Saturday, January 30, 2010

LAB : KAEDAH LAMA DIPERBAHRUI

1. Lab,makmal atau Bengkel adalah satu kaedah lama yang diperbahrui dalam pengurusan masakini. Kaedah ini dilihat mampu membangunkan dan menyelesaikan apa jua perancangan yang hendak dirangka.

2.Walaupun perkataan Lab atau bengkel ini telah lama digunakan , namun ianya amat popular masa kini kerana kaedah Lab ini telah mempercepatkan perancangan dan perlaksanaan NKRA dan GTP negara.

3. Siapakah yang memperkenalkan konsep baru perancangan pembangunan ini.Difahamkan pendekatan baru ini diperkenalkan oleh CEO Pemandu Dato Idris Jala yang juga merupakan bekas CEO MAS.

4. Saya yakin kaedah inilah yang telah membantu beliau membawa MAS, GLC yang bermasalah dan tenat dari segi kewangan kepada sebuah syarikat pernerbangan yang menguntungkan dan mampu bersaing dengan dengan pesaing yang terkemuka. Malah dibawah teraju Dato Idris MAS telah mencatat keuntungan yang membanggakan.

5. Saya yakin Kaedah ini merupakan satu kaedah yang aggersif, dinamik,kreatif dan inovatif serta menyakinkan yang mampu mengubah situasi lama kepada satu suasana baru yang lebih selesa .

6. Kaedah ini dilihat mampu menjelamakan idea baru yang praktikal.Kajian, permerhatian, perbincangan, perbandingan dan penghujahan dalam lab oleh mereka yang terpilih menganggotai lab dengan susana terbuka menjadikan kaedah Lab mekanisme yang berkesan bagi membantu melonjakan pencapaian negara.

7. Lab NKRA Malaysia yang baru diumumkan kerajaan baru-baru ini mengunakan sepenuhnya staf pertengahan Jabatan kerajaan yang memperlihatkan bahawa staf jabatan kerajaan juga dinamik serta kreatif jika mereka tidak dibelenggu redtape dan peraturan yang sentiasa mengekang keupayaan mereka.

No comments:

Post a Comment