Sunday, January 3, 2010

BERSATU TEKAD DAN AZAM BERGERAK SENADA SEIRAMA


1. 2010 sudah 3 hari berlalu. begitu cepat ia melangkah tanpa menoleh kebelakang.kita masih terkial kial untuk menyusun langkah. Bagaimana rupanya wajahnya. Bagaimana warna-warninya. Apakah ia lebih menarik. Atau awam mendung terus meliputinya.

2. Harapan seluruh penduduk dunia ini ialah agar pemimpin utama dunia segera duduk dimeja rundingan untuk membincangkan langkah komperhensif mengatasi segera isu pemanasan global yang boleh membawa kemusnahan kepada spesis di planet buni ini. Tanda-tanda awal kesan pemanasan global telah kita lihat dan rasai sejak lima tahun kebelakangan ini.

3. Di dalam negeri pula kita berdoa agar tahun 2010 ini, isu perpaduan kaum dinegara ini dapat dikembalikan kelandasan asalnya. Perpaduan yang telah sedia terjalin sekian lama mula robek kesan dari gerakan berkepentingan politik yang dilakukan pihak tertentu sejak kebelakangan. Isu perkauman mula merengangkan hubungan kaum dinegara ini.

4. Ungkit mengungkit telah mula timbul dinegara ini. Bagi sesetengah pihak yang ingin menjadi juara dikalangan kaum mereka mengunakan isu perkauman sebagai bahan modal berkempen. Inilah sedang rancak berlaku dinegara ini. Malah isu ini telah menutupi segala kemakmuran , kesenangan dan keselesaan yang dinikmati bersama rakyaat yang berbilang kaum dinegara ini.

5. Dasar terbuka yang diamalkan oleh kerajaan sejak tahun 2004 telah diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk mempercepatkan agenda tersirat mereka. Lebih menyedihakan lagi dasar terbuka kerajaan telah digunakan oleh sesetengah media untuk mencalarkan imej pemimpin,pegawai kerajaan dan menuduh dasar dasar yang diamalkan kerajaan hanya membantu satu kaum sahaja.Mereka mengasak secara terang dan jelas pemimpin melayu, pegawai melayu dan dasar dasar yang membantu kaum pribumi. Pada mereka semua yang bernama melayu itu salah

6. Lebih menyedihkan Perlembagaan Negara yang semestinya kitab utama negara bagi seluruh rakyat Malaysia diperlekehkan oelh mereka berkepentigan dan pengamal undang undang sendiri. Semuanya atas nama gagasan universal kebebasan bersuara, hak asasi dan demokrasi.

7. Mereka lupa pengorbanan dan tolak ansur yang diberikan selama ini. Malah dapat dilihat dan dirasai tolak ansur selama ini dijadikan strateji untuk menolak secara beransur-ansur orang melayu di tanah airnya sendiri. Pengorbanan mereka selama ini lansung tidak dihargai.

8. Bahasa Melayu, Raja Raja Melayu, Agama Islam dan Hak istimewa orang orang melayu yang jelas tercatit dan termaktub dalam perlembangaan dipertikai sewenang wenangnya. Tanpa segan silu mereka menghentam setiap sudut dan penjuru.

9. Sesungguhnya pengorbanan orang melayu dan bangsa melayu selama ini tidak dipandang dan dihargai. Marilah kita bersatu tekad dan azam bergerak senada seirama mempertahankan maruah bangsa tercinta.

2 comments:

  1. asalamualaikum...
    boleh x saya ingin tahu tentang sejarah rengit bermulanya kewujudan hingga kini.kalau boleh ada gambar lagi bagus.

    ReplyDelete
  2. terima kaseh atas perhatian deano. tahun ini saya sedang dokumenkan Rengit daerah kecil dinamk selatan batu pahat. siap dengan gambar dan sejarah berserta dengan pembangunannya, tunggulah.Insyallah.

    ReplyDelete