Monday, May 31, 2010

GAZA : RUNTUHNYA NILAI NILAI UNIVERSAL



1. Peristiwa serangan komando Israel keatas kapal bantuan kemanusian Mavi Marmara ke Gaza diperairan antarabangsa yang mengorbankan 10 nyawa sukarelawan yang tidak berdosa serta membisunya kuasa kuasa besar sebagai tanda bahawa runtuhnya nilai-nilai universal yang direncana dan kuat dilaungkan oleh kuasa besar.

2. Peristiwa ini jelas menunjukkan kuasa besar saperti Amerika , China dan lain-lain yang berkepentingan membisu dan lansung tidak menunjukkan akan melakukan tindakan susulan keatas peristiwa ini menegaskan kepada kita bahawa nilai-nilai universal hanya akan digunapakai jika ianya ada kaitan dengan sekutu kuasa besar ini.

3. Nilai-nilai universal saperti demokrasi, hak asasi, globalisasi, liberalisasi, kebebasan bersuara adalah rencana yang digarap dan disusun oleh kuasa kuasa besar bagi digunapakai negara negara kecil untuk memudahkan cengkaman kuasa besar ini kepada negara kecil bagi memastikan penerusan kepentingan mereka di seluruh pelusok dunia.

4. Kita lihat sahaja peristiwa ini , dimanakah CNN ,BBC dan lain lain penyiar popular dunia lansung tidak memberikan keutamaan akan peristiwa ini dalam siaran mereka. Kenapa mereka diam kerana mereka ada kepentingan. Cuba lihat kalau peristiwa lain yang mereka ada kepentingan. Liputan dan ulasan mereka semuanya dinamakan atas nilai nilai universal.

5. Lebih memahitkan Presiden Amerika Obama juga diam membisu. Dulu dalam kempen Presidennya hebat mahu menyatukan manusia sejagat tanpa mengira agama. Mana dia Obama!. Rasanya Proses Israealisasi sudah siap keatas badan Obama.! Sebab itu kenyataannya sejak kebelakangan ini banyak memihak kepada Israel berbanding semasa kempennya.

6.Nilai nilai universal yang hebat dilaungkan sesungguhnya hanya untuk kepentingan kuasa kuasa besar sahaja. Ironinya kita di Malaysia juga mudah terikut dengan apa yang direncanakan oleh kuasa besar. Kita tidak menilai lansung adakah sesuai nilai-nilai universal itu dengan negara kita. Orang bercakap kebebasan bersuara , kita pun kuat bercakap kebebasan bersuara. Orang bercakap hak asasi, kitapun bercakap hak asasi.

7. Kita tidak menilai kesesuaiannya dinegara kita. Malah dinegara kita , kita berikan kebebasan sebebas-bebasnya kepada semua media dinegara ini hendak bercakap atau bersuara atas apa jua tajuk. Tidak kira apa sahaja tajuk dan perkara. Semuanya atas nama kebebasan bersuara. Sehinggakan mereka boleh menyentuh dan menyakiti hati orang lain. Malah melalui kebebasan bersuara ini mereka merencana sesuatu yang tersirat.Tidak apa ini kebebasan bersuara . Ini nilai universal.

8. Lebih menyedihkan lagi atas nama kebebasan bersuara pihak mediap pertikai dan perkotak katik kitab utama negara iaitu perlembagaan negara. Malah sejarah kenegaraan negara ini juga mereka pertikai. Mereka mengunakan lesen niai-nilai universal ini untuk memastikan rencana mereka tercapai.

9. Semua makhluk dunia samaada manusia , binatang dan tumbuhan tahu bahawa Israel tidak akan dihukum atau dikenakan apa apa tindakan saperti Iran kerana binatang, pokok dan tumbuhan didunia tahu bahawa dibelakang Israel ada USA dan kuasa besar lain.Jadi nilai nilai universal sudah runtuh.

10. Pepatah Melayu ada menyebut dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung. Rasanya nilai universal hanya untuk " mereka "

Sunday, May 30, 2010

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN PUNCA PENINGKATAN KEMALANGAN JALANRAYA


1. Saya gembira dengan kenyataan pimpin no 1 negara bahawa kelemahan tahap penguatkuasaan undang-undang lalulintas di negara ini yang menyumbang kearah peningkatan kadar kemalangan jalan raya dinegara ini.

2. Kata PM lagi kelemahan penguatkuasan itu merupakan punca pengguna jalanraya tidak takut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa jika melanggar undang undang

3. Kata PM lagi penguatkuasaan masih lemah jadi pemandu tidak gerun untuk memandu laju atau melanggar undang-undang.

4. Kenapa saya gembira dengan teguran PM ini kerana isu kemalangan dijalanraya dinegara ini tidak menunjukkan penurunan malah semakin meningkat. Kemalangan ngeri di Malaysia terlalu mudah kita temui. sepanjang masa. Malah bilangan yang mati dijalanraya lebih 6000 nyawa setahun. Jika dikira dari segi kerugian yang ditanggung oleh negara ini tentunya berbillion ringgit.

5. Kemalangan maut dinegara ini adalah antara yang tertinggi didunia.Data yang tepat tidak dapat dikemukakan.

6. Saya ingin cadangkan supaya peningkatan kemalangan jalanraya di negara ini perlu dimasukan dalam LAB NEGARA. Saya yakin Lab Negara dibawah pimpinan Dato Idris Jala CEO boleh merangka pelan komperhensif dan holistik mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. Kalau serah pada yang lain tentunya akan masa yang lama dan kos yang tinggi untuk membuat perubahan.

7. Cuba kita renungkan mereka yang memandu laju 200km lebih 110km saperti yang ditetapkan juga didenda tidak lebih RM 300.00. Pada tahun 2004 ketika saya mula menyampaikan ucapan dalam dewan undangan negeri Johor ,saya pernah mencadangkan setiap tambahan 10km kelajuan dikenakan tambahan kompuan RM 100 . Contohnya jika dia memandu 200 km . Dia telah memandu lebih 90km. Maka kompuan yang harus dikenakan sepatutnya RM 1200.00 bukan rm 300.00

8.Di tambah Pemandu ini perlu diberikan point denda kearah pembatalan lesen memandunya. Jika point kesalahan jalanraya telah sampai point yang ditetapkan ,maka pihak berkuasa hendaklah membatalkan lesen pemandu tersebut. Cadangan itu tidak dapat respon lansung.

9. Cadangan yang dinyatakan diatas adalah salah satu dari puluhan penguatkuasaan yang perlu dikaji bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

10. Contoh mudah yang boleh kita lihat bagaimana pemandu Singapura begitu berdisplain memandu dinegara mereka tapi bila masuk kelebuhraya di Malaysia mereka jadi pemandu yang tidak mengikut peraturan.Kenapa mereka begitu berani kerana mereka tahu penguatkuasaan dinegara kita lemah saperti yang dinyatakan oleh PM.

Saturday, May 29, 2010

3S WARNAI MEI 2010.



1. Bulan Mei bulan yang ada sejarah hitam kepada negara. Sejarah Hitam tersebut berkaitan dengan pertelingkahan dan pergaduhan kaum pada tahun 1969.Ada setengah rakyaat negara tidak mahu sejarah ini diingati. Malah ada program berkaitan memperingati sejarah hitam negara ini terpaksa dibatalkan.

2. Sesetengah kita rakyaat negara Malaysia ini lupa bahawa suasana yang ada dalam negara ini sekarang ini jika dibiarkan berterusan dengan sebebas bebasnya hanya atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi maka tidak mustail percikan bara bara api ini boleh membawa kerosakan pada negara dalam jangkapanjang.

3. Mei 2010 mengandungi catatan tersendirinya . 3S telah mewarnai 2010 . 3S yang dimaksudkan ialah Sibu , Sime Darby , Samy . 3S ini menjadikan Mei 2010 bulan yang memang panas.

4. S pertama ialah kisah Sibu . Pilihanraya kecil Sibu 16 Mei 2010 tambah menegaskan lagi bahawa sokongan kaum Cina ke atas Parti Barisan Nasional semakin merosot malah telah berlaku swing yang lebih besar berbanding pilhanraya 2008 .

5. Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor membuktikan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional semakin menurun .Tapi BN tetap setia menunaikan janjinya di pilihanraya. Malah BN terus membantu di Sibu. Keputusan di Sibu telah merungkaikan banyak persoalan.

6. S kedua ialah kisah Sime Darby . Kerugian yang ditanggung oleh konglomerat Sime Darby hampir 1 billion akibat salah keputusan pelaburan yang telah membawa kepada arahan bercuti kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) Sime Darby .

7.Peliknya Lembaga Pengarah yang tentunya sama-sama membuat keputusan dan sama terlibat secara tidak lansung dalam projek yang menyebabkan kerugian yang menyuruh CEO bercuti tapi mereka tidak pula bercuti ?

8. S ketiga ialah kisah Samy . Selepas 31 tahun menjadi Presiden MIC dan menjadi Menteri Kabinet dengan 3 Perdana Menteri beliau masih mengumumkan akan terus memegang jawatan Presiden MIC sehingga 0gos/Sept 2011 .

9. Peliknya beberapa hari sebelum Piliharaya Hulu Selangor beliau telah membuat satu kenyataan bahawa beliau akan berundur dari jawatan Presiden MIC . Kenyataan inilah yang barangkali menimbulkan kemarahan di kalangan pimpinan MIC yang mahu segera MIC melakukan pembaharuan dan perubahan . Mugilan yang mendesak samy berundur dipecat dan membawa ujudnya GAS

10. Sekali pun 3S ini telah menjadikan MEI 2010 cerita sensasi ,memanaskan memahitkan dan membosankan tetapi Perdana Menteri Dato Najib terus dengan idea-idea untuk membangunkan dan memperbaharui hala tuju negara . Inilah yang sepatutnya dicontohi semua pemimpin negara di semua peringkat. Usahanya adalah untuk membawa kesejahteraan kepada rakyaat.


Tuesday, May 18, 2010

FOKUS REALISTIK DAN PRAKTIKAL

1. Selalu saya sebut di mesyuarat atau perjumpaan dengan penduduk di kawasan saya ialah kita perlu fokus dalam melaksanakan sesuatu perkara.

2. Fokus dalam tindakan akan membolehkan kita memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa jua kerja yang kita laksanakan. Malah jika kita fokus kita boleh menyempurnakan kerja dalam masa yang pendek serta kos yang lebih rndah.

3. Manakala setiap kerja yang hendak dirancang dan dilaksanakan perlulah realistik atau berpijak di bumi nyata. Atau dalam lain lain perkataan ia mampu dan boleh dilaksanakan.

4 Kalau pun kita merancang besar dan hebat tapi kita tidak mampu melaksanakan disebabkan keterbatasan faktor tertentu maka ia juga tidak berpijak dibumi nyata. Lebih tepat ia boleh dilaksanakan pada masa yang ada serta dengan keupayaan yang ada pada masa yang ada.

5. Praktikal pula membawa maksud ia sesuai dilaksanakan.Malah ia boleh diterima oleh semua pihak apabila ia laksanakan. Serta ia mengikut peraturan dan syarak yang telah ditetapkan.

6. Takrifan yang diberikan diatas tadi adalah berdasarkan pandangan saya. Tidak tahulah jika ada definasi lain. Saya serahkan kepada mereka yang bijak untuk menilai tapi bukan untuk diperbahaskan tapi untuk ditambahbaik.

7. Selepas setahun setengah menjadi wakil rakyaat di Rengit, saya fokus kepada program pendidikan. Saya kaji isu utama menghambat pencapaian anak anak desa di Rengit. Isu utama saya lihat Bahasa Inggeris.Bahasa Inggerislah yang menyebabkan pencapaian lulus keseluruhan rendah dan pencapaian cemerlang 5A rendah.Maka saya tumpukan kepada Bahasa inggeris. Saya bersama pasukan kerja pendidikan DUN Rengit melancarkan Program Excel Rengit.

8. Alhamdulillah dalam tempuh 3 tahun sahaja program telah melonjakan pencapaian anak anak di Rengit. Malah pencapaian Keputusan UPSR telah mampu mengatasi kawasan lain dalam daerah Batu Pahat. Malah program kita diperakui oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

9.Buktinya dalam tempuh 3 tahun sahaja pencapaian bahasa Inggeris dari orang 63 % 2006 ( Sebelum program Excel dilaksanakan ) kepada hampir 88% pada 2009. Lulus keseluruhan dari 68% (2006) kepada 77% tahun 2009. Manakala lulus cemerlang 5A dari 22 orang tahun 2006 kepada 73 ( 14%) pada tahun 2009. Lulus cemerlang 5A ini hampir sama dengan apa yang dicapai oleh negeri Terengganu dalam UPSR

10. Apa yang dirancang cukup sesuai dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Saya mengunakan segala kekuatan yang ada dikawasan. Perbezaannya adalah dari segi pendekatan sahaja berubah dan lebih baru dari dahulu. Saya lihat anak anak lebih mudah menerima apa yang kita berikan kepada mereka.

11. Begitu juga dengan mengubah susana di pekan Koboi Rengit. Dulu orang kata pekan Rengit susah hendak diubah dan dibangun. Saya mengunakan pendekatan ini iaitu Fokus, Realitik dan Praktikal . Saya mengkaji apakah isu dan maklumat yang ada dibawah. Saya fokus tindakan saya .

12.Pendekatan Perancangannya yang saya buat realistik dan pendekatan pembangunannya pula adalah praktikal.Saya tidak perlu hendak membina kawasasan baru membangunkan pekan Rengit. Cukup sekadar mengunakan segala kekuatan yang dikawasan ini.

13. Tidak sampai 5 tahun sahaja Pekan Rengit berubah wajah menjadi Pekan ini hidup siang dan malam, indah serta ceria.

14. Apa sahaja yang hendak kita laksanakan perlulah Fokus, realistik dan praktikal. Hanya kerja yang berfokus sahaja yang membawa HASIL yang BESAR dan CEPAT.

Friday, May 14, 2010

KENAPA TIDAK FOKUS DAN KONSISTEN


1. Soalan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri yang tidak fokus dan konsisten dalam menulis diblog saya.Saya sebenarnya sikit sikit boleh menulis tapi tak konsisten. Saya juga tidak mengambil berat soal ejaan . Anak bongsu saya di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru selalu komen soal ejaan.

2. Selepas ini saya bercadang saya boleh menulis sebulan sekurang kurangnya 10 artikel sebulan. Masih ada 8 bulan lagi. Jadi sekurang-kurangnya 80 artikel hingga 100 artikel dalam tahun 2010. Saya cuba . Saya berdoa. Saya tulis sendiri . Tak suruh siapa buat.

3. Saya juga tidak kemaskini laman web saya di website DUN Johor. Begitu juga dengan Faebook saya. Dalam mesyuarat mingguan pejabat DUN Rengit, saya sudah minta seorang kakitangan saya untuk mengurusakan Web site di Website DUN Johor.

4. Insayallah dalam masa terdapat semuanya akan dikemaskinikan.