Tuesday, October 20, 2009

MESJID JAMBI DARAT DIBINA BARU.


MESJID LAMA YANG SEDANG DIBINA BARU
JAMBI DARAT RENGIT


1 Alhamdulillah syukur Mesjid Jambi Darat sedang dalam pembinaan dengan kos RM 1.2 juta.Mesjid ini dibina untuk menampung 300 jemaah.

2. Kita amat mengharapkan sumbangan dari penduduk dan khariah mesjid untuk memberi sumbangan jariah bagi membantu mendirikan mesjid ini.

3. Saya berkeyakinan orang orang Jambi yang mempunyai tanaman sawit yang luas dapat membantu menambahkan tabung pembinaan mesjid Jambi Darat ini.

Monday, October 19, 2009

ANAK RENGIT INGAT RENGIT

BALAI POLIS DAN KAUTERS POLIS ENGIT

1. Saya bersyukur kerana masih ada anak tempatan Rengit yang ada tempat diatas ingat akan tempat asalnya. Contohnya pembangunan Balai Polis Rengit ini adalah hasil usaha dan ingatan Dato Saidon Bin Haji Asmuni yang kini menjawat jawatan Ketua Pengarah RELA Malaysia


2. Beliau mengusahakan Projek naiktaraf Balai Polis ketika menjawat jawatan Setiausaha pembangunan kementerian Dalam Negeri. Sesungguhnya ingatannya kepada kampungnya telah sedikit sebanyak mempercepatkan pembangunan Rengit. Saya yakin ramai lagi anak Rengit yang akan membantu membangunkan Rengit.


3. Saya Yakin dalam tempuh 3 tahun lagi wajah Pekan Rengit akan berubah. insyaallah berikan sedikit masa kepada saya untuk mengubah suasana yang di Rengit. Saya amat mengharapkan sokongan anak anak rengit yang ada diatas untuk membantu menjayakan cita cita ini.





MERCU TANDA RENGIT

PEJABAT DAERAH DAN TANAH RENGIT

1.Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Rengit ini adalah hasil lawatan YAB Dato Ghani Othman ke Rengit. Beliau bersetuju supaya bangunan lama pejabat tersebut yang uzur diganti. Rekabentuk cukup menarik. Bangunan ini telah diresmikan DYM Baginda Tuanku Mahkota Johor.Bangunan Ini salah satu mercutanda di Rengit.





2.Bangunan ini lengakp dengan Dewan , bilik mesyuarat, surau. Disinilah kita kerap mengadakan program termasuk program pendidikan Excel Rengit Berhadapan dengan Bangunan ini Bangunan Balai Polis Rengit. Ada 3 pejabat dibangunan;Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Pejabat cawangan Majlis Perbandaran Batu Pahat.

3. Terima kasih YAB Dato Ghani.

TAKLIMAT PASCA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 2009


LADANG NENAS DI PENDALAMAN RENGIT


1. Langkah susulan yang akan dibuat ialah mengadakan Taklimat Pasca Perhimpunan Agung UMNO kepada semua pemimpin akar umbi pada 25hb Oktober 2009. Mesyuarat Biro Pengurusan an Perancangan UMNO Bahagian Batu Pahat petang tadi bersetuju untuk mengadakan taklimat tersebut.

2. Taklimat tersebut akan disampaikan sendiri oleh YB Dr Puad Zarkhasi ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Semua pemimpin cawangan termsuk sayap akan dipanggil dalam majlis ini.

3. Harapan dari program ini ialah agar semua pemimpin akar umbi faham dan jelas ucapan dasar presiden serta apakah tindakan susulan yang perlu dibuat.Semangat Perhimpunan Agung UMNO 2009 perlu terus disemarakkan keakar umbi.

Sunday, October 18, 2009

SUASANA INDAH PANTAI PUNGGUR RENGIT


SENJA DI PANTAI PUNGGUR

1. Beginilah menariknya suasana senja di pantai Punggur Rengit. Itu sebab pantai ini kerap dikinjungi orang rmai sepanjang masa. Pantai ini tambah cukup indah diwaktu senja atau ketika bulan mengambang penuh. Itu Sebab pantai ini dulunya dinamakan Pantai Berangan





2. Pantai indah ini akan dibangunkan secara berperingkat.Adalah diharapkan pantai ini akan menjadi destinasi pelancong menarik di kawasan Rengit.Pada masa kini telah ada jeti nelayan, gelangang Futsal. Pembangunan jangkapanjang akan meliputi chalet, dewan dan medan ikan bakar yang tentunya akan menarik lebih ramai pengunjung.

PERHIMPUNAN YANG MENGHIMPUN SEMANGAT DAN TEKAD


GAMBAR KAD PENGENALAN DIRI PERHIMPUNAN
AGUNG UMNO TAHUN 2009

1.Perhimpunan Agung Kali ini amat berbeza dari tahun tahun sebelumnya. Pada saya ia lebih bermakna dari Perhimpunan pada tahun lepas yang merupakan tahun pemilihan.

2. Ucapan Presiden pada kali ini menjelaskan halatuju UMNO sebenarnya. UMNO perlu mengubah pendekatan agar sesuai dengan kehendak zaman agar ia dapat melonjakan pencapaian.UMNO juga perlu berubah dari segi strukturnya, wajahnya dan rohnya.

3. UMNO harus menjadi parti Gerakan Massa. UMNO perlu menjadi pembela dan penjuang rakyaat semua kaum. UMNO perlu jadi Parti yang mempunyai integriti yang tinggi.

4. UMNO perlu menjadi parti yang merasai keluh kesah,denyut nadi seluruh rakyat negara ini. Kehadiran ditunggu tunggu dan dirasai oleh semua pihak dan peringkat rakyaat yang ada dinegara ini.UMNO akan pastikan kesejahteraan dan kebahagian rakyat negara bertuah ini.

5. Perhimpunan kali ini telah menghimpun semangat dan tekad baru kepada seluruh pendokong UMNO yang jujur dan ikhlas. UMNO sedang mengorak langkah baru mengahadapi cabaran yang sudah dikenalpasti. Terima Kaseh YAB Presiden UMNO Dato Najib

Saturday, October 17, 2009

PERTANYAAN IMAM AL GHAZALI


MESJID PARIT TENGAH RENGIT

1.Enam pertanyaan Imam Al Ghazali kepada anak muridnya yang tidak dapat dijawab oleh semua anak muridnya dengan tepat

2 Pertanyaan Imam Al Ghazali;


2.1 Apakah yang paling dekat dengan kita ?
2.2 Apakah yang paling jauh dari kita?
2.3 Apakah yang paling berat pada kita?
2.4 Apakah yang paling ringan pada kita?
2.5 Apakah yang paling kuat pada kita?
2.6 Apakah yang paling tajam pada kita?

3. Jawab Iman Al Ghazali pada anak muridnya;

3.1 Yang paling dekat dengan kita ialah MATI
3.2 Yang paling jauh dari kita ialah MASA LALU
3.3 Yang paling berat pada kita ialah AMANAH
3.4 Yang paling ringan pada kita ialah SOLAT
3.5 Yang paling kuat pada kita ialah NAFSU
3.6 Yang paling tajam pada kita ialah LIDAH

Friday, October 16, 2009

UCAPAN DASAR PRESIDEN SULUNG YANG ULUNG


MESJID JAMEK KG SERI LADANG RENGIT

1.Sudah 15 tahun saya menjadi perwakilan Ke Perhimpunan Agung UMNO . Tahun 2009 ucapan dasar presiden yang sulung pada kali ini sesungguhnya ulung dan amat menyakinkan.

2 Dato Najib mula menampakkan kehebatan sebenarnya yang disimpan begitu lama.. Saya bersyukur kerana negara ini terus dikurniakan seorang pemimpin yang baik lagi hebat. Ini semuanya anugerah Allah yang maha besar kepada kita.


3. Ucapan Presiden jelas mesejnya, terang sebutannya.gayanya amat meyakinkan, Tidak sedetik pun sepanjang ucapannya saya rasa terlena. Saya hayati setiap bait bait ayatnya. Beliau juga kerap mengunakan perkataan melayu lama dallam ucapannya saperti topang sangga, kudeta, kandil dan puluhan perkataan melayu lama.

4. Ucapan Dato Najib yang bertajuk Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan telah mengimbau sejarah pahit getir, ranjau duri perjuangan UMNO, menangkis tuduhan, prepesi dan sangkaan terhadap UMNO, menuntut perubahan pendekatan untuk melonjak pencapaian dan menegaskan akan kekuatan minda sahajalah yang boleh melangkaui segala cabaran sezaman.

5 Beliau berkali kali menegaskan akan pentinganya perubahan sikap secara ikhlas ahli UMNO untuk menyambung perjuangan bermartabat UMNO, memberitahu perlunya dibugarkan semula semangat kesukarelawaan dikalangan ahli UMNO dan merayu pendokong UMNO agar dekat dan senantiasa bersama rakyat,

6. Beliau dengan lantang menetapkan UMNO seharusnya menjadi pembela dan pejuang kepada seluruh rakyat Malaysia dan dengan nada bersemangat berbekal keyakinan yang tinggi beliau menyuntik semangat ahli UMNO agar bangun bangkit dengan bingkas menyahut cabaran hebat mendatang.

7..Genangan air dikelopak mata bila menghayati ucapan sulung Presiden UMNO pada kali ini. Sedar dan Insaf akan segala pengorbanan pendahulu UMNO menjaga dan memartabat maruah bangsa. sehingga umat melayu kini bermaruah. Dihati kecil ini bertekad untuk membantu parti meneruskan perjuangan suci lagi murni.

8.. Syabas dan tahniah kepada Presiden yang memberi suntikan semangat baru ini. Inilah ucapan yang telah lama ditunggu oleh seluruh ahli UMNO.. Insyallah Kita akan terus berkerja kuat.


Wednesday, October 14, 2009

BLOG DAN KEKURANGAN


SURAU AL HIDAYAH SUNGAI DULANG TAMBAK RENGIT

1. Sapertimana saya sebut awal bahawa pengelibatan saya dalam alam maya tentunya banyak kekurangan dan kelemahan peringkat awal ini. Untuk itu saya menyusun jari sepuluh sekiranya ada kesilapan dan kelemahan disana sini.

2. Yang paling ketara kesilapan adalah dari segi ejaan. Dah lama tidak menulis sendiri kecuali ucapan dewan. Saya akan perbaiki dari masa kesemasa.

3. Saya sudah beli alat broadband untuk memudahkan saya menulis dirumah dan pejabatt jika ada masa yang terluang. Malangnya broadband ini tidak dapat dikawasan pejabat saya. Saya gunakann talian TM dipejabati. Dirumah broadband mudah diperolehi.

4. Saya juga cuba belajar format yang lain dalam blog ini. Istilah dan term dalam komputer ini saya belum mahir sangat. Saya berharap blog ini akan jadi lebih menarik. Saya belum pun beritahu kawan tentang blog saya ini.


TURUN PADANG ATAU SENTIASA BERADA DIPADANG


PEKAN RENGIT SEDANG BERUBAH WAJAH

1.Hari ini bermula perhimpunan Agong UMNO 09 khas untuk meminda perlembagaan UMNO. Dimulakan dengan persidangan tiga sayap, Wanita ,Pemuda dan Puteri.

2, Pembahas mula melaungkan perlunya ini perlunya itu untuk mengingatkan pemimpin , perwakilan dan ahli UMNO.Semuanya menyeru agar perlu berubah,

3. Antara perkara yang selalu dilaungkan pembahas bahawa pemimpin perlu turun padang melihat secara dekat akan setiap masalah rakyat. Diseru juga akan pemimpin parti dekat dengan rakyat dan mesra dengan rakyat.

4. Istilah turun padang sudah tidak sesuai lagi dengan senario politik negara masa kini. Landskap politik sudah berubah jauh. Bila disebut turun maka selepas turun tentunya akan naik. Saya rasa istilah turun padang hanya sesuai pada Pemimpin atasan negara. mereka yang dalam kabinet atau yang menjadi exco diperingkat negeri. Sebabnya mereka mentadbir dan menguruskan negara dan negeri

5. Bagi pemimpin biasa UMNO yang tidak memegang apa apa jawatan peringkat negeri dan negara, mereka bukan setakat turun padang tapi perlu senantiasa berada di padang.Perlu sentiasa bersama rakyat. Perlu sentiasa berdamping dengan rakyat sepanjang masa dan waktu.

6.Pemimpin yang sentiasa bersama rakyat akan mudah didekati dan istilah mesra rakyat akan dapat terbentuk dengan sendiri. Rakyaat mempunyai masa yang cukup untuk meluahkan setiap persoalan yang dihadapi mereka.

7 Maknaya pemimpin yang sentiasa bersama rakyat akan dekat dengan rakyat dan akhirnya akan mesra dengan rakyat Kalau sesekali manakan jadi! Pemimpin yang sentiasa dengan rakyaat akan tentunya akan disayangi oleh rakyat. Rakyat tidak akan lupa bila pemimpin memerlukan sokongannya.

.

KEBEBASAN MUTLAK


SEBUAH RUMAH BERHALA /TOKONG DI JALAN BESAR RENGIT

1. Malaysia sebuah negara yang memberi kebebasan mutlak kepada rakyaatnya untuk megamalkan cara hidup tradisi mereka dan beragama. Dalam Perlembagaan ada dinyatakan dengan jelas. Begitu juga dalam Rukunegera.

2. Di setengah negara , kaum lain perlu menukar nama mereka saperti yang berlaku di Thailand dn Indonesia. Di Malaysia tidak perlu. Inilah Perbezaan yang ada dinegara kita. Pemimpin tedahulu bijak mengatur dan menghormati hak setiap kaum yang ada dinegara ini. Kebijaksanaan ini sesungguhnya membolehkan rakyaat dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

3. Sikap tolak ansur pemimpin terdahulu sewajarnya diingati dan dikenang.Sebagai rakyaat negara ini kita perlu juga menghormati hak yang telah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan. Oang Melayu,Cina dan India sewajarnya menghomati perkara yang ada dalam perlembagaan. Kita tidak boleh menafikan perkara yang telah jelas dan nyata yang ada dalam perlembagaan.

4. Hanya tolak ansur semua kaum dan etnik yang ada dalam negara ini mampu membantu Malaysia menjadi lebih hebat lagi perkasa.



PEMANASAN GLOBAL DAN PERUBAHAN CUACA


PINTU AIR SUNGAI RENGIT

1. Bencana alam yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini diseluruh dunia kesan dari perubahan cuaca akibat dari pemanasan global yang amat membimbangkan tentang masa depan planet bumi ini.

2. Jika tiada langkah drastik yang diambil oleh pemimpin dunia pada masa sekarang ,bayangkan bagaimana nasib planet bumi pada masa depan.

3. Ribut taufan, gempa bumi, banjir besar, tsunami, tanah runtuh, puting beliung, kemarau,jerebu tentunya akan lebih kerap dan mengorbankan ribuan nyawa manusia. Ia juga merosakan harta benda ,tanaman .

4. Kita semua perlu membantu bagi mengurangkan pemanasan global ini. Untuk iitu kita perlu faham apa yang dikatakan pemanasan global dan perubahan cuaca. Kita juga perlu mengetahui bagaimana kita boleh menyumbang untuk mengurangkan perubahan cuaca ini.

5. Kesedaran semua pihak dan peringkat mampu menyumbang usaha membantu mengurangkan pemansan global ini. Kesedaran dan tindakan yang berimpak besar sahaja yang akan mengurangkan bencana alam pada masa akan datang.



Tuesday, October 13, 2009

LIMA S



KEGIRANGAN ANAK ANAK MENEMPUH MASA DEPAN
DI HADAPAN MESJID PARIT TENGAH RENGIT


1.Tidak semua manusia akan dapat apa yang dihajati. Kita juga akan diduga. Kita juga akan menempuh pelbagai cabaran dan rintangan. Terpulang kepada kita melihat semua dugaan dan cabaran ini.

2. Dalam ucapan saya dalam majlis majlis dikawasan saya , saya selalu menyebut jika kita ingin hidup ini lebih bermakna dan menempuh masa mendatang dengan lebih baik , maka 5S ini perlu dijadikan panduan .

3. S pertama. Kita perlu selalu Syukur. Bersyukur dengan segala anugerah yang teah dikurniakan kepada kita. Ini akan menyebabkan kita lebih tenang dan sabar.

4. S kedua. Kita perlu selalu sihat. Jika badan kita sihat, kita akan tambah segar dan boleh menempuh hidup dengan baik.Senantiasa sihat akan membolehkan kita melaksakan kerja dengan baik.

5. S ketiga. Kita perlu berada dalam keadaan selamat. Samada kita dirumah atau jalanraya. Tidak akan ada rasa ketakutan dalam diri kita. Kita dapat merasakan akan suasana selamat disekitar an sekeliling kita.

6. S keempat. Kita perlu selesa. Selesa ditempat kerja. Selesa di rumah. Selesa bersama keluarga.Selesa memandu. Walaupun mungkin kereta kecil tapi ia selesa dipandu.Walaupun rumah yang kita diami kecil tapi ia selesa.

7. S Kelima . Kita perlu senang. Senang bukan bermaksud banyak duit. Hidup kita senantiasa senang. Makan senang. Buang airbesar senang. Tidur senang. Minta tolong dengan orang senang. Jumpa orang senang. Senang ini juga pemberian Allah.

8. Jadi kita perlu senantiasa syukur, sihat, selesa, selamat dan senang. Insyallah.

ISA MENANG ISA KEKAL


PEMANDANGAN MENARIK PANTAI PUNGGUR RENGIT

1. Keputusan Pilihanraya Bagan Pinang telah diketahui. Tan Sri Isa seorang insan kerdil, setia, sabar, sayamg kepada parti menang dengan majoriti melonjak.

2. Inilah kelainan Tan Sri Isa dari calon BN yang lain . Seorang yang senantiasa dekat dengan hati rakyaat, mesra rakyaat, mudah didampingi,tidak sombong, faham masalah rakyaat dan selalu membantu rakyaat. Dia tidak dilihat sebagai orang elit UMNO. Caranya bercakap mudah difahami rakyaat. Jenakanya menyenangkan dan memikat.Itu sebab orang melayu, cina dan India mahu beliau jadi calon. Manakala yang tua muda mudah mengundi beliau.

3. Walaupun peringkat awal, soal calon di Bagan Pinang menjadi isu. Tapi ianya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.Inilah faktor yang perlu diberi perhatian pucuk pimpinan BN. Calon yang disenangi rakyaat perlu diberi keutamaan bukan calon yang disenangi pemimpin .

4. Gagasan dan reformasi yang sedang rancak dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Dato Najib juga banyak membantu kemenangan BN di Bagan Pinang.Gagasan dan refomasinya mula memikat dan menarik minat rakyaat kini. Kata seorang kawan Cina saya "ketika Dato Najib ambilalih negara ini ,macam dia ambil Bank yang sedang sakit dan tenat, tapi hari ini perlahan lahan dia dah mula pulihkan bank tu. "

5. Semasa pengumuman calon BN Bagan Pinang pada 29hb september 2009 ,Tan Sri Isa secara menyeloroh menyebut" rupanya ISA diperlukan lagi ". Kenyataan tajam lagi penuh bermakna.

6. Saya menyokong supaya ISA ( Internal Security Act ) dikekalkan kerana ISA telah terbukti berjasa memelihara ketenteraman dan keselamatan negara ini. Tanpa ISA saya rasa sudah lama negara ini terjerumus kekancah pertelingkahan kaum dan etnik. Kenapa kita terikut rentak dan tari pihak berkepentingan supaya ISA dihapuskan. Jika ISA dihapuskan senang mereka membawa negara ini kelembah kehancuran. Tanya mereka apakah akta seumpama ini takaada dinegara jaguh demokrasi saperti Amerika Syarikat dan Britain.

7. Tahniah kepada Tan Sri Isa menang dan ISA wajar dikekalkan.

Sunday, October 11, 2009

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN RUJUKAN UTAMA BERNEGARA RAKYAAT MALAYSIA


KAUTERS BOMBA RENGIT

1. Bagi Penganut Islam ,rujukan utama sebagai seorang Islam ialah kitab Al Quran dan Al hadis.Begitu juga penganut kristain tentulah rujukan mereka ialah Bible. Manakala Budha pula kitab anjaran Budha dan bagi agama Hindu kitab ajaran Hindu.

2. Jika kita tidak menjadikan Kitab kitab tersebut sebagai rujukan utama kita ,maka kita bukanlah penganut agama tersebut yang sejati. Malah mungkin kita terkeluar dari ajaran agama tersebut.

3. Begitulah sepatutnya dalam hal kita bernegara. Jika kita Rakyaat Malaysia tentulah rujukan utama kita ialah Kitab Utama negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.Kalau kita rakyaat Britain tentulah rujukan orang Britain Perlembagaan Negara tersebut. Jika rakyaat negara China rujukan utama adalah perlembagaan yang ada di China.

4. Tapi sejak kebelakangan ini, saya perhatikan ada kalangan rakyaat negara ini termasuk pengamal undang undang sering mengunakan nilai-nilai universal saperti demokrasi ,kebebasan bersuara, hak asasi untuk mencapai hasrat atau matalamat mereka. Kenapa kita lebih menjunjung nilai nilai universal ini dari kitab utama Perlembagaan Persekutuan kita sendiri.

5. Diperhatikan jika dalam perlembagaan ada menyatakan bahawa kepentingan tersebut dinyatakan dengan jelas maka kita bertempik bahawa itu semua ada dalam perlembagaan. Jika Kepentingan tersebut tidak dinyatakan dengan jelas, maka kita gunakan nilai nilai universal bagi memastikan kepentingan kita tercapai. Itulah yang sedang berlaku dinegara kita pada hari ini.

6. Lebih mendukacitakan sesetengah rakyaat malaysia berani mencabar apa yang nyata lagi jelas yang ada dalam perlembagaan. Contohnya Hak- Hak Istimewa Orang Melayu,Raja Raja Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam.Keempat -empat perkara tersebut sejak kebelakangan ini dicabar secara terbuka oleh rakyaat Malaysia termasuk pengamal undang-undang yang faham dan pakar tentang perlembagaan dan Undang-Undang.

7. Maka adalah menjadi satu kemestian setiap rakyaat negara ini perlu pertahankan akan keluhuran perlembagaan sapertimana yang telah digariskan dalam rukunnegara.

8. Saperti kata pepatah melayu " Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung "

PERPADUAN KAUM TUNGGAK UTAMA KEKUATAN NEGARA


SEKOLAH TINGGI CHONG HWA RENGIT

1. Perpaduan kaum adalah asas kekuatan negara. Negara ini telah bangun lebih 60 tahun dengan baik disebabkan semua pemimpin mengutamakan perpaduan . Inilah ramuan yang telah membawa negara ini kemercu kejayaan.

2. Hari ini perpaduan kaum dinegara ini dilihat semakin goyah disebabkan pihak berkepentingan sengaja merobek perpaduan kaum untuk dijadikan bahan dan modal untuk menarik sokongan.

3. Kita bersyukur melalui gagasan baru YAB Dato Najib 1 malaysia Rakyaat Didahulukan Pencapaian diutamakan telah mula memulihkan semula perpaduan dinegara . Saya berkeyakinan perpaduan kaum akan kembali kepada landasan yang asal.

4. Tanpa perpaduaan kaum , kita tidak boleh memacu negara ini kemasa depan yang lebih menyakinkan serta mampu melonjak menjadi negara contoh lagi disegani.

PANTAI RENGIT MEMBEKAL IKAN SEGAR DAN MANIS


BOT BOT NELAYAN PANTAI RENGIT

1. Pantai Rengit senantiasa mebekalkan ikan segar yang manis. Ikan ikan disebelah pantai barat biasanya lebih sedap dari ikan pantai timur. katanya ikan disebelah pantai rengit ini memakan plankton yang baik dan banyak.


2. Pasar Rengit sentiasa dikunjungi pembeli dari luar daerah saperti Johor Bahru dan kluang. Mereka kesini kerana mahu rasa kemanisan ikan dari pantai rengit

3.Jabatan Perikanan dan LKIM diharap dapat membuat kajian supaya membina tukun tiruan kawasan laut rengit untuk memastikan ikan ikan dikawasan laut Rengit terus kekal dan membiak.

4. Kita mudah dapat ikan ikan segar yang manis dari laut Rengit ini saperti tengiri, parang, merah, kembong,pari, udang dan puluhan jenis ikan yang menarik lagi segar.

PERPUSTAKAAN DI DESA


PERPUSTAKAAN DESA DI KAMPUNG SERI MERLONG RENGIT

1. Dibawah pentadbiran YAB Menteri Besar Johor Dato Ghani Othman yang memperkenal konsep pembangunan Holistik yang seimbang dan menyeluruh , penduduk jauh didesa seri merlong dapat merasai apa yang dinikmati penduduk bandar iaitu sebuah perpustakaan.

2. Perpustakaan Desa terletak di kampung Seri Merlong Rengit. Perpustakaan ini amat memberi makna yang besar kepada penduduk kampung . Perpustakaan ini senantiasa dikunjungi penduduk dan murid sekolah.

3. Walaubagaimanapun bahan bacaan dan lain lain yang bersangkutan dengan perpustakaan terkini masih belum mencukupi dijadikan pusat rujukan semua pihak.Perbadanan Perpustakaan Negeri diharap dapat melihat dan merancang secara berperingkat bagi melengkapkan perpustakaan ini.

4. Harapan kita untuk menjadikan rakyaat negara ini rajin membaca telah lama digerakan oleh kerajaan negeri Johor melalui pendekatan pembangunan holistik. Bangsa Rajin Membaca. Bangsa Berjaya.

PARIT TENGAH KAMPUNG GUYUP


PINTU MASUK KAMPUNG PARIT TENGAH RENGIT

1. Kampung Parit Tengah Rengit merupakan yang pernah diiktiraf Kampung terbaik peringkat kebangsaan. Kampung ini pernah johan kampung Indah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dulu kampung ini merupakan kampung rangkaian Seri Merlong Mukim 12 Sungai Kluang Rengit

2. Kekuatan kampung ini ialah masyarakat jawanya yang bermuafakat. Itu sebab moto kampung diberi nama GUYUP yang membawa maksud muafakat.Dihadapan pintu masuk kampung ada lambang penyapu yang bermaksud bersatu kuat dan padu.

3 Selain daripada itu kampung ini dianugerah pemimpin ( ketua kampung ) yang gigih dan rajin. Allahyarham Haji Hashim merupakan pengerak utama kebangkitan kampung ini. Sekarang ini kampung dipemimpin oleh Tok Zakaria Rohani.

4. Kampung ini juga mempunyai Homestay yang menarik pelancong luar dan domestik . Kampung ini juga mempunyai Medan Infodesa yang mendedah masyarakat luar bandar dengan IT.

5. Kegiatan Ekonomi kampung ini meliputi semua bidang ternakan, pertanian dan IKS. Mudah mudahan kampung terus berjaya.

PANTAI PUNGGUR RENGIT MENGAMIT KERINDUAN


PANTAI REKREASI PUNGGUR RENGIT YANG INDAH


1. Di kawasan Rengit ada sebuah pantai berpasir putih yang luas dan memanjang menghadap laut biru selat melaka. Nama Pantai ini Pantai Rekreasi Punggur. Dulu pantai ini dikenali Pantai Berangan.jarak pantai ini dari pekan Rengit 6 kilometer dan 27 km dari bandar Batu Pahat.

2. Dulu Kawasan pantai ini penuh dengan pokok kelapa. kawasan pantai sejak 10 tahun kebelakangan ini mula terhakis. pukulan ganas berterusan ombak telah menegalami pantai cantik ini.

3. Dari tepi pantai ini kita akan mudah nampak kapal dagang yang melalui selat melaka. Setiap masa kita akan dapat kapal kapal dagang ini. Tambah waktu malam cahaya kapal dagang ini menambahkan lagi keceriaan pantai ini waktu malam.

4. Hakisan Ombak yang berterusan menyebabkan pantai ini terhakis. JPS telah membina tembok pemecah ombak sepanjang 200 meter. JPS juga membaikpulih muara sungai punggur untuk memboleh air mengalir keluar kelaut. Kos baikpulih muara sungai ini RM1.3 juta

5. Pantai ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat dengan mengikut pelan perancangan yang telah dirangka oleh pihak UTM. Pada masa kini sebuah jeti dan gelangang Futsal telah siap dibina.Kita berharap pembangunan ini akan menjadi satu tarikan baru pelancong tempatan dan luar.

Tuesday, October 6, 2009

JALAN PERSEKUTUAN PERPAT HINGGA PARIT TENGAH SEDANG DIBAIKI



DEWAN ORANG RAMAI RENGIT

1. Alhamdulillah bermula semalan 6/10/09 Jalan Persekutuan Batu Pahat Pontian dari Perpat hingga parit tengah dari mendap dan berombak telah mula dibaiki oleh pihak JKR melalui SeliaSelengara. Jalan mendap amat membahaya kepada pengguna jalanraya.

2. Kos membaiki jalan ini RM 3.2 juta.Kos membaiki keseluruhan jalan ini anggaran dibuat oleh JKR Batu Pahat ialah RM 7 juta bagi membaiki keseluruhan jalan dari Parit Botak hingga Belahan Tampok.

3. Diharap tahun depan kita dapat tambahan baki peruntukan membaikpulih jalan ini.

4. Dikatakan jalan ini kerap mendap disebabkan katanya jalan ini asalnya dibuat dari simen dan jenis tanah sepanjang jajaran jalan ini jenis liat

5. Kita juga berharap pihak JKR akan dapat memantau kualiti kerja baikpulih jalan ini

6. Adalah diharapkan dengan baikipulih jalan ini akan mengurangkan kemalangan yang berlaku disepanjang jalan ini. Kita juga berharap pemandu akan senantiasa berhemah ketika memandu nanti.

Monday, October 5, 2009

LEBIH 6OOO NYAWA TERKORBAN SETIAP TAHUN DI JALAN RAYA MALAYSIA


BALAI POLIS RENGIT

1. Bilangan yang terkorban dibawah OPS SIKAP tahun 2009 meningkat berbanding dari tahun 2008. Apakah punca bilangan yang terkorban semakin meningkat. Bilangan yang terkorban di jalanraya di Malaysia melebihi 6000 nyawa setiap tahun. Jumlah ini lebih dari mereka yang terkorban akibat taufan, gempa bumi dan tsunami yang berlaku baru-baru ini di Asia.

2. Jalanraya kita sudah terkenal dengan jalanraya berdarah.Kita mudah melihat mayat terbujur disana sini sepanjang musim perayaan. Kita juga mudah melihat kemalangan setiap hari disana sini di Malaysia.

3. Apakah puncanya. Dikatakan sikap pemandu. Kenapa pemandu di Malaysia tidak merasa takut memandu di Malaysia. Apakah kita tidak diajar agar menjadi pemandu yang berhemah dan bertanggungjawab.

4. Kenapa bila kita bawa kenderaan di negara jiran selatan , kita senantiasa patuh setiap peraturan yang ditetapkan? Kenapa Pemandu Singapore yang dikatakan patuh dan berdisplin tapi bila memandu di Malaysia sudah jadi pemandu yang tidak berhemah?

5. Kita juga mudah melihat dinegara kita bila Kancil, Kelisa menjadi kereta Porche di jalanraya Malaysia.Bas lebih laju dari kereta Alphad. Lori dan Trailer lebih laju dari Teksi.

6. Satu perangkaan telah menyebut bahawa dikatakan kenderaan berdaftar di Malaysia berjumlah 16 juta .Bilangan Penduduk negara kita 27 juta. Apakah nisbah sesuai atau janggal. Atau di malaysia " CAR MAD "

BENCANA MENGINGATKAN KITA


SENJA DI PANTAI REKREASI PUNGGUR, RENGIT


1.Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kejadian bencana alam yang cukup menyayat hati. Dari Taufan di Filipina dan Vietnam, gempa bumi di Padang, Sumatera dan Tsunami diSamoa dan American Samoa yang telah mengorbankan ribuan nyawa.

2. Ada kampung yang ditelan bumi. Tidak ada yang selamat. Lebih memeranjatkan bila ada arahan memberhentikan kerja-kerja menyelamat mangsa yang tertimbus bagi memberi tumpuan kepada mereka yang selamat.

3.Semua kejadian ini mengingatkan kita di negara yang bertuah ini. Kita perlu bersyukur kepada Yang Maha Esa kita jauh daripada bencana sebesar ini. Peristiwa-peristiwa ini adalah peringatan kepada kita untuk kita menyemak diri kita dan masyarakat kita. Kita mungkin tidak terlepas dari ujian ini. Mungkin masa yang menentukan.

4. Kita juga perlu bersyukur di negara kita mempunyai kerajaan dan jentera kerajaan yang cepat dan cekap menangani setiap musibah yang berlaku.