Friday, October 16, 2009

UCAPAN DASAR PRESIDEN SULUNG YANG ULUNG


MESJID JAMEK KG SERI LADANG RENGIT

1.Sudah 15 tahun saya menjadi perwakilan Ke Perhimpunan Agung UMNO . Tahun 2009 ucapan dasar presiden yang sulung pada kali ini sesungguhnya ulung dan amat menyakinkan.

2 Dato Najib mula menampakkan kehebatan sebenarnya yang disimpan begitu lama.. Saya bersyukur kerana negara ini terus dikurniakan seorang pemimpin yang baik lagi hebat. Ini semuanya anugerah Allah yang maha besar kepada kita.


3. Ucapan Presiden jelas mesejnya, terang sebutannya.gayanya amat meyakinkan, Tidak sedetik pun sepanjang ucapannya saya rasa terlena. Saya hayati setiap bait bait ayatnya. Beliau juga kerap mengunakan perkataan melayu lama dallam ucapannya saperti topang sangga, kudeta, kandil dan puluhan perkataan melayu lama.

4. Ucapan Dato Najib yang bertajuk Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan telah mengimbau sejarah pahit getir, ranjau duri perjuangan UMNO, menangkis tuduhan, prepesi dan sangkaan terhadap UMNO, menuntut perubahan pendekatan untuk melonjak pencapaian dan menegaskan akan kekuatan minda sahajalah yang boleh melangkaui segala cabaran sezaman.

5 Beliau berkali kali menegaskan akan pentinganya perubahan sikap secara ikhlas ahli UMNO untuk menyambung perjuangan bermartabat UMNO, memberitahu perlunya dibugarkan semula semangat kesukarelawaan dikalangan ahli UMNO dan merayu pendokong UMNO agar dekat dan senantiasa bersama rakyat,

6. Beliau dengan lantang menetapkan UMNO seharusnya menjadi pembela dan pejuang kepada seluruh rakyat Malaysia dan dengan nada bersemangat berbekal keyakinan yang tinggi beliau menyuntik semangat ahli UMNO agar bangun bangkit dengan bingkas menyahut cabaran hebat mendatang.

7..Genangan air dikelopak mata bila menghayati ucapan sulung Presiden UMNO pada kali ini. Sedar dan Insaf akan segala pengorbanan pendahulu UMNO menjaga dan memartabat maruah bangsa. sehingga umat melayu kini bermaruah. Dihati kecil ini bertekad untuk membantu parti meneruskan perjuangan suci lagi murni.

8.. Syabas dan tahniah kepada Presiden yang memberi suntikan semangat baru ini. Inilah ucapan yang telah lama ditunggu oleh seluruh ahli UMNO.. Insyallah Kita akan terus berkerja kuat.


No comments:

Post a Comment