
1. Dunia ini dibahagikan mengikut puak ,suku atau kaum. Kalau orang Arab asalnya adalah dari bumi Arab.Bangsa Afrika asalnya adalah dari Afrika.Bangsa Eropah asalnya dari Eropah. Begitulah seterusnya,
2. Begitulah juga orang Melayu asalnya adalah Kepulauan Melayu saperti Tanah Melayu, Indonesia,Brunei dan pulau Temasik ( Kini Singapura ) . Orang Melayu adalah bangsa yang berasal dari kawasan Nusantara ini.
3. Wajah seorang itu boleh mengambarkan dia berbangsa apa dan berasal dari mana.Kalau orang bangsa Arab wajahnya mengambarkan dia orang Arab.
4. Ini fakta dan sejarah yang tidak boleh dipertikai dan dinafikan oleh mana mana pihak.
5,Walaubagaimanapun manusia berhijrah dari satu tempat atau dari satu benua kesatu benua. Penghijrahan ini adalah disebabkan tekanan hidup dinegara asal atau untuk mencari kehidupan yang lebih baik ditempat baru.
6. Begitulah juga apa yang berlaku di Tanah Melayu dan bangsa Melayu. Negeri asal mereka ini menerima penghijrahan pelbagai bangsa dari benua lain.
7. Saperti di Thailand atau Siam , bangsa yang berhijrah terpaksa atau dipaksa menjadi bangsa Thailand. begitu jugalah yang berlaku di Indonesia dan Filipina. Malah di Amerika pun begitu. Mereka menjadi American.
8. Di Thailand bangsa yang berhijrah ke Thailand dan diasimilasi , akhirnya menjadi lebih Siam dari orang Siam. Malah nama mereka pun bertukar contohnya Thanksin Sinawatra. Rudy Hartono di Indonesia.
9. Di Malaysia amat berbeza. bangsa yang berhijrah boleh mengamalkan cara hidup asal mereka. Tidak perlu tukar nama dan agama.
10. Ditambah lagi bangsa Melayu bangsa yang senantiasa menghormati tetamu, tidak cemburu, kecil hati apatah bimbang akan bangsa lain lebih kaya dan mewah, malah orang Melayu mudah mengelarkan bangsa lain taukeh kepada pembeli getah skrap mahupun penjual ikan
11. Bangsa Melayu bangsa yang kadang kadang dilihat macam bangsa yang tidak kisah. Bangsa yang mahu hidup dalam keadaan aman dan mudah. Itu sebab mereka boleh berkongsi kuasa dan kemakmuran.
12.Dalam Piliharaya umum pertama 1955, UMNO tetap memberikan kerusi kepada rakan komponen Perikatan walaupun kawasan ditandingi ketika itu majoriti pengundinya adalah orang Melayu.
13. Bangsa Melayu bukan bangsa yang tamak dan rakus. Mereka hanya mahu hak mereka dipertahan dalam perlembagaan. Inipun mahu diubah dan diragut dari mereka.
14. Semua bangsa lain di Malaysia diberi hak juga dalam perlembagaan. mereka boleh terus kekal dengan asal mereka. bebas mengamalkan cara hidup tradisi. Mereka kekal identiti bangsa mereka.
15. Di Malaysia anak anak mereka juga boleh diberi pelajaran dalam bahasa ibunda mereka. Dinegeri lain tidak boleh.Malaysia sahaja boleh.
16. Mereka juga diberi kebebasan mutlak untuk berniaga, mencari dan membina kekayaan dibumi yang penuh makmur ini. Mereka juga diberi hak atas nama rakyaat Malaysia untuk mengundi dan menjadi wakil disemua peringkat kerajaan. Undi mereka tetap sama dengan bangsa melayu.
17. Orang Melayu memang boleh berkongsi apa jua dengan semua orang. Sebut apa sahaja,bumi yang dipijak,kampung halamannya,rumah yang didiaminya malah hingga kepada kuasa yang ada ditangannya.
18. Tolak ansur Melayu tidak dihargai, tidak dihormati malah jauh sekali dikenang, apalagi untuk diingati. Tolak ansur Melayu dijadikan strateji untuk mengenepikan orang Melayu dibumi bertuah ini. Strateji ini diperkukuhkan lagi dengan mengadunkan nilai nilai universal. Inilah demokrasi ala mereka. Inilah hak asasi ala mereka dan inilah kebebasan bersuara ala mereka.
19. Ditambah lagi perpaduan dikalangan bangsa melayu kini cukup rapuh dan amat membimbangkan. Manakala sesetengah pemimpin politik melayu pula sanggup mengenepikan perjuangan bangsa dan agama semata mata mahu mengejar kuasa.
20. Itulah orang Melayu . Itulah hati budi Orang Melayu. Kini tolak ansur Orang Melayu selama ini nampaknya Orang Melayu sendiri yang ditolak secara beransur-ansur di tanah air nya bumi bertuah ini.