Monday, September 28, 2009

PENDIDIKAN FOKUS UTAMA


TADIKA DI RENGIT

1 Fokus Utama saya sejak akhir tahun 2006 ialah Pendidikan. Kawasan saya kawasan luarbandar. Program pendidikan kita namakan Program Excel Rengit.Tumpuan diberi kepada pelajar pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR. Kita aturkan 35 hingga 38 program setahun melibatkan pelajar, ibubapa dan guru.


2.Saya bersyukur kerana mempunyai pasukan pendidikan DUN yang baik dan rajin yang diketuai Tn Haji Rahman Bin Hassan Guru Cemerlang Matematik dan Cikgu Ismaudin yang bertindak sebagai Setiausaha. Serta Mak Mah mantan Guru Cemerlang Bahasa Inggeris yang banyak membantu program Excel Rengit. Saya juga bertuah kerana dapat kerjasama yang baik semua Guru besar, Guru Guru dan PIBG.


3. Fokus Utama Program Excel Rengit ialah Bahasa Inggeris.Tumpuan kepada pelajar UPSR bagi membekalkan pelajar baik , berkeupayaan dan cemerlang ke Sekolah menengah di kawasan Rengit dan kawasan yang berhampiran.


4. Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun program dilaksanakan menampakan perubahan yang ketara. Dengan sedikit perubahan pendekatan telah memperlihatkan pencapaian yang ketara dalam keputusan UPSR tahun 2007 dan 2008.

5. Pada tahun 2006 keputusan kelulusan bahasa Inggeris hanya 65% . Keputusan meningkat kepada 81% tahun 2007 dan 88% tahun 2008. Pencapaian baik dalam bahasa Inggeris telah meningkatkan bilangan pelajar cemerlang 5A diseluruh Rengit. Tahun 2006 bilangan pelajar cemerlang 5A hanya 22 orang ( Sebelum 2006 tidak pernah lebih 30 orang ) meningkat kepada 37 orang tahun 2007 melonjak kepada 65 orang tahun 2008.


6. Tahun 2009 kita meletakan sasaran 80% Lulus keseluuhan 90% lulus Bahasa Inggeris dan 80 orang pelajar yang memperolehi 5A. Mudah-mudahan hasrat ini dapat dicapai berkat doa semua pihak

MULA MELIBATKAN DIRI DI ALAM MAYA



MEDAN INFODESA PARIT TENGAH RENGIT

1. Bermula pada 28hb September 2009 , saya cuba melibatkan diri saya secara aktif dalam alam maya ( Mudah mudahan ia kekal berterusan ). Saya diajar oleh anak sulung yang sekarang ini ada di rumah dan tengah buat researchnya di Malaysia dan Singapore dengan Pensyarahnya dari Universiti Kyoto Jepun. Rupanya susah juga nak faham dan memulakannya. Mungkin faktor umur.

2. Blog Saya ini saya buat secara mudah sahaja. Setiap pandangan dan olahan saya dalam blog saya ini saya muatkan gambar yang diambil dari kawasan Dun saya. Kalau tulisan sahaja mungkin kurang menarik.

3. Insyallah lepas ini juga saya cuba menyediakan Laman Web Bagi DUN Rengit. Kerajaan Negeri dah lama menyediakan kemudahan tapi saya tak aktifkan. Inilah kelemahan saya .Melalui laman Web dan Blog saya ini, banyak perkara yang ada dan berlaku di Rengit dapat disampaikan.

4. Dikawasan saya ada sebuah Medan Infodesa (MID) yang disediakan oleh Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah. MID ini aktif dan pernah menang anugerah MID aktif peringkat kebangsaan.Saya selalu merasmikan program di MID tersebut. MID ini untuk rakyaat luar bandar mendekatkan diri dengan alam maya termasuk warga emas.

BERTUAHNYA RAKYAAT MALAYSIA


PEJABAT DAERAH DAN TANAH RENGIT

1.Hari ini sudah 9 syawal.Bahang Aidilfitri masih panas. Anak anak desa sudah pulang kebandar meneruskan rautin biasa mereka. Aidilfitri masih disambut disana sini. Selawat kepada junjungan besar berkumandang di kampung dan di taman -taman. Ucapan selamat hari raya masih kita terima.

2.Alhamdulillah di negara kita , kita masih terus dapat menyambut aidilfitri dalam keadaan aman dan tenteram.Seluruh rakyat Malaysia sama-sama menyambut aidilfitri.

3 Inilah kekuatan kita. Sekalipun negara ini berbilang kaum dan agama tapi raya ini disambut oleh seluruh rakyaat. Mudah-mudahan kekuatan ini akan menjadi asas kukuh melonjakkan negara muda ini ketahap yang lebih hebat dan berjaya. Marilah kita sama -sama pertahankan kelainan hebat yang ada dinegara ini.

BERSYUKUR DENGAN ANUGERAH ALLAH YANG MELIMPAH


MESJID KG BELAHAN TAMPOK RENGIT

1.Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang maha esa kerana rahmat dan nikmat yang diturunkan dinegara ini terlalu banyak dan melimpah . Tanpa keizinan daripadanya tentunya rahmat dan nikmat ini tidak akan turun dan melimpah di negara ini

2 Kita dianugerah Nikmat kemakmuran . Nikmat Keselamatan. Nikmat Keselesaan. Kita juga dijauhkan darpada ujian besar darinya saperti malapetaka alam ,ribut taufan, banjir besar dan gempa bumi.

3 Inilah rahmat besar anugerah Allah yang maha esa kepada kita di Malaysia. Marilah kita teus berdoa agar rahmat dan nikmat terus berkekalan. Amin.