Sunday, August 7, 2011

NILAI-NILAI MURNI SEMAKIN TERHAKIS


1. Semasa pilihanraya 2008 , dua perkara penting dalam manifesto saya sendiri ialah meningkat kualiti hidup dan pendidikan serta memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat diDUN Rengit. Ketika itu manifesto peringkat Nasional ialah Selamat Aman Dan Makmur.

2. Dua perkara yang merangkumi peningkatan kualiti hidup dan pendidikan serta pemupukan nilai nilai murni dalam masyarakat dalam DUN Rengit menjadi harapan besar saya ketika itu . Saya melihat kualiti hidup dan pendidikan serta nilai nilai murni dalam masyarakat kita semakin terhakis.

3. Hari ini timbangtara dalam setiap perkara berasaskan matabenda dan kepentingan yang akan mereka miliki. Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Semua Ukuran berdasarkan keuntungan matabenda yang akan diperolehi.Nilai nilai murni saperti mana yang kuat diamalkan dalam masyarakat dulu sudah beransur hilang.

4 Semangat berkorban, suka membantu , suka menolong, sering bertolak ansur, senantiasa hormat yang tua , sayang yang muda,selalu memikirkan kepentingan awam dan orang ramai,merendah diri, suka membuat kerja kerja kebajikan, sayang kepada negara, setia sepamjang masa dan bersederhana dalam hidup. Inilah contoh nilai nilai muri yang semestinya perlu disemarakkan semula dalam masyarakat kita .

5 Satu lagi aspek yang saya lihat semakin terhakis, soal kualiti hidup. Walaupun pembangunan semakin hebat dinegara kita, tapi dari segi kualiti hidup semakin menurun. Kita lihat sahaja dari segi kebersihan . kita mudah melihat sampah disana sini,Kita sering makan bersama lalat dikedai kedai makan dan dirumah kenduri kahwin. Lokang dan parit kita senantiasa tersumbat.

6. Kita juga mudah merasakan betapa tinggi kandungan gula dalam makanan yang dihasilkan dinegara kita berbanding dengan negara maju saperti Jepun.Kita juga mudah jumpa restoran 24 jam di negara kita. Manakala restoran makanan segera tumbuh macam cendawan dinegara kita.

7. Sekalipun kita hebat membangun, kita perlu segera merenung kembali kesan perancangan pembangunan yang tidak menitikberatkan aspek kualiti dan nilai ini. Pencapaian kita dalam setiap pembangunan tidak sepatutnya diukur berasaskan pencapaian angka sahaja. Soal Kualiti dan nilai perlu juga menjadi salah satu kayu pengukur. Mudah-mudahan kita dapat membina tamadun bangsa yang dikangumi.