
TADIKA DI RENGIT
1 Fokus Utama saya sejak akhir tahun 2006 ialah Pendidikan. Kawasan saya kawasan luarbandar. Program pendidikan kita namakan Program Excel Rengit.Tumpuan diberi kepada pelajar pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR. Kita aturkan 35 hingga 38 program setahun melibatkan pelajar, ibubapa dan guru.
2.Saya bersyukur kerana mempunyai pasukan pendidikan DUN yang baik dan rajin yang diketuai Tn Haji Rahman Bin Hassan Guru Cemerlang Matematik dan Cikgu Ismaudin yang bertindak sebagai Setiausaha. Serta Mak Mah mantan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris yang banyak membantu program Excel Rengit. Saya juga bertuah kerana dapat kerjasama yang baik semua Guru besar, Guru Guru dan PIBG.
3. Fokus Utama Program Excel Rengit ialah Bahasa Inggeris.Tumpuan kepada pelajar UPSR bagi membekalkan pelajar baik , berkeupayaan dan cemerlang ke Sekolah menengah di kawasan Rengit dan kawasan yang berhampiran.
4. Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun program dilaksanakan menampakan perubahan yang ketara. Dengan sedikit perubahan pendekatan telah memperlihatkan pencapaian yang ketara dalam keputusan UPSR tahun 2007 dan 2008.
5. Pada tahun 2006 keputusan kelulusan bahasa Inggeris hanya 65% . Keputusan meningkat kepada 81% tahun 2007 dan 88% tahun 2008. Pencapaian baik dalam bahasa Inggeris telah meningkatkan bilangan pelajar cemerlang 5A diseluruh Rengit. Tahun 2006 bilangan pelajar cemerlang 5A hanya 22 orang ( Sebelum 2006 tidak pernah lebih 30 orang ) meningkat kepada 37 orang tahun 2007 melonjak kepada 65 orang tahun 2008.
6. Tahun 2009 kita meletakan sasaran 80% Lulus keseluuhan 90% lulus Bahasa Inggeris dan 80 orang pelajar yang memperolehi 5A. Mudah-mudahan hasrat ini dapat dicapai berkat doa semua pihak
No comments:
Post a Comment