dan lain-lain.
8. Saya nyatakan fakta-fakta di atas untuk membuktikan bahawa adalah terlalu sukar untuk mencari persamaan dan persefahaman yang mutlak . Kita tentunya akan berbeza-beza di antara satu sama lain mengikut tanah tumpah darah kita
10. Nilai-nilai universal adalah merangkumi perkara-perkara yang popular dilaungkan saperti KEBEBASAN BERSUARA, HAK ASASI , DEMOKRASI, GLOBALISASI,
11.Nilai-nilai universal atau nilai sejagat ini adalah rekaan negara barat yang ingin meneruskan cengkaman mereka di seluruh pelusuk dunia termasuklah negara kecil yang baru sahaja ingin merasai nikmat pembangunan dan kemakmuran .
12.Negara-negara baratlah yang hebat , kuat bercakap dan melaungkan nilai -nilai sejagat. Daripada pemimpin hinggalah media mereka, merekalah yang nampak dan kelihatan hebat berjuang dengan nilai-nilai sejagat ini. Mereka juga meminta negara-negara lain mengunakan nilai-nilai sejagat ini. Jika ada negara yang tidak mengikut negara tersebut dicap dengan pelbagai label
15.Kalau Iran , mereka mengunakan PBB dan nilai-nilai universal untuk membolehkan tindakan di ambil keatas negara yang dicap dengan pelbagai label. Begitu juga Iraq mereka mengunakan label tertentu untuk membolehkan penguasaan mereka ke atas air hitam di negara tersebut. Malah hari ini , terserlah dimana Taliban dilabelkan sebagai penganas untuk menghalalkan tindakan bagi menguasai hasil bumi yang bernilai 3 trillion USD.
20. Tolak ansur dan hormat menghormati diantara kaum selama inilah yang menjadi amalan dan pegangan rakyat negara ini yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran negara secara berterusan.