
1. Siri ceramah pendidikan DUN Rengit 2010 mendapat sambutan disemua sekolah. Ini satu petanda yang cukup baik terhadap kesedaran ibubapa di rengit untuk meningkatkan tumpuan terhadap pendidikan anak anak mereka.
2. Saya begitu teruja melihat kehadiran ibubapa muda dalam siri ceramah pada kali ini. Lebih menarik lagi ia dibuat diwaktu malam dan hari berkerja. Cerita ceramah ini semuanya soal pendidikan. Kehadiran yang ramai ini menguatkan lagi keazaman untuk berusaha melonjak pencapaian pendidikan anak di luar bandar.
3. Berdasarkan semakan dan pemerhatian kehadiran ibubapa yang lebih ramai dari mesyuarat PIBG serta program yang diatur oleh pihak sekolah.Pada kali ini siri ceramah kita bertajuk Ibubapa Sebagai Motivator. Kita aturkan siri ceramah ini di 12 buah sekolah Kebangsaan .
4. Pencermah kita dari kalangan mereka yang pakar dalam bidang pendidikan. Antara penceramah yang terlibat ialah Tuan Haji Mohd Noh Sairi Bekas Ketua Penoloing Pengarah Sumber manusia kementerian pendidikan,Tuan Haji Hassan Topit pengertua cemerlang sekolah menengah Sains Kota Tinggi, Tn Haji Khairil Bin Sulaiman ketua kuaselor IPTHO Batu Pahat, Tn Haji Salmian Surip Pakar Motivasi dari Kem Kenzen.
5. Ceramah biasa bermula pukul 9.30 malam selepas isyak dan makan. Biasanya habis pukul 11.30 malam hingga 12.15 malam. Saya perhatikan disetiap ceramah ibubapa senantiasa berada dikerusi mereka hingga tamat ceramah. tidak berganjak dikerusi mereka. Saya juga dapat berjumpa sesetegah ibubapa muda jarang saya temui di majlis lain di kampung. Saya jangka melalui program ini dalam tempuh 1 bulan setengah ini, saya akan dapat jumpa seramai 3000 ibubapa pelajar di 13 buah sekolah kebangsaan di rengit.
6. Ada sebuah sekolah yang hanya mempunyai 75 murid sahaja . Sekolah ini sekolah kurang murid (SKM) Jika dikira 75 murid bermakna 150 ibubapa sahaja yang datang. Tapi kehadiran ibubapa disekolah itu lebih 200 orang.
7. Jelas membuktikan bahawa program pendidikan Excel Rengit dapat menyakinkan ibubapa tentang pentingnya pendidikan untuk anak anak mereka.